Pengenalan kepada "Block"

Dalam Drupal, antara lain perkara yang menghidupkan laman web adalah "Block". Ia merupakan kekotak maklumat yang mempunyai pakej maklumat atau set data dan boleh diletakkan di mana-mana ruangan (region) untuk satu-satu templat. Ia juga memudahkan proses penyusunan, penetapan dan penyampaian maklumat selain menjadikan laman web kelihatan lebih tersusun dan elegan.

Mentadbir blok

Untuk mengakses bahagian admin blok, gelungsur ke bahagian Administer > Site Building > Blocks.

Apabila anda memasuki ruangan ini, perhatikan bahawa berlaku sedikit perubahan pada paparan template Drupal di mana akan muncul kekotak yang bergarisan putus-putus di tempat-tempat tertentu. Kekotak ini kita panggil "Region".

Only local images are allowed.

"Region" merupakan kawasan pembahagi atau kawasan yang boleh menerima sebarang kehadiran blok di dalamnya. Selain dari kawasan yang ditayangkan ini, blok tidak boleh diletakkan. Saya akan mengupas lebih lanjut berkaitan dengan "Region" ini di dalam tutorial yang mendatang.

Setiap "region" tidak mempunyai had untuk menerima blok atau lebih senang, anda boleh meletakkan seberapa banyak blok untuk satu "region" tanpa sebarang kengkangan. Kedudukan, posisi dan bentuk paparan "region" ini bergantung kepada jenis templat dan aturcara yang membinanya (rujuk tutorial berkaitan dengan templat).

Blok-blok boleh terhasil daripada proses-proses berikut:

  • kemasukkan modul-modul tambahan yang baru
  • kemasukkan menu-menu yang baru (lihat tutorial "Membuat Menu Baru")
  • penghasilan blok sendiri

Meletakkan blok pada posisi

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, blok-blok ini boleh diletakkan hanya dibahagian kawasan yang telah ditetapkan menerusi templat atau lebih dikenali sebagai "Region". Sekarang kita kenal dahulu paparan pada admin blok ini.

Only local images are allowed.

Perhatikan pada bahagian "region left sidebar", sistem Drupal sudah siap sedia meletakkan 2 blok dan sedia diaktifkan iaitu menu "Navigation" dan blok "User login". Jika anda datang ke laman sebagai tetamu, blok "User login" akan dipaparkan dan setelah log masuk berjaya, blok ini akan hilang dengan sendiri. Ciri-ciri ini kita belajar dikemudian.

Perhatikan juga 3 lagi kawasan (region), belum lagi dipaparkan dengan sebarang blok menjadikannya kosong. Manakala pada bahagian paling bawah sekali, terdapat senarai-senarai blok yang tidak diaktifkan dan belum diletakkan posisinya di dalam "region".

Menggunakan contoh dalam tutorial yang sebelum ini, perhatikan bahawa "Pautan-pautan Luaran" sudah kelihatan di dalam senarai ini. Kali ini, saya mahu blok ini diletakan dalam "region sidebar right" kerana kawasan ini belum lagi diisi dengan blok. Terdapat dua (2) cara iaitu:

1. Kotak pilihan kawasan

Only local images are allowed.
Klik pada kekotak pilihan, kemudian pilih nama "region" yang dikehendaki. Contoh: Right sidebar

2. Heret dan Letak

Only local images are allowed.
Klik pada tanda (+) Pautan-pautan Luaran, dan heret ke ruangan "Right sidebar". Kemudian lepaskan.

Klik butang "Save block" dan cuba perhatikan disebelah kanan anda, menu-menu untuk pautan luar sudah kelihatan seperti dalam rajah dibawah ini:
Only local images are allowed.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)