Sebelum ini saya telah memaparkan tutorial untuk menghasilkan pancaran cahaya pada gambar foto. Sekarang kita akan gunakan teknik yang sama tapi bagi menghasilkan tulisan atau teks yang mempunyai kesan pancaran cahaya. Hasil terakhir yang akan anda perolehi adalah seperti gambar di bawah ini.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Sediakan Dokumen

Terlebih dahulu kita perlu sediakan dokumen dan keperluan. Dalam contoh kali ini saya menggunakan dokumen bersaiz 400 x 280 pixel. Dengan latar belakang hitam dan jenis tulisan Arial. Anda mungkin boleh menggunakan tetapan yang berlainan.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Duplikasi Layer Tulisan

Seterusnya lakukan duplikasi untuk layer tulisan, Layer > Duplicate layer. Kemudian, kita perlu jadikan tulisan kepada jenis dot matriks dengan melakukan "rasterize" iaitu Layer > Rasterize > Type untuk layer teks yang asal. Hasilnya akan diperoleh seperti ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Lakukan Penambahan Corak

Selepas selesai, pastikan layer yang dah ditukarkan kepada dot matriks tadi dipilih. Dengan menggunakan alatan "Brush", lakukan penambahan lengkung atau garisan pada tulisan. Ini bagi menaikkan mood dan menambahkan kilauan pancaran untuk langkah yang berikut nanti.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Masukkan Kesan Berbintik

Untuk menghasilkan pancaran yang lebih realistik dan menarik, kita perlu jadikan layer tulisan tadi kepada paten yang berbintik. Bagi menampakkan kesan ini, sembunyikan dahulu layer untuk tulisan yang telah diduplikasikan sebelum ini dengan klik pada ikon "mata" disebelahnya.

Seterusnya masukkan kesan berbintik itu melalui: Filter > Noise > Add Noise

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Dan hasilnya adalah seperti ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Kesan Pancaran Cahaya

Seterusnya kita akan menghasilkan kesan pancaran cahaya. Dari Filter > Blur > Radial blur. Anda boleh gunakan tetapan seperti yang saya gunakan ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Cuba ulang beberapa kali mengaplikasikan kesan tadi (Ctrl+F untuk beberapa kali) sehingga anda mendapat hasil seperti dibawah ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Kemudian duplikasikan layer tersebut. Pastikan layer yang telah diduplikasi dipilih dan lakukan Edit > Transform > Rotate 180. Hasil terakhirnya adalah seperti ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Mewarnakan Pancaran Cahaya

Seterusnya hasilkan satu layer pengubahsuaian dengan: Layer > New Adjustment Layer > Hue/Saturation. Dan anda boleh gunakan tetapan yang saya tunjukan atau lakukan tetapan anda sendiri.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Dan hasilnya yang akan kita perolehi:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Kemasan

Dan akhir sekali, kembali paparkan layer tulisan yang asal kemudian anda boleh gunakan beberapa fungsi "Layer blending" dan gunakan sedikit kekreatifan anda bagi menyerikan tulisan yang asal.

Anda juga boleh menambah sedikit kesan "flash" kamera bagi menaikkan mood tulisan tersebut.

Selamat mencuba.

Penilaian: 
Your rating: None Average: 5 (1 vote)

Komen

fazmys's picture

ok..bykkan lg tutorial photoshop ni..

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]