Apa itu "Taxonomy"

Mungkin anda biasa mendengar dan mungkin juga pertama kali mendengar perkataan "Taxonomy" atau dalam bahasa Melayu adalah taksonomi. Taksonomi membawa maksud pengelasan atau perkumpulan yang bermula dengan satu "ibu" atau kumpulan utama dan berkembang membentuk kumpulan-kumpulan kecil di bawah peranan atau pengelasan yang merujuk kepada kumpulan utama.

Mungkin agak sukar untuk difahami, anda boleh merujuk kepada gambar rajah di bawah ini untuk lebih memahami maksud ayat di atas.

Taxonomy-8303

Pengelasan ini adalah lebih besar dan lebih jitu. Perhatikan bahawa setiap perkara utama kita dapat pecahkan kepada sub topik yang lebih spesifik. Dengan sekali imbas sahaja kita sudah dapat gambaran perkara yang merangkumi setiap perkara utama walaupun telah melalui setiap pembahagian dan pengelasan yang lebih mendalam.

Konsep ini juga diamalkan sepenuhnya oleh Drupal dalam menguruskan pengelasan untuk setiap artikel atau kandungan yang mengisi laman web kita. Jika anda perhatikan bahawa konsep ini tidak memberikan had terhadap bilangan peringkat yang boleh dicipta.

Anda boleh membentuk seberapa banyak topik atau tag utama dan tidak mempunyai had untuk membina sub tag atau topik di bawah tajuk utama. Selain itu, taksonomi juga akan memudahkan anda untuk menguruskan setiap pengelasan kandungan seperti penambahan tag yang baru, pemindahan tag yang sedia ada dan proses pengubahsuaian terhadap tag yang sedia dicipta.

Taksonomi merupakan tunjang belakang Drupal yang utama yang memberikan kuasa di tangan pihak pembangunan untuk menguruskan segala kandungan laman web agar kelihatan lebih tersusun dan mudah untuk dicapai dan disusun mengikut pengelasan tertentu.

Penggunaan terma dalam "Taxonomy"

Untuk sesi pengenalan ini, saya akan membincangkan mengenai terma-terma yang digunakan oleh Drupal dalam pengurusan Taxonomy.

  1. Vacobulary - merupakan tajuk utama atau pengelasan yang utama. Kebiasaanya nama-nama yang boleh digunakan adalah seperti berita, artis, arkib dan lain-lain. Tajuk utama ini seharusnya adalah sesuatu yang merangkumi aspek yang lebih besar dan global bagi membolehkan pengelasan yang kecil boleh dilakukan.
  2. Term - merupakan tajuk kecil kepada tajuk utama. Nama-nama mestilah merujuk dan berkaitan dengan tajuk utama supaya kelihatan lebih tersusun dan tidak bersepah. Untuk setiap tajuk kecil boleh dibina tajuk kecil lagi.

Taxonomy-8302

Untuk mengakses administrasi Taxonomy, anda perlu log sebagai "admin" terlebih dahulu dan perhatikan tangkapan skrin di sebelah ini.

Klik pada pautan "Taxonomy" dan anda akan perhatikan kandungan utama untuk administrasi dipaparkan. Jika anda baru bermula, tiada sebarang taksonomi dihasilkan.

Sedikit huraian ditulis dan dipaparkan bagi memberikan sedikit info kepada pembangunan mengenai taksonomi.

Seterusnya kita akan mempelajari untuk menggunakan modul ini secara mendalam.

Menambah "Vocabulary" baru

Bagi menambah tajuk utama yang baru, klik sahaja pautan "Add vocabulary" di bahagian atas seperti ini:
Taxonomy-8301

Seterusnya paparan kemasukan borang untuk tajuk utama akan dipaparkan. Seterusnya, pada bahagian "Identification", masukkan tajuk utama, penerangan dan sedikit maklumat bantuan kepada pengguna sekiranya perlu.

Taxonomy-8300

Seterusnya adalah proses pemilihan jenis kandungan (Content type) yang boleh menggunakan pengelasan taksonomi untuk tajuk utama ini. Jika anda melalui tutorial sebelum ini, perhatikan bahawa jenis kandungan baru yang kita bina sebelum ini disenaraikan. Anda boleh memilih jenis kandungan tertentu yang dibenarkan untuk menggunakannya.

Sedikit imbasan, Drupal memberikan tahap fleksibel dan pengurusan yang lebih jitu. Sebelum ini kita telah mengikuti tutorial penetapan kebenaran kepada pengguna yang boleh menggunakan jenis kandungan untuk menghantar artikel. Dibahagian ini, anda boleh menetapkan jenis kandungan mana yang boleh menggunakan tag-tag yang disediakan. Drupal membolehkan anda memanipulasikan setiap fungsi dan pilihan yang diberikan mengikut kemahuan dan kesesuaian penggunaan laman web anda.

Jadi, dalam contoh ini saya menetapakan hanya jenis kanduangan "Berita terkini" dan "Page" sahaja boleh memilih penggunaan tag-tag ini.

Taxonomy-8299

Akhir sekali adalah bahagian "Settings". Bahagian ini menawarkan dua pilihan fungsi untuk penghasilan sub tag atau anak-anak kepada topik utama iaitu:

  1. Tags - sekiranya dipilih, pengguna boleh untuk memasukkan tag-tag atau sub topik secara manual iaitu menulis sendiri tag yang diinginkan dan setiap tag perlu dipisahkan menggunakan koma ","
  2. Multiple select - sekiranya dipilih, pengguna hanya boleh dibenarkan menggunakan tag-tag yang telah disediakan oleh pihak pengendali. Pilihan ini sesuai sekiranya anda mahu menetapkan pengelasan yang terhad.
  3. Kedua-dua ditanda - setiap tag yang dihasilkan secara manual oleh pengguna kemudiannya akan disenaraikan secara automatis di bahagian kotak senarai pilihan. Ia sesuai digunakan untuk blog atau forum supaya tag-tag yang sama tidak akan dimasukan secara manual oleh pengguna.

Pilihan "Required" pula memaksa pengguna untuk memasukkan tag secara manual atau memilih sekurang-kurangnya SATU tag sebelum kandungan tersebut dipaparkan dan disimpan semasa proses kemasukan.

Manakala "Weight" merupakan pemberat kepada tajuk utama ini. Semakin ringan pemberat, maka setiap tag-tag yang dipilih akan disenaraikan terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat kesannya sekiranya terdapat lebih dari satu "Vocabulary" yang dihasilkan. Akhir sekali klik butang "Save" jika semua tetapan memenuhi citarasa anda.

Taxonomy-8298

Menambah "Term" baru

Setelah semuanya selesai, anda akan dapat perhatikan tag utama telah dihasilkan seperti ini:

Taxonomy-8297

Seterusnya kita perlu memasukkan tag-tag kecil ke dalam tag utama ini supaya pengelasan yang lebih spesifik dapat dilakukan. Untuk berbuat demikian, klik sahaja pautan "Add terms".

Paparan di bawah ini akan ditunjukkan. Untuk bahagian "Identification", seperti biasa anda perlu masukkan nama tag yang ingin dihasilkan dan juga sedikit huraian mengenai agar menjadikan rujukan dimasa hadapan.

Taxonomy-8296

Jika anda perhatikan, terdapat satu lagi pilihan tetapan yang tertutup iaitu "Advanced options". Bahagian ini menawarkan beberapa lagi tetapan yang lebih tinggi. Anda boleh abaikan sekiranya mahu tetapi saya akan terangkan serba sedikit mengenai bahagian ini.

  1. Parents - ini menetapkan tag kecil ini akan dipautkan atau dikelaskan di bawah tag utama yang mana.
  2. Related terms - pilihan ini akan memautkan tag ini kepada tag yang lain. Maknanya, tag ini akan mempunyai hubungan atau pertalian dengan tag yang lain. Penetapan ini amat sesuai sekiranya tag-tag yang dihasilkan seakan-akan sama dengan tag yang lain.
  3. Synonyms - bahagian ini membolehkan anda menghuraikan dengan lebih jelas tag yang dimasukkan. Sebagai contoh, terms = "Berita", maka synonyms yang boleh ditulis adalah seperti "berita terkini", "berita hangat" dan "berita penting". Synonyms ini tidak akan dipaparkan sebaliknya akan dimasukkan ke dalam indeks carian Drupal dan akan dipaparkan sekiranya kata kunci yang digunakan terdapat kata kunci untuk tiga-tiga contoh di atas.
  4. Weight - seperti biasa, adalah pemberat.

Setelah selesai, klik butang "Save". Bagi lebih jelas hasil yang kita lakukan sebelum ini, saya mengulangi tutorial ini dengan menghasilkan beberapa lagi contoh tag yang boleh digunakan. Untuk melihat hasilnya, anda perlu klik pautan "List" di bahagian atas dan hasil yang saya lakukan adalah seperti berikut:

Taxonomy-8295

Proses kemas kini dan ubah suai

Sekiranya anda ingin melakukan sebarang perubahan atau kemas kini terhadap tag-tag sama ada tag utama atau tag kecil, anda boleh lakukan dengan klik sama ada "edit vocabulary" untuk tag utama ATAU "edit" untuk tag kecil.

Proses untuk kemas kini atau ubah suai akan memaparkan semula borang kemasukkan sama seperti proses kemasukan yang kita lakukan sebelum ini. Apa yang perlu dilakukan adalah ubah suai, kemudian klik sahaja butang "Save".

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)

Komen

wizan's picture

Sangat bagus ni. Saya biasa guna dan bagi yang baru, ini sangat bagus dalam mengkelaskan kandungan.. terutama jika ada banyak bahan.