Imbasan tutorial sebelumnya

Kembali mengimbas tutorial sebelum ni, kita telah mengenali serba sedikit mengenai menu dan beberapa fungsi asas yang boleh digunakan untuk dimodifikasikan mengikut kesesuaian penggunaan. Jadi dalam tutorial ini, saya akan tunjukkan dengan lengkap cara-cara untuk membuat menu baru dan beberapa tips yang berkaitan.

Mencipta pakej menu baru

Seperti biasa, akses dahulu ke Administer Site building Menus. Kemudian klik "Add Menu" dan anda akan dibawa ke paparan borang untuk kemasukkan menu yang baru.

Only local images are allowed.

Bahagian ini, akan menghasilkan satu pakej menu atau senang cerita, kategori untuk menu seperti "Navigation", "Primary links" dan "Secondary links" yang sebelum ini. Jadi katakan saya ingin hasilkan satu menu khas untuk pautan-pautan luaran dari laman web saya ini.

Jadi saya masukkan maklumat seperti ini ke dalam borang tersebut:

  1. Menu name: ini merupakan nama ID atau pemboleh ubah untuk pakej menu baru. Bahagian ini hanya boleh menggunakan huruf kecil, nombor dan guna tanda sengkang (-) SAHAJA. Jika anda memasukkan aksara selain yang dibenarkan, notis ralat akan dipaparkan.
    Contoh: pautan-luar
  2. Title: nama untuk pakej menu. Sebarang aksara dibenarkan di sini.
    Contoh: Pautan-pautan Luar
  3. Description: masukkan sedikit penerangan mengenai pakej menu ini untuk rujukan masa hadapan.

Seterusnya, klik butang "Save". Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian untuk kemasukan menu-menu di dalam pakej menu tadi.

Memasukkan menu-menu baru

Di bahagian ini, kita akan memasukkan senarai menu-menu yang akan terkandung di dalam pakej ini. Klik pautan "Add item".

Only local images are allowed.

Satu paparan kemasukan borang menu baru akan dipaparkan. Di bahagian ini kita perlu memasukkan ke semua maklumat terutama sekali yang mempunyai tanda (*).

  1. Path: ini merupakan URL untuk menu kita. Sekiranya pautan ini merupakan ke laman utama, masukkan nilai <front>. Sekiranya ia merujuk ke alamat dalaman, hanya perlu masukkan alamat selepas nama domain sahaja (tidak perlu untuk masukkan alamat penuh).
    Nota: untuk "artikel pertama", URL penuh: "http://localhost/websaya/node/1", maka kita taip "node/1" sahaja. Tidak perlu yang lain.
    Contoh: http://example.com
  2. Menu link title: masukkan tajuk untuk menu tersebut. Pelbagai jenis aksara boleh digunakan.
    Contoh: Kripkorn Studios
  3. Description: sedikit maklumat mengenai pautan ini.
  4. Enable: pastikan bahagian ini ditanda, jika tidak menu tidak diaktifkan
  5. Expanded: sekiranya ditandakan dan sekiranya menu ni (dikemudian) mempunyai submenu, ia akan dikembangkan secara automatik
  6. Weight: posisi setiap menu-menu dirujuk berdasarkan kepada tahap pemberat yang diletakkan. Sekiranya menu ini mempunyai nilaian pemberat yang paling ringan, posisinya akan berada paling atas dan sebaliknya.
    Nota: sekiranya nilaian pemberat adalah sama untuk 2 menu yang berlainan, maka menu disusun mengikut abjad pertama.

Setelah selesai, klik "Save". Paparan senarai kemasukan menu baru tadi ditunjukkan. Dalam contoh ini, saya memasukkan lagi 2 menu tambahan dengan mengulangi langkah-langkah di atas. Dan inilah hasil yang kita akan perolehi:

Only local images are allowed.

Langkah selanjutnya

Sekiranya anda perasan, tutorial sebelum ini telah menambahkan satu pakej menu yang baru di dalam senarai pakej-pakej yang sedia ada dibahagian "Menus".

Sepanjang tutorial ini, menu-menu yang kita hasilkan tadi belum dipaparkan di mana-mana dalam laman web kita kerana kita masih belum lagi meletakkannya diposisi yang diinginkan. Oleh sebab itu, kita perlu teruskan tutorial ke bahagian "Block" kerana "Menus" berkait rapat dengan "Block".

Penilaian: 
Average: 4 (1 vote)