Tutorial yang ditunjukkan ini menggunakan Photoshop CS5. Sekiranya anda masih menggunakan Photoshop CS2, teknik dan kaedah yang sama masih boleh dipraktiskan.

1: Pemilihan gambar yang sesuai

Dalam memilih gambar untuk diberikan kesan seperti model kecil, pastikan ianya boleh memberi impresi bahawa kita sedang memandang model tersebut. Pandangan model selalunya dari sudut atas, jadi cuba dapatkan gambar yang mempunyai sudut pandangan seperti ini. Bangunan, jalan, trafik dan landasan kereta api adalah yang paling sesuai. Sebagai contoh, saya menggunakan gambar pandangan sekitar KLCC.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

2: Aktifkan fungsi Quick Mask

Buka gambar ini dalam Photoshop dan seterusnya masuk ke bahagian fungsi Quick Mask dengan menekan kekunci Q pada papan kekunci.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

3: Memasukkan kesan tona warna

Seterusnya dengan menekan kekunci G kita memilih untuk menggunakan Gradient Tools. Pastikan anda memilih Reflected Gradient pada bahagian pilihan jenis tona warna.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

4: Lukis kesan tona warna

Lukiskan satu garisan menegak pada gambar tersebut bermula pada bahagian yang ingin kita jadikan sebagai sudut fokus gambar dan berakhir pada bahagian sudut yang diluar fokus kamera. Sekiranya anda perhatikan dengan betul-betul, garisan yang saya buat fokus kepada kolam renang dan bangunan disebelahnya. Anda akan mendapat hasil seperti berikut. Jika tidak sesuai, ulangi langkah ini sehingga mendapat kesan tona yang sesuai.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

5: Kembali ke mod asal

Kembali ke mod suntingan yang asal dengan menekan kekunci Q pada papan kekunci atau klik pada butang Quick Mask di bahagian Pallete. Anda akan dapat melihat garisan putus-putus bergerak di bahagian tona warna yang kita hasilkan sebentar tadi.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

6: Masukkan kesan Lens Blur

Seterusnya masukkan kesan Lens Blur dengan memilih Filter Blur Lens Blur. Anda boleh gunakan tetapan yang saya tunjukkan seperti dalam gambar

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

7: Gunakan kesan kabur kepada gambar

JIka anda berpuas hati dengan kesan yang ditunjukkan, klik butang OK. Dan hasilnya adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Jangan lupa untuk menekan kekunci CTRL + D untuk mematikan garis putus-putus.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

8: Memasukkan kesan Hue/Saturation

Bagi menaikkan kesan model kecil, kita perlu meningkatkan kejelasan tona warna gambar. Ini kerana gambar model kecil selalunya kelihatan lebih terang berbanding padangan gambar yang sebenar. Oleh itu, pengubahsuaian melalui Hue/Saturation dapat meningkatkan kesan khas tersebut. Pergi ke Image Adjustments Hue/Saturation. Dalam kes ini, saya menggunakan nilai Saturation kepada +40 pada Channel Master.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

9: Meningkatkan kesan kontras

Seterusnya kita akan tingkatkan kejelasan gambar dengan menggunakan fungsi modifikasi Curves. Pergi ke Image Adjusments Curve. Dalam kes ini, saya hasilkan satu lengkung S yang kecil untuk meningkatkan kesan kontras gambar. Jangan terlalu besar lengkung dihasilkan kerana gambar akan kelihatan terlalu terang.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

10: Hasil terakhir

Dengan klik butang OK, hasil yang kita akan peroleh adalah seperti berikut.

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Penilaian: 
5
Your rating: None Average: 5 (1 vote)

Komen

parasolx's picture
Admin

Terdapat lebih kurang 40 lagi gambar contoh yang dihasilkan dengan konsep ini. Laman blog ini memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan tutorial ini selepas tertarik dengan kesan khas yang digunakan.

http://designm.ag/inspiration/minimize-your-life-with-tilt-shift-photography/

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Max Monic's picture

Menarik ni.. tak payah guna kamera dslr pun..

Kalau kita tengok gambar tu, macam mana nak tau die guna photoshop atau memang kesan dari dslr?

parasolx's picture
Admin

susah untuk membezakan antara DSLR atau yang edit dengan PS lebih-lebih lagi jika kedua-duanya diambil dan disunting oleh golongan professional. tapi kalu sekadar amatur, mmg kita boleh lihat perbezaan antara PS dgn original.

apa yang boleh kita lihat adalah kadar ketelusan dan bilangan piksel pada gambar. original selalunya lebih details dan sedikit kasar. manakala kalu PS selalunya terlalu smooth atau terlalu details.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training