Menambah artikel baru

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat kandungan dalam drupal.

  1. Log masuk sebagai administer kerana buat masa sekarang hanya admin sahaja yang berupaya untuk memasukkan sebarang kandungan.
  2. Anda akan dapat perhatikan pada menu sebelah kiri anda terdapat perkataan "Create Content". Klik pautan tersebut.
  3. Anda mempunyai 2 pilihan iaitu sama ada page atau story. Gunakan page untuk membuat artikel biasa atau statik seperti "Tentang Kami" atau "Selamat Datang". Manakala story untuk membuat kandungan bercirikan ulasan berita atau artikel-artikel yang sering berubah-ubah.
    Nota: Drupal membenarkan anda mencipta seberapa banyak mungkin jenis kandungan. Kita akan belajar cara-cara untuk membuat blog, forum dan juga E-commerce.
  4. Dalam tutorial ini saya akan menggunakan Page sebagai contoh.
  5. Klik Page. Di bawah adalah gambar bagi paparan Page.
    1. TitleTajuk bagi artikel anda.
    2. Menu SettingMenu setting membolehkan anda membuat link atau pautan pada artikel yang sedang anda tulis. Jika anda tidak memilih sebarang Menu, artikel ini tidak akan dicapai melalui pautan pada menu. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pautan pada artikel tersebut secara manual iaitu dengan menaip alamat artikel pada pelayar web (web browser).
      1. Dalam tutorial ini, letakkan Menu Link title sebagai "Artikel Pertama", dan pada ruangan Parent item pilih <primary Link>.
    3. Body: Ruangan untuk menulis artikel.
    4. Input Format: Jenis format kemasukan yang ingin anda gunakan. Pilihan yang ada sama ada "Filtered HTML" atau "Full HTML".
      - Filtered HTML membenarkan hanya sesetengah tag HTML digunakan di dalam artikel, kebiasaanya tapisan ini diberikan kepada pelawat laman 
      - Full HTML membenarkan secara terus pengguna semua tag HTML dalam penulisan artikel
    5. Revision Information: Isikan ruangan ini jika artikel anda sering diubah suai dari semasa ke semasa ataupun anda mempunyai ramai penulis. Ini bagi memberikan panduan kepada penulis lain mengenai perkara-perkara yang telah anda lakukan semasa proses ubah suai tersebut dilakukan. Jika anda sahaja yang menguruskan laman web ini, boleh dibiarkan kosong.
    6. Comment Settings: Ruangan ini membenarkan anda membuat pilihan sama ada artikel anda boleh dikomen atau tidak.
    7. Authoring Information: Ruangan untuk nama penulis dan tarikh artikel ditulis.
    8. Publishing option: Ruangan ini membenarkan anda membuat pilihan penetapan mengenai paparan artikel pada laman.
      1. Published : Tandakan kotak ini jika anda ingin artikel anda dipapar terus. (Biarkan kosong jika anda rasa artikel anda masih belum siap untuk dibaca oleh pengguna. Nota: Jika anda membiarkan kosong, artikel anda akan disimpan di dalam pangkalan data dan hanya dapat dilihat oleh golongan Admin sahaja untuk diubah suai pada masa mendatang).
      2. Promoted to Frontpage: Tandakan kotak ini jika anda ingin artikel akan diletakkan pada laman utama.
      3. Sticky at top of list: Artikel ini akan kekal berada di bahagian paling atas walaupun anda menulis beberapa kemasukkan artikel-artikel baru yang lain.
  6. Setelah selesai menulis artikel, klik butang "Save".
  7. Anda akan dapat melihat artikel anda dan juga pautan pada artikel tersebut di atas sebelah kanan laman web anda.

Mengubah suai artikel sedia ada

Setiap paparan artikel yang telah sedia ada, sekiranya anda log masuk sebagai Admin dalam Drupal, akan muncul menu tambahan dibahagian atas setiap artikel tersebut. Menu tersebut adalah "View" dan "Edit".

Untuk mengubah suai sebarang artikel yang sedia ada, hanya klik sahaja pautan "Edit" dan paparan semasa memasukkan artikel yang baru akan dipaparkan. Tidak ade perbezaan yang dengan paparan semasa kemasukkan artikel baru kecuali ke semua bahagian sudah dimasukkan dengan data-data terdahulu.

Setelah selesai mengubah suai, klik butang "Save" di bawah sekali.

Senarai semua kandungan

Sebagai Admin, kita boleh melihat keseluruhan kemasukan artikel yang telah dimasukkan ke dalam laman web. Senarai ini memudahkan kerja kita sekiranya terdapat banyak artikel-artikel yang perlu diuruskan dan tidak dapat dilihat secara terus menerusi laman utama.

Di bahagian Menu Administer Content Management  Content

Kemudian paparan di bawah ini akan ditayangkan. Dibahagian ini, anda boleh tentukan artikel tertentu sama ada untuk ditayangkan (Published) dan pilihan-pilihan konfigurasi yang lain. Sekiranya artikel anda terlalu banyak, boleh gunakan fungsi penapis (filter) bagi mengecilkan skop carian anda terhadap artikel-artikel tertentu.

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)