http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxGarisan arah aliran atau "trendline" adalah antara fungsi yang disediakan dalam Microsoft Excel (2007/2010). "Trendline" digunakan untuk meramal dan mengkaji satu-satu set data untuk digunakan dalam satu kajian (juga dikenali analisa regresi -- regression analysis). Kita perlu hasilkan satu graf terlebih dahulu daripada set-set data yang ada.

Seterusnya mengaktifkan fungsi tersebut daripada capaian Ribbon pada bahagian atas Microsoft Excel. Excel menawarkan enam jenis bentuk arah aliran iaitu:

  • Linear
  • Logarithmic
  • Polynomial
  • Power
  • Exponential
  • Moving average

Ketepatan satu-satu arah aliran ini bergantung kepada nilai R2 (R kuasa dua). Semakin nilai R2 kepada 1, semakin tepat "trendline" tersebut. Oleh itu, kita boleh memilih daripada 6 jenis itu yang mana satu memberikan nilai yang paling hampir.

Linear

Digunakan untuk data-data yang dalam set yang lebih mendatar. Set data yang mendatar boleh dilihat sekiranya hampir kebanyakan data dalah hampir kepada satu sama lain dan hampir bercantum untuk membentuk satu kadar yang sama tidak mengira menaik atau menurun.

Sebagai contoh; ramalan untuk satu set data yang

Logarithmic

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxDigunakan untuk data-data yang mengalami perubahan sama ada menaik atau menurun dengan terlalu cepat atau diluar jangkaan. Trendline ini boleh digunakan sama ada nilai data negatif atau positif.

Sebagai contoh; ramalan untuk set data pertumbuhan populasi binatang dalam satu kawasan tetap, yang mana populasi akan menghasilkan nilai yang diluar jangkaan apabila ruangan semakin sempit. Trendline yang dihasilkan adalah dalam bentuk lengkung.

Polynomial

Digunakan untuk data-data yang bertaburan atau turun-naik secara tidak stabil. Polynomial akan menghasilkan garis lengkung berdasarkan kepada bilangan faktor yang dimasukkan. Dua faktor (2 polynomial) akan menghasilkan satu lengkung, manakala 3 polynomial akan menghasilkan dua lengkung berlawanan.

Sebagai contoh; satu set data yang mengkaji antara perhubungan penggunaan minyak petrol dan kelajuan sebuah kereta. Kebiasaanya set data yang diperolehi adalah rendah pada bahagian awal, tinggi dibahagian tengah dan rendah kembali dibahagian akhir.

Power

Digunakan untuk meramal data-data yang meningkat pada satu kadar tertentu pada masa-masa tertentu; sebagai contohnya pecutan sebuah kereta lumba pada selang masa setiap 1 saat. Untuk menggunakan trendline ini, ke semua nilai perlulah positif, dan tiada langsung negatif.

Exponential

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolxDigunakan untuk menghasilkan garis data ramalan dan bentuk lengkung. Set-set data yang paling sesuai adalah yang mengalami kemerosotan atau peningkatan dari awal sehingga akhir. Selalunya perubahan ini mempunyai kadar yang besar. Ianya hanya menyokong nilai positif sahaja.

Sebagai contoh; kadar kemerosotan satu bahan radioaktif berdasarkan kepada tempoh masa.

Moving average

Digunakan untuk menghasilkan ramalan terhadap data-data yang turun-naik terlalu kerap bagi mendapatkan paten atau bentuk yang lebih licin dan jelas. Kaedah ini akan mengambil nilai pertama dan kedua, ditambah dan dinilai purata untuk dijadikan nilai pertama ramalan. Manakala untuk nilai kedua dan ketiga dinilaikan puratanya untuk dijadikan data kedua. Ia bergantung kepada nilai Period yang ditetapkan.

Penilaian: 
No votes yet