Tutorial kali ini agak senang dan boleh dikembangkan kepada kesan yang lain setelah anda berjaya memahami setiap langkah yang saya tunjukkan.

Di akhir tutorial, hasil yang kita akan perolehi adalah seperti ini:

Only local images are allowed.

Only local images are allowed.

 

Langkah 1: Hasilkan duplikasi

Untuk langkah pertama, kita perlu lakukan duplikasikan layer "Background" terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk kita kembali semula ke gambar asal sekiranya berlaku kesilapan. Dengan membuka gambar foto tersebut, satu dokumen baru akan dihasilkan dan paparan pada palet layer adalah seperti berikut.

Only local images are allowed.

Untuk melakukan duplikasi, terus ke menu Layer > New > Layer via Copy. Atau anda boleh menggunakan capaian pantas dengan menggunakan papan kunci pintasan Ctrl+J. Apa pun jua langkah yang dilakukan, hasil yang dipaparkan adalah seperti ini.

Only local images are allowed.

 

Langkah 2: Memasukkan Kesan Zoom

Dengan "Layer 1" dipilih (highlight), kita akan mengenakan kesan khas zoom terhadapnya. Terus ke menu Filter > Blur > Radial blur.

Only local images are allowed.

Kemudian, paparan tetapan untuk Radial blur akan muncul. Kesan ini memberikan kita dua pilihan untuk melakukan efek iaitu kesan kabur berputar (Spin) dan kesan kabur Zoom. Oleh kerana kita mahu lakukan lakukan kesan efek zoom, maka di bahagian "Blur method" pilih Zoom.

Seterusnya kita akan menetapkan kadar atau nilai zoom yang akan diaplikasikan. Untuk menambah, gerakkan petunjukkan di bahagian "Amount" ke kanan manakala untuk kurangkan nilai gerakkan ke kiri. Nilaian ini bergantung kepada resolusi gambar anda. Gambar yang kecil tidak memerlukan nilaian yang besar.

Only local images are allowed.

Anda boleh mencuba beberapa kali dengan melakukan cuba jaya terlebih dahulu. Kemudian jika tidak berpuas hati, gunakan kekunci pintas Ctrl+Z untuk kembali asal. Dalam contoh ini saya menetapkan kepada 50. Dibahagian "Quality", pastikan ia ditetapkan kepada "Best" bagi mendapatkan kesan yang lebih cantik.

Akhir sekali di bahagian "Blur Center", laraskan titik zoom ke tempat yang sepatutnya. Gambar yang saya gunakan lebih fokus kepada kepada model jadi saya perlu gerakkan titik zoom ke atas dan ke kiri sedikit. Kaedah cuba jaya juga boleh dilakukan. Setelah berpuas hati, klik butang OK.

Hasil yang kita akan dapat adalah seperti ini.

Only local images are allowed.

 

Langkah 3: Memasukkan Layer Mask

Perhatikan permasalahan yang kita hadapi sekarang yang mana kesan zoom tersebut telah meliputi keseluruhan gambar asal. Dalam kes ini, wajah model langsung tidak kelihatan dan seolah-olah tertarik dek kesan tersebut. Jadi kita perlu membuang kesan efek tersebut di bahagian tersebut sahaja.

Dengan Layer 1 dipilih (highlight), klik pada ikon "Layer Mask" dan satu kotak putih kecil akan dihasilkan disebelah prebiu Layer 1 gambar kita seperti yang ditunjukkan.

Only local images are allowed.

 

Langkah 4: Alatan Gradient

Seterusnya, kita akan menggunakan alatan Gradient bagi menghilangkan kesan efek pada bahagian muka model. Di bahagian palet Tools, pilih alatan Gradient. Sekiranya anda tidak temui, klik dan tahan sehingga muncul pilihan alatan dibahagian yang ditunjukkan.

Only local images are allowed.

Kemudian, pilihan warna di "Color picker" adalah hitam dan putih kerana "Layer Mask" hanya menyokong warna hitam dan putih sahaja. Selain itu, tetapkan bentuk Gradient kepada bulat. Ini bagi membolehkan kita menghilangkan kesan zoom tersebut dengan lebih sempurna.

Only local images are allowed.

 

Langkah 5: Aplikasi Kesan Gradient

Alatan Gradient yang akan kita gunakan akan terhasil dalam bentuk membulat. Jadi aplikasikan kesan tersebut dengan mengheret dari sudut tengah muka model (dalam kes ini) sehingga kawasan yang terakhir untuk dihilangkan kesan tersebut.

Perhatikan pergerakkan yang saya hasilkan pada contoh ini dan hasilnya.

Only local images are allowed.

Only local images are allowed.

 

Langkah 6: Tingkatkan Ketelusan Efek

Untuk langkah terakhir ini, kita perlu naikkan kembali gambar asal ke dalam efek yang dihasilkan. Ini akan membuatkan gambr kelihatan lebih original dan hanya sedikit sentuhan dilakukan.

Only local images are allowed.

Di bahagian palet Layer, kurangkan nilaian "Opacity" kepada 70. Dan lihatlah hasilnya. Selamat mencuba.

Artikel: 
Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 3 (2 votes)

Komen

zuhoneystarz's picture

heee...besh2...time kasih para....

SoLarIZe's picture

thanks2...
dah lama ak nak tau nak wat efek kabur mcm nie....
akhirnya....