Dalam tutorial sebelum ini, kita sudah memahami dengan jelas peranan "Content type" dalam sistem pengurusan laman web menggunakan Drupal. Dan juga tujuan utama diwujudkan fungsi ini. Terdapat sesetengah pembangun menggunakan "Content type" bagi menguruskan kategori dan sememangnya ia boleh dilakukan.

Tetapi pada pandangan saya, adalah lebih baik kita gunakan fungsi "Taxonomy" iaitu modul tunjang belakang yang akan kita pelajari dalam Tahap 3 nanti secara panjang lebar.

Membuat "Content type" yang baru

Seperti biasa, untuk menguruskan laman web, anda perlu log masuk sebagai pengendali (admin). Seterusnya memasuki ruangan Administer  Content management  Content type*]. Kemudian klik [*Add content type.

Only local images are allowed.

Kemudian paparan kemasukkan borang dipaparkan. Kita akan mengenali setiap satu bahagian dan juga fungsi yang akan dihasilkan dengan setiap tetapan yang akan kita lakukan.

Dibahagian ini, terdapat empat (4) kategori borang yang disediakan untuk tetapan "Content type" kita yang baru dan setiap satu mempunyai peranan yang tertentu.

  1. Identification: menyediakan ruangan untuk identiti dan profil jenis kandungan baru ini
  2. Submission form settings: mengandungi tetapan untuk paparan semasa kemasukkan maklumat sekiranya pengguna ingin menggunakan jenis kandungan ini
  3. Workflow settings: mengumpulkan tetapan mengenai proses yang akan dilakukan oleh Drupal selepas kemasukan data dihantar
  4. Comment settings: tetapan komen terhadap semua kandungan yang menggunakan "Content type" ini.

Ruangan tetapan "Identification"

Only local images are allowed.

  1. Name: masukkan nama untuk "Content type" ini. Anda boleh gunakan semua huruf untuk memudahkan kita mengenali jenis kandungan ini. Saya masukkan "Berita Terkini".
  2. Type: masukkan nama untuk identiti pengenalan bagi Drupal. Anda perlu menggunakan huruf kecil (lowercase), nombor dan garis bawah (underscore) SAHAJA. Jangan sesekali mengunakan "space". Contoh: "hot_news".
  3. Description: masukkan sedikit informasi sebagai rumusan tujuan jenis kandungan ini dicipta.

Ruangan tetapan "Submission Form Settings"

Only local images are allowed.

  1. Title field label: label yang akan dipaparkan semasa proses kemasukkan data. Contoh: "Tajuk berita".
  2. Body field label: label untuk kandungan semasa kemasukkan data. Contoh: "Kandungan berita".
  3. Minimum number of words: tetapan untuk bilangan perkataan yang paling minimum diperlukan. Sekiranya ditetapkan, penghantaran kandungan baru hanya akan dibenarkan oleh Drupal sekiranya jumlah perkataan yang ditulis melepasi tahap yang ditetapkan. Dalam contoh ini, saya hanya biarkan ianya "0" iaitu tidak menghidupkan fungsi ini.
  4. Explanation or submission guidelines: sedikit panduan atau tatacara untuk pengguna semasa menghantar kandungan. Anda mungkin boleh menulis apa jua panduan supaya pengguna lebih faham dan jelas tujuan dan peraturan yang mereka perlu patuhi semasa menghantar kandungan.

Ruangan tetapan "Workflow Settings"

Only local images are allowed.

Fungsi ini akan digunakan semasa proses penghantaran kandungan baru.

  1. Published: kandungan baru akan dipaparkan kepada umum.
  2. Promoted to front page: kandungan baru ini akan ditayangkan rumusannya di laman utama
  3. Sticky at top of lists: kandungan baru ini akan sentiasa berada di kedudukan paling teratas sekiranya terdapat lebih dari satu senarai artikel atau kandungan pada halaman yang sama.
  4. Create new revision: Drupal akan menghasilkan satu titik revisi untuk kandungan baru ini. Sekiranya pada masa hadapan, kandungan ini telah diubahsuai oleh salah seorang pengendali laman DAN anda mahukan ia kembali ke mana-mana titik perubahan, fungsi ini boleh lakukannya. Inilah antara kekuatan yang ada pada Drupal. Setiap kandungan boleh kembali kepada titik yang sebelum ini dan anda boleh menyemak perubahan yang telah dilakukan dari satu titik ke satu titik.

Ruangan tetapan "Comment Settings"

Only local images are allowed.

Untuk bahagian komen ini, tetapan yang disediakan agak banyak tetapi senang untuk difahami. Mungkin penerangan yang akan saya berikan tidak terlalu lengkap tetapi cukup untuk anda memahami setiap perkara yang disediakan.

  1. Default comment setting: tetapan utama sama ada pengguna tidak boleh komen, baca komen sahaja atau baca dan hantar komen
  2. Default display mode: paparan senarai komen-komen sama ada dalam satu garisan yang sama (flat list) atau di inden setiap balasan terhadap komen tertentu (threaded) dan sama ada paparan tajuk komen sahaja (collapsed) atau paparan penuh komen (expanded)
  3. Default display order: susunan untuk komen-komen terbaru mengikut tarikh terawal atau terakhir dihantar
  4. Default comment per page: paparan bilangan komen untuk setiap satu halaman
  5. Comment control: panel kawalan tambahan untuk proses kawalan paparan komen
  6. Anonymous commenting: kawalan kebenaran untuk pelawat memberikan komen. Jika anda perhatikan sekarang pilihan ini tidak dapat dipilih kerana untuk "Content type" yang baru, kita perlu menetapkan kebenaran (permission) untuk peranan pelawat. Untuk bahagian ini saya akan ulaskan diakhir tutorial ini.
  7. Comment subject field: pilihan untuk dipaparkan tajuk komen atau tidak
  8. Preview comment: setiap komen yang bakal dihantar perlu di pratonton atau tidak
  9. Location of comment submission form: kedudukan borang komen sama ada pada halaman yang sama (iaitu dibahagian paling bawah) atau berlainan laman.

Setelah anda berpuas hati dengan semua tetapan yang dimasukkan untuk jenis kandungan baru ini, jangan malu-malu untuk klik butang "Save content type". Setelah itu anda akan dapat melihat jenis kandungan yang baru telah dipaparkan.

Only local images are allowed.

Penetapan Kebenaran (Permission)

Seperti yang saya nyatakan dibahagian atas, hanya pengguna tertentu yang mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah sahaja yang dapat melihat jenis kandungan ini. Sekiranya tetapan tidak dilakukan, kemungkinan besar pengguna anda tidak dapat membaca atau melihat kandungan yang dihantar menggunakan jenis kandungan yang baru tersebut.

Untuk memasuki ruangan kebenaran dan proses penetapannya, ikuti arahan dibawah ini:

  1. Administer User management Permission
  2. Kemudian anda perlu cari bahagian kebenaran di bawah kategori "node module"
  3. Terdapat senarai kebenaran untuk setiap perkara yang berkaitan dengan "node". Untuk "Content type", terdapat tiga kebenaran yang penting iaitu "create", "delete" dan "edit".
  4. Anda hanya perlu tandakan setiap kebenaran ini berdasarkan kepada setiap golongan yang anda ingin berikan kebenarannya.
  5. Dalam contoh ini, saya hanya membenarkan pengguna berdaftar untuk membaca dan menghantar berita dan setiap pengguna berdaftar berkuasa terhadap berita mereka sendiri sahaja manakala pelawat hanya dapat membaca sahaja. Jadi tetapan yang saya lakukan adalah seperti berikut:
    Only local images are allowed.
  6. Seterusnya klik "Save permissions".
  7. Selesai.

Menvariasikan "Content type"

Tutorial di atas hanyalah merupakan langkah yang paling asas dalam menghasilkan satu-satu jenis kandungan yang baru. Selain itu, Drupal menawarkan variasi yang lebih kompleks dan pelbagai pilihan untuk kemasukan data dengan penambahan modul-modul untuk memantapkan lagi jenis kandungan ini.

Modul yang menjadi pilihan kebanyakkan pengguna Drupal adalah seperti Content Construction Kit (CCK), Views dan Panels yang menawarkan pemvariasian yang lebih fleksibel. Kita akan mempelajari penggunaan modul ini di bahagian Tahap 3 nanti.

Penilaian: 
4
Average: 3.3 (3 votes)