Menghasilkan Kesan Glass Pada Tulisan 

Di akhir tutorial ini, anda akan dapat menghasilkkan kesan yang seperti contoh di bawah ini.

Only local images are allowed.

 

1. Hasilkan satu dokumen baru dengan menggunakan semua maklumat seperti ini. Klik File New.

Only local images are allowed.

 

2. Dengan menggunakan Type Tools pada palet tools, tuliskan perkataan yang anda inginkan. Saya gunakan GLASS sebagai contoh dan tulisan pilihan adalah Arial Black. Tulisan tebal lebih menampakkan kesan glass.

Perhatikan keadaan layer tersebut selepas anda hasilkan tulisan tersebut.

 

3. Kemudian dengan munggunakan Wand tools, dan pada palet Option di bahagian atas tersebut, pilih Add to selection. Kemudian klik pada setiap huruf tersebut sehingga anda dapat melihat garis-garis putus seperti dalam gambar.

Only local images are allowed.

 

4. Kemudian pilih menu Layer Layer Style Gradient Overlay. Buat pilihan warna gradient yang anda kehendaki sendiri. Dalam contoh ini saya gunakan satu warna merah terang dan satu lagi merah gelap. Pastikan anda menggunakan dua tona warna yang berbeza dan satu cerah dan satu gelap bagi menaikkan lagi kesan glass.

Pastikan warna gelap berada di atas dan cerah di bahagian bawah. Anda boleh mengubah kedudukan gradient tersebut dgn klik pada kekotak Reverse. Kesan tersebut setelah selesai seperti begini. Klik OK.

Only local images are allowed.

 

5. Kemudian, pilih menu Layer New Layer. Sekarang kita akan tambahkan kesan glass pada teks tersebut. Perhatikan kedudukan layer ini dan pastikan anda memilih layer yang baru ini untuk langkah seterusnya.

Only local images are allowed.

 

6. Pilih Elleptical Marquee tools pada palet Tools dan pastikan anda memilih Intersect with selection pada palet Option. Buat selection supaya separuh bentuk bulatan tadi bertemu dengan selection sebelum ini. Anda boleh cuba berulang kali sehingga terhasilnya selection seperti di bawah ini.

Only local images are allowed.

 

7. Akhir sekali, dengan menggunakan Gradient Tools pada palet Tools, buat pilihan warna putih pada Color Tools, hasilkan gradient warna seperti di bawah. Anda boleh sesuaikan sendiri jarak gradient tersebut mengikut citarasa anda. Selepas selesai, deselect kan semua selection dan dapatlah hasil Glass seperti yang saya ajarkan.

Only local images are allowed.

Artikel: 
Penilaian: 
Your rating: None Average: 3.5 (2 votes)