Dalam tutorial kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana untuk hasilkan kesan reflect pada tulisan pilihan kita. Hasil akhir yang dapat anda lihat adalah seperti di bawah ini.

 

Only local images are allowed.

1. Seperti biasa, kita akan mulakan dengan menghasilkan dokumen yang baru. Pilih pada menu File > New. Anda boleh gunakan tetapan seperti dalam gambar sebagai latihan permulaan.

Only local images are allowed.

2. Dengan menggunakan Text Tools pada palet Tools, mulakan dengan tulisan yang anda inginkan. Dalam tutorial ini saya memilih tulisan Arial Black dan teks adalah REFLECT.

Only local images are allowed.

3. Pilih menu Layer > Layer Style > Gradient Overlay. Buat pilihan tona warna anda sendiri tetapi dalam contoh ini saya gunakan warna biru. Saya tetapkan kedudukan warna yang gelap berada di bawah supaya kesan reflect itu lebih menyerlah.

Selepas klik OK, hasil yang saya dapat adalah seperti begini.

Only local images are allowed.

4. Kemudian pilih menu Layer > Duplicate Layer. Satu tetingkap baru akan muncul seperti di bawah. Anda boleh namakan mengikut kesesuaian diri tetapi saya biarkan nama layer tersebut seperti yang sedia ada. Klik OK.

Only local images are allowed.

5. Sekarang perhatikan pada palet Layer. Anda dapat melihat satu layer yang baru diberi nama "REFLECT copy" telah terhasil di atas sekali. Biarkan kedudukannya sebegitu.

Only local images are allowed.

6. Kemudian pilih menu Edit > Transform > Flip Vertical. Kemudian klik pada Move Tools di palet Tools, dan gerakkan layer tadi dengan menggunakan "arrow" ke bawah pada keyboard anda sehingga kedua-dua teks tersebut tersusun seperti dalam gambar di bawah.

Only local images are allowed.

7. Perhatikan pada palet Layer, terdapat satu butang untuk Add Mask Layer. Sekiranya anda tidak tahu, boleh rujuk gambar di bawah. Klik pada butang tersebut dan satu kotak putih muncul di sebelah layer "REFLECT copy" tadi.

Ini adalah Masking layer di mana ia berfungsi dengan menghasilkan kesan transparent pada tulisan tersebut.

Only local images are allowed.

8. Kemudian, klik pada Gradient Tools di bahagian palet Tools, dan tetapkan tetapan pada palet Option seperti dalam gambar, dan cuba hasilkan gradient pada tulisan yang di bawah sehingga anda mendapat hasilnya. Jika tidak berjaya, cuba bermain-main dengan gradient tersebut.

Only local images are allowed.

Pastinya anda akan dapat kesannya dan berjaya. Selamat mencuba.

Tag #: 
Penilaian: 
3
Your rating: None Average: 2.5 (2 votes)