Dalam tutorial sebelum ini, kita mempelajari beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk menguruskan kedudukan dan posisi blok dalam laman web. Kebiasaannya blok ini terhasil apabila membuat pakej menu yang baru atau pemasangan modul-modul Drupal yang baru.

Tutorial kali ini pula akan tunjukkan cara-cara untuk kita menghasilkan blok mengikut penetapan kita sendiri. Seperti biasa, klik pautan Administer > Site buildings > Block. Seterusnya klik "Add block".

Only local images are allowed.

Kemasukkan maklumat untuk blok baru

Anda sekarang akan dibawa ke paparan baru untuk kemasukkan data-data bagi blok baru yang akan kita hasilkan. Di bawah ini disertakan beberapa paparan skrin dan bahagian berfungsi yang boleh kita gunakan untuk memanipulasikan blok yang bakal kita hasilkan ini.

Only local images are allowed.

Di bahagian "Block spesific settings" ini akan memaparkan beberapa tetapan untuk memaparkan maklumat yang bakal kita masukkan ke dalam blok ini. Dalam tangkapan skrin di atas ini, beberapa contoh telah saya masukkan sebagai panduan.

  • Block description: ruangan ini adalah dijadikan menerangkan kandungan blok baru secara ringkas. Anda boleh tulis sebarang ayat untuk dijadikan panduan mudah.
  • Block title: merupakan ruangan untuk tajuk blok baru.
  • Block body: kandungan atau maklumat untuk blok. Seperti dalam contoh, saya telah memasukkan maklumat mengenai cara untuk menghubungi pihak webmaster. Segala kandungan ini akan ditapis atau disaringkan bergantung kepada jenis "Input format" yang anda pilih. Dalam contoh tersebut, saya membiarkan tapisan kandungan disaringkan dengan menggunakan pilihan "Filtered HTML" yang mana yang membenarkan beberapa elemen tag HTML sahaja digunakan.
    Sekiranya anda tidak mahu sebarang tapisan dilakukan oleh Drupal, boleh sahaja memilih "Full HTML". Jika laman tersebut mempunyai bilangan "admin" yang ramai dan mereka masih lagi baru, disarankan untuk menggunakan "Filtered HTML" berbanding "Full HTML"

Tetapan paparan blok berdasarkan pada pilihan

Only local images are allowed.

Untuk bahagian ini pula, kita akan menetapkan kemunculan atau kebolehan untuk paparan blok ini terhadap setiap pengguna berdaftar. Terdapat 3 pilihan yang boleh digunakan iaitu:

  • Users cannot control whether or not they see this block: pilihan ini akan mematikan pilihan tetapan untuk pengguna berdaftar untuk mengawal paparan blok ini di setiap laman yang ditetapkan kemunculannya. Dengan erti kata lain, pengguna langsung tidak mempunyai kebenaran untuk menetapkan sama ada blok ini muncul atau tidak di setiap laman.
  • Show this block by default, but let individual users hide it: pilihan ini akan memaparkan blok ini disetiap laman tetapi pengguna berdaftar dibenarkan untuk menyembunyikannya di bahagian profil pengguna. Dengan erti kata lain, pengguna berdaftar sekiranya tidak suka dengan paparan blok ini, mereka boleh mematikannya paparan blok ini.
  • Hide this block by default but let individual users show it: pilihan ini akan menyembunyikan blok ini dari dipaparkan sebaliknya hanya dipaparkan sekiranya pengguna berdaftar ingin ia dipaparkan.

Untuk pilihan ini, kesannya hanya dapat dilihat untuk pengguna berdaftar sahaja. Untuk tetamu, secara automatisnya blok akan dipapar sebagai tetapan asal.

Tetapan paparan blok berdasarkan kepada kumpulan

Only local images are allowed.

Untuk bahagian ini pula, merupakan kebenaran paparan untuk blok berdasarkan kepada kumpulan atau peranan atau jenis pengguna. Secara asalnya, terdapat 2 sahaja peranan iaitu "anonymous user" (tetamu) dan "authenticated user" (pengguna berdaftar). Sekiranya tiada sebarang pilihan ditetapkan, secara asalnya, blok ini akan dipaparkan kepada semua golongan.

Sekiranya hanya pilihan tetamu sahaja ditetapkan, maka blok ini akan dipaparkan kepada golongan tetamu dan untuk pengguna berdaftar mereka langsung tidak akan nampak blok ini sehinggalah mereka log keluar (iaitu status dari pengguna berdaftar bertukar kepada tetamu semula)

Tetapan paparan blok berdasarkan kepada URL

Only local images are allowed.

Bahagian ini merupakan paling penting dan perlukan sedikit penekanan. Bahagian ini juga merupakan kekuatan atau kelebihan Drupal berbanding CMS yang lain. Bahagian ini membolehkan kita mengawal paparan blok ini sama ada dipaparkan atau disembunyikan BERDASARKAN kepada URL satu-satu laman tertentu atau secara pukal.

Secara dasarnya, terdapat 3 pilihan yang boleh dibuat dan ruangan kosong dibawah tersebut membolehkan kita untuk memasukkan maklumat yang lebih jitu atau tertentu bagi pilihan untuk yang tiga tersebut.

  • Show on every page except the listed pages: bermaksud, paparkan blok ini disetiap laman kecuali yang dinyatakan di dalam ruangan dibawah.
  • Show on only the listed pages: bermaksud, paparkan blok ini hanya disenarai laman di dalam ruangan.
  • Show if the following PHP code returns TRUE(PHP-mode, experts only): kita akan mempelajarinya di Tahap 5 nanti.

Ruangan kosong di bawah tersebut membolehkan kita untuk menetapkan laman-laman tertentu memberikan kesan terhadap paparan blok ini bergantung kepada pilihan 3 yang utama.

Sebagai contoh seperti di atas, saya memilih untuk memaparkan blok ini disetiap laman kecuali yang dinyatakan dalam senarai dibawah. SEANDAINYA saya tidak memasukkan apa jua senarai laman-laman tertentu, maka dengan sendirinya blok ini dipaparkan di setiap laman web saya. Sebaliknya, saya telah memasukkan pautan "<front>" (yang merupakan pautan khas untuk laman hadapan), maka sekiranya pengguna melihat laman utama, blok ini akan dipaparkan disemua laman KECUALI laman utama.

Katakan URL untuk contoh satu artikel anda adalah "http://localhost/websaya/artikel-pertama-saya". Dan anda hanya mahukan blok ini dipaparkan pada laman ini sahaja, laman-laman yang lain blok ini tidak kelihatan, maka pilihan "Show on only the listed pages" dipilih dan tuliskan hanya "artikel-pertama-saya" diruangan bawah dengan tidak menyalin keseluruhan URL.

Simpan blok baru

Setelah semuanya selesai, klik butang "Save block". Kemudian anda akan dapat melihat blok yang kita hasilkan tadi sudah dimasukkan di dalam senarai blok-blok yang tidak aktif.

Seterusnya dengan merujuk kepada tutorial sebelum ini, "Menguruskan Blok", masukkan blok "hubungi" tadi di bahagian mana-mana "region" mengikut kesesuaian anda. Sebagai contoh, saya letakkan dibahagian kanan, dan hasilnya adalah seperti ini:

Only local images are allowed.

Penilaian: 
No votes yet