Pengenalan



HDR atau "High Dynamic Range" antara teknik fotografi yang agak popular sekarang. HDR foto menghasilkan foto yang lebih berkualiti, tepat, jitu dari segi kecerahan dan kegelapan sesuatu gambar berbanding gambar foto biasa. Teknik HDR pada kamera seperti DSLR akan mengambil beberapa tangkapan dengan variasi hentian kecerahan (Exposure) yang berlainan.



Satu-satu panaroma akan ditangkap berulang-ulang dari "exposure" yang paling rendah sehingga yang paling tinggi bergantung kepada tetapan yang dilakukan pada kamera. Seterusnya, ke semua gambar tersebut akan digabungkan dengan menilaikan semula kualiti semua gambar. Untuk mendapatkan penjelasan, anda boleh melawat laman ini: Wikipedia.



Gambar Sendirian



Dalam menghasilkan gambar berformat HDR, ia memerlukan gabungan variasi gambar dengan pelbagai "exposure". Tetapi dalam tutorial kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan gambar ala-ala HDR dengan menggunakan sekeping gambar sahaja. Di akhir tutorial ini, hasil yang akan anda perolehi adalah seperti ini:



Only local images are allowed.



Buka fail atau gambar yang ingin diberikan nafas baru dalam Photoshop. Namakan layer tersebut sebagai "Original". Seterusnya hasilkan duplikasi untuk layer tersebut melalui: Layer  Duplicate Layer. Namakan layer tersebut sebagai "Invert". Kemudian, tukarkan mode blending layer tersebut kepada "Overlay". Maka anda akan dapati tetapan layer adalah seperti ini:



Only local images are allowed.



Kemudian jadikan gambar tersebut hitam putih melalui menu: Image Adjustments Desaturate (Ctrl+Shift+U)*]. Kemudian terbalikkan warna gambar tersebut melalui menu: [*Image  Adjustments Invert (Ctrl+I)*]. Seterusnya masukkan kesan kabur, menu [*Filter Blur  Gaussian blur. Tetapkan nilaian kepada sekitar 30 pixels bergantung kepada saiz resolusi gambar. Maka anda akan dapati hasilnya adalah seperti ini:



Only local images are allowed.



Kemudian hasilkan duplikasi dari layer "Original". Namakan layer tersebut sebagai "High pass" dan gerakkan kedudukan layer tersebut pada bahagaian paling atas. Tukarkan mode blending untuk layer ini kepada "Overlay" juga seperti sebelum ini. Maka anda akan dapati hasilnya seperti ini:



Only local images are allowed.



Kemudian, kita perlu masukkan kesan "high pass" untuk layer tersebut. Dari menu Filter Other High pass. Masukkan nilai 50px radius. Ubah suai nilai ini untuk resolusi foto anda sendiri.



Maka terjadilah gambar HDR. Sekiranya anda dapati kesan yang terlalu menonjol, ubahkan nilai "opacity" untuk layer "High pass" kepada 50%. Atau jika anda mahukan kesan yang menonjol, duplikasikan layer "high pass" cuba bermain dengan "opacity".



 



Antara contoh-contoh gambar yang dihasilkan ala-ala HDR:



Only local images are allowed.



Only local images are allowed.



Selamat mencuba.

Penilaian: 
4
Your rating: None Average: 3.3 (3 votes)

Komen

SoLarIZe's picture

thanks utk tutorial HDR nie....
walaupun teknik HDR nie ada mcm2 cara dia, tapi yang nie pun boleh dijadikan baahan rujukan jugak....
Nice para, thanks....
Update lagi tutorial tuk photoshop nie....

sno0p's picture

thanz para...tutorial yang menarik.....=)

izz's picture

bagus sekali.... terima kasih.....

syafuraa's picture

smart edit.nak byk lg tutorial mcmna nk edit pic. :)