Pengenalan kepada menu

Menu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Drupal kerana dengan menu memudahkan pengguna untuk melihat paparan artikel-artikel yang penting. Kadang-kadang apabila berlaku kemasukkan kandungan yang terbaru, artikel tersebut kemudiannya lama kelamaan akan berada di bahagian paling bawah dan terlindung menyebabkan pengguna langsung tidak menyedari kehadiran artikel tersebut.

Selain itu, menu juga memudahkan pengguna untuk melawat kandungan yang tertentu seperti Akaun, Profil dan macam-macam lagi (jika laman web tersebut mempunyai modul yang banyak, menu memainkan peranan yang penting). Menu juga bertindak sebagai pemandu arah atau navigasi kepada keseluruhan sistem laman.

Pentadbiran menu

Administer > Site Building > Menus

Only local images are allowed.

Untuk tetapan asal Drupal, telah diwujud 3 menu yang telah sedia ada dimasukkan semasa proses pemasangan Drupal iaitu "Navigation", "Primary links" dan "Secondary links". Setiap menu-menu ini merupakan satu blok yang boleh kita ubah lokasi paparannya di dalam tutorial blok nanti.

  • Navigation: merupakan pakej menu yang utama. Menu ini mengandungi pautan-pautan yang boleh digunakan oleh pengguna berdaftar dan juga admin. Selain itu, jika anda memasang sebarang modul tambahan, jika wujud pautan untuk kegunaan modul (seperti Gallery) ianya akan disenaraikan dibahagian ini secara automatis.
  • Primary links: menu ini pula memainkan peranan untuk menyenaraikan sebarang artikel-artikel yang dimasukkan fungsi tetapannya semasa proses penghasilan artikel yang baru (anda boleh rujuk tutorial sebelum ini, iaitu langkah 5.2). Kedudukan menu ini telah ditetapkan oleh sistem muncul pada bahagian paling atas (atau bergantung kepada templat yang digunakan).
  • Secondary links: ini pula menu tambahan untuk "Primary links". Untuk ke depan mungkin akan hadir lagi artikel-artikel penting yang anda ingin letakkan dibahagian menu dan mungkin "Primary links" sudah penuh, jadi menu ini bertindak sebagai lokasi alternatif untuk tindakan demikian.

Sekarang kita akan cuba masuk ke bahagian menu "Navigation" untuk tutorial selanjutnya. Klik pada pautan Navigation sama ada pada sebelah kiri atau pada bahagian kandungan utama. Senarai menu-menu yang sedia ada akan dipapar seperti dibawah.

Only local images are allowed.

Konfigurasi menu

Setiap menu boleh dikonfigurasikan mengikut kemahuan anda. Antara pilihan yang ada adalah seperti:

  1. Enable: memaparkan atau menyembunyikan menu tersebut
  2. Expanded: sekiranya menu ini mempunyai submenu di dalamnya, maka jika dihidupkan, setiap kali laman dibuka, bahagian menu ini akan dengan sendirinya mengembangkan segala submenu yang terdapat di dalamnya.
  3. Operation (Edit): memodifikasikan menu yang sedia ada.

Anda mungkin tertanya, bagaimana untuk mengubah kedudukan menu-menu ini? Dalam Drupal, kekuatannya terletak pada Ajax (rujuk mengenai Ajax) yang mana kebanyakan proses modifikasinya dilakukan secara interaktif. Untuk mengubah kedudukan susunan menu ini, anda hanya perlu klik dan pegang (click and hold) pada tanda simpang untuk menu tertentu dan gerakkan (drag) menu tersebut sehingga menetapi citarasa anda. Sebagai contoh:

Only local images are allowed.

Dalam contoh di atas, saya telah mengalihkan menu untuk Page dari parent menu "Create content" keluar dari tempat asal dan berada di bawah menu "My Account". Tanda (*) dan latar belakang bertukar kuning menandakan bahawa perubahan yang anda lakukan ini tidak akan disimpan selagi butang "Save configuration" belum di klik.

Jadi, saya berpuas hati dengan perubahan tersebut, dan saya klik "Save configuration". Maka inilah hasil yang saya dapat:

Only local images are allowed.

Penilaian: 
Average: 5 (3 votes)