Kekardinalan adalah merujuk kepada keunikkan nilai data-data yang terkandung dalam satu-satu lajur jadual pangkalan data. Lebih rendah kadar kekardinalan, maka semakin tinggi potensi untuk duplikasi data dalam lajur tersebut berlaku. Oleh itu, sekiranya satu lajur itu mempunyai nilai kekardinalan yang paling rendah merupakan lajur yang ke semua nilai datanya adalah sama.

Pangkalan data SQL menggunakan kekardinalan untuk membantunya melaksanakan arahan yang spesifik berdasarkan tugasan yang diberikan.

Nilai perkadaran kekardinalan

Apabila berbicara mengenainya, terdapat tiga set nilai yang menentukan tahap kekardinalan untuk satu-satu lajur iaitu: kekardinalan tinggi, kekardinalan sederhana, dan kekardinalan rendah

Kekardinalan tinggi:

merujuk kepada lajur yang mempunyai nilai yang luarbiasa atau unik. Lajur berkardinalan tinggi selalunya menyimpan maklumat seperti nombor rujukan, alamat emel atau nama pengguna.

Antara contoh yang paling mudah adalah satu jadual pangkalan data yang menyimpan maklumat PENGGUNA. Dalam jadual tersebut didaftarkan satu lajur yang mewakili USER_ID. Lajur ini menyimpan nilai dari 1 hingga n. Setiap kali pengguna baru mendaftarkan diri di dalam satu-satu sistem, satu angka pengenalan yang baru akan diberikan kepada pengguna tersebut. Ini untuk mengenalpasti dan mengesahkan bahawa pengguna tersebut adalah unik.

Kekardinalan sederhana:

merujuk kepada lajur yang mempunyai nilai kadang kala adalah luarbiasa/unik. Lajur berkardinalan sederhana menyimpan maklumat seperti nama, alamat rumah, jenis kenderaan dan sebagainya.

Contohnya adalah jadual pangkalan data yang menyimpan maklumat PELANGGAN. Salah satu lajurnya adalah NAMA_TERAKHIR yang menyimpan nama-nama terakhir pelanggan. Kadang kala seseorang pelanggan mempunyai persamaan dari segi nama terakhir mereka seperti "Cheong" atau "Smith". Dan agak jarang untuk nama-nama terakhir seperti "Khalis" atau "Inderawan" untuk satu kelompok pelanggan. Dapat digambarkan terdapat beberapa kelompok pelanggan yang mempunyai nama terakhir sama.

Kekardinalan rendah:

merujuk kepada lajur yang mempunyai beberapa sahaja nilai unik. Lajur berkardinalan rendah selalunya menyimpan maklumat seperti status pilihan (benar atau salah), nilai Boolean (1 or 0) atau pengelasan umum (lelaki atau perempuan).

Contoh yang boleh digunakan adalah dengan mengambil jadual pangkalan data dari mana-mana 2 contoh di atas, dan diwujudkan satu lajur untuk pengesahan jantina. Nilai yang akan disimpan dalam lajur tersebut hanya terhad kepada dua sahaja iaitu L atau P.

Penilaian: 
No votes yet