Dalam tutorial kali ini, saya akan tunjukkan teknik penggunaan perspektif dalam menghasilkan kesan teks yang lebih menarik. Dalam teknik ini juga saya gabungkan teknik "Reflection" bagi mencantikkan lagi kesannya.

Di akhir tutorial, anda akan dapat melihat hasil sebegini:

Only local images are allowed.

1. Seperti biasa, kita mulakan dengan menghasilkan satu dokumen baru dalam PS. Anda mungkin boleh gunakan semua setting ini sebagai latihan permulaan. Bagi yang baru sahaja bermula, untuk hasilkan dokumen baru File  New.

Only local images are allowed.

2. Kemudian, dengan menggunakan Type tools, tuliskan perkataan yang anda inginkan. Dalam contoh ini saya gunakan "Perspektif". Seperti biasa, tulisan yang tebal dan besar lebih menampakkan kesannya.

Only local images are allowed.

3. Pastikan anda highlightkan pada layer teks tadi, kemudian buat Layer Type Convert To Shape. Kita perlu tukarkan kepada Shape dahulu supaya apabila kita gunakan teknik perspektif, bentuk tulisan tersebut akan kekal pada kualiti yang tinggi.

Jika betul anda akan dapat melihat terdapat satu garisan halus pada tulisan tersebut dan keadaan pada palet Layer adalah seperti dalam gambar.

Only local images are allowed.

4. Sekarang kita akan mula lakukan perspektif pada tulisan tadi. Ambil menu Edit Transform Perspective. Anda akan dapat melihat terdapat garisan empat segi muncul dan terdapat 6 poin pada petak tersebut yang anda boleh gunakan untuk mengawal hasil kesan perspektif kita. Anda boleh cuba bermain-main dengan poin tersebut tetapi dalam contoh ni, anda boleh gunakan poin yang ditunjukkan dalam gambar. Cuba hasilkan kesan sebegini sampai dapat. 

Selepas anda berpuas hati, tekan "Enter".

Only local images are allowed.

5. Kita sudah selesai, tapi perhatikan bahawa kurang nampak kesan perspektif teks tersebut. Jadi kita akan tambahkan teknik reflection. Seperti biasa hasilkan duplikasi teks, terbalikkan secara vertical dan betulkan kedudukan seperti dalam gambar.

Only local images are allowed.

6. Perhatikan pada kedudukan teks tersebut, anda mungkin akan perasan bahawa kedudukan teks untuk reflection itu agak janggal. Ini kerana kesan perspektif yang kita lakukan sebelum ini. Jadi, kita perlu lakukan sedikit pengubahsuaian.

Ambil menu Edit Transform Skew. Seperti biasa akan muncul kekotak 6 poin seperti tadi. Gunakan poin pada hujung sebelah "F" dan tolakkan ke atas sehingga ke semua dasar teks saling bertemu. Setelah selesai, tekan "Enter".

Only local images are allowed.

7. Akhir sekali kembali ke teknik reflection dengan munggunakan masking layer. Perhatikan teknik gradient yang digunakan. Anda perlu lakukan sedikit perubahan supaya kesan reflection pada perspektif seperti di bawah ini.

Only local images are allowed.

Setelah anda mahir dengan teknik ini, anda boleh gunakan imaginasi sendiri untuk hasilkan kesan teks yang berlainan tetapi menggunakan konsep yang sama. Di bawah adalah antara hasil yang menggunakan konsep ini.

Only local images are allowed.

Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)