Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua peminat sentuhan fotografi mengenai satu teknik menghasilkan kesan pancaran cahaya tambahan kepada foto asal.

Terlebih dahulu, kita memerlukan foto asal yang mempunyai ciri-ciri tersebut bagi menaikkan suasana kesan tersebut:

  1. mempunyai satu aspek atau bahagian sumber cahaya (tidak kira cahaya terang atau malap, seeloknya cahaya suram)
  2. mempunyai objek yang menghalang sumber cahaya tersebut.

Saya tidak menjaminkan keadaan atau suasana foto yang tidak mempunyai ciri-ciri di atas dapat diaplikasikan efek ini. Mungkin anda boleh mencubanya sendiri. Untuk tujuan latihan, saya sertakan gambar asal dalam tutorial ini untuk dimuat turun.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx
http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Pengecaman dan Pencarian Sumber Cahaya

Sebelum kita melakukan sebarang kesan khas, terlebih dahulu kita perlu mengecam sumber cahaya foto tersebut. Buka fail foto anda dengan perisian Adobe Photoshop. Boleh gunakan juga gambar foto yang saya lampirkan pada tutorial ini.

Seterusnya lakukan proses duplikasi untuk layer gambar: Layer > Duplicate atau Ctrl+J

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Seterusnya untuk melakukan pengecaman sumber cahaya untuk foto ini, kita akan gunakan "Levels" yang boleh dicapai pada Images > Adjustment > Levels atau Ctrl+L. Satu tetingkap arahan akan dipaparkan. Gerakkan penunjuk pada bahagian tengah sehingga ke hujung sebelah kanan (untuk kes ini).

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Sekiranya anda menggunakan foto yang berkontrast kurang, berkemungkinan anda terpaksa menggerakkan penunjuk tengah ke sebelah kiri. Hasilnya kita mahukan hanya sumber cahaya kelihatan seperti dalam gambar di bawah ini.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Menghasilkan Pancaran Cahaya

Sebelum ini kita telah mengecam kawasan sumber cahaya. Seterusnya kita akan memasukkan kesan pancaran dari sumber cahaya ini. Untuk proses ini kita akan gunakan: Filter > Blur > Radial Blur, dan tetapan untuk efek ini adalah seperti berikut;

  1. Amount: 100
  2. Blur method: Zoom
  3. Quality: Best

Kemudian, pada bahagian "Blur Center", klik dan heretkan titik zoom tersebut ke kawasan sumber cahaya sebelum ini. Dalam contoh gambar ini, saya mahukan pancaran ini nanti datang dari atas sebelah kiri, maka tetapan adalah seperti berikut.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Dan hasilnya adalah seperti ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Melembutkan Kesan Efek Pancaran

Perhatikan hasil yang kita perolehi di atas. Terdapat kesan-kesan bintik yang begitu jelas sekali. Selain itu perhatikan yang pancaran cahaya juga tidak lembut, yang mana terdapat seolah batas-batas cahaya. Untuk itu, kita akan aplikasikan sekali lagi "Radial blur" dengan menggunakan tetapan sama.

Anda boleh gunakan kekunci pantas, Ctrl+F. Sekiranya bintik masih muncul, lakukan sekali lagi sehingga hasil yang sempurna diperolehi. Contoh dibawah saya hanya lakukan sebanyak dua kali menggunakan tetapan efek yang sama.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Paduan dan Peningkatan Imej Pancaran Cahaya

Sehingga kini, kita telah menghasilkan pancaran cahaya yang diingini. Langkah seterusnya adalah memadukan kesan efek tersebut kepada gambar asal.

Dengan layer pancaran cahaya dipilih, tukarkan jenis paduan untuk layer tersebut kepada "Screen".

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Perhatikan yang pancaran cahaya yang kita hasilkan ini terlalu ringan dan kurang kelihatan. Maka sekali lagi kita akan gunakan fungsi Level bagi menaikkan kesan pancaran tersebut melalui Image > Adjustments > Level atau Ctrl+L. Gerakkan kekunci penanda yang berwarna putih ke kiri sehingga memenuhi citarasa yang anda mahukan.

Maka hasilnya adalah seperti ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Sekiranya anda melakukan kesan ini pada foto yang beresolusi besar, terdapat kesan berbintik pada hujung-hujung sinaran pancaran cahaya. Untuk membuang bintik-bintik ini, gunakan efek Despeckle (Filter > Noise > Despeckle). Ulang kesan ini dengan kekunci Ctrl+F sehingga kesan-kesan bintik ini hilang.

Tujuan menggunakan kesan khas ini adalah untuk mengaburkan bintik-bintik yang kelihatan agar ianya lebih sepadu kepada efek pancaran cahaya kita. Maka hasilnya adalah seperti ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Membuang Pancaran Yang Tidak Sepatutnya Wujud

Seterusnya kita akan membuang pancaran cahaya yang TIDAK sepatutnya wujud kerana jika tidak efek yang dihasilkan kelihatan seperti janggal, kaku dan jelas kelihatanianya dimodifikasi dan bukan dari yang asal. Sebelum itu kita perlu hasilkan satu lapisan topeng iaitu: Layer > Layer Mask > Reveal All dan pastikan anda klik pada kekotak putih yang muncul disebelah prebiu layer pancaran.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Dengan menggunakan alatan "Eraser (E)", dan jenis berus yang sesuai (dicadangkan menggunakan berus lutcahaya) padamkan cahaya yang tidak diperlukan. Dalam contoh ini, berikut merupakan antara kawasan yang TIDAK sepatutnya cahaya wujud.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Mewarnai Pancaran Cahaya

Seterusnya kita akan jadikan pancaran cahaya tersebut menyerupai seperti cahaya yang sebenar. Oleh itu kita perlu menambahkan seri warna kepada cahaya putih. Untuk itu kita perlu menggunakan alatan: Image > Adjustments > Hue/Saturation atau Ctrl+U. Pastikan anda klik pada lakaran kecil (thumbnail) untuk layer pancaran layer.

Seterusnya gerakkan penanda untuk Saturation ke kanan bagi mendapatkan nilaian sekitar 75 - 82. Dalam contoh ini saya tetapkan pada 79 sahaja.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Sentuhan Terakhir

Peringkat terakhir adalah menaikkan kekuatan dan mood warna pada foto asal. Penambahan kesan pancaran cahaya sebelum ini telah menutup sebagian warna asal foto kita. Terlebih dahulu klik pada layer "Background" kemudian capai Layer > New Adjustment Layer > Hue/Saturation.

Pastikan anda menggunakan tetapan ini:

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

  1. Colorize: ditandakan
  2. Hue: 120
  3. Saturation: 50
  4. Lightness: 0

Anda dapat melihat yang foto asal mempunyai tona warna hijau yang lebih terang. Tetapan ini bergantung kepada ciri-ciri foto asal anda. Anda boleh gerakkan dan ubah suai nilai "Hue" bergantung kepada warna major pada foto asal. Dalam kes ini saya lebihkan warna hijau kerana major warna foto ini adalah warna hijau.

Akhir sekali, tukarkan jenis paduan layer tersebut kepada "Soft light" dan hasilnya adalah seperti yang ditunjukkan pada awal-awal tutorial ini.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Penilaian: 
Your rating: None Average: 5 (1 vote)
File attachments: 

Komen

zuhoneystarz's picture

keep it up para...terbaik~!

parasolx's picture
Admin

thanks juju.. cuba try buat.. kalu dah jadi bleh upload hasil kt comment ni untuk orang lain tgk..
gambar yang dah siap bleh upload kt mana-mana website free mcm photobucket.
kemudian masukkan code HTML untuk IMG kt sini.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

fazmys's picture

terbaik para..sharing is caring..

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]