Penggunaan tag iaitu Taxonomy sebelum ini diterangkan melalui penggunaan secara pilihan (multiselect). Namun, sekiranya dalam laman anda wujudnya seksyen blog, penggunaan tag pilihan ini kurang sesuatu. Jadi penggunaan tag secara rawak merupakan jalan penyelesaian terhadap masalah ini.
Penggunaan tag rawak
Proses penetapannya lebih kurang sama dengan sebelum ini. Tetapi kerana penggunaan tag rawak ini akan berlaku kemasukkan tag secara automatis ke dalam kamus utama kita, oleh itu kita perlu mewujudkan satu kamus utama lain yang baru. Perhatikan contoh di bawah ini:
Tetapan adalah sama seperti sebelum ini, di mana perlu memenuhkan semua bahagian "Identification". Dibahagian "Content types", saya memilih untuk "Story" sahaja memandangkan lagi dua jenis kandungan tersebut sudah ditetapkan sebelum ini. Tetapi, anda masih boleh menggunakan pada jenis kandungan yang sama dan tidak menjadi masalah. Cuma akan menjadikan pengguna agak keliru sedikit.
Manakala dibahagian "Settings" inilah yang memainkan peranan. Perhatikan bahawa saya telah memilih "Tags" berbanding "Multiple select" sebelum ini. Dan juga "Required" ditandakan supaya setiap kandungan baru mesti memasukkan tag sekurang-kurangnya satu.
Setelah semuanya selesai, klik "Save".
Penggunaan tag rawak dalam kandungan
Jika sebelum ini, langkah di atas masih belum lengkap kerana kita perlu memasukkan terma-terma ke dalam kamus yang telah dibuat sebelum ini. Tetapi untuk kes tag rawak ini, terma-terma akan dimasukkan secara automatis semasa penghantaran kandungan yang baru. Cuba perhatikan contoh yang saya tunjukkan di bawah ini.
Kita akan menghasilkan satu kandungan artikel menggunakan jenis kandungan "Story".
Dibahagian "Tag", saya telah memasukkan empat tag untuk mewakili artikel ini iaitu drupal, pengenalan, asas dan pengguna baru. Selepas artikel ini dihantar untuk disampan, Drupal secara automatis akan memasukkan empat tag ini ke dalam kamus "Tag".
Jika sebelum ini terdapat beberapa artikel telah dimasukkan, maka semasa kemasukkan tag dilakukan DAN sekiranya terdapat tag yang sama cuba dimasukkan, ianya akan dipaparkan secara Ajax bagi membantu pengguna mengklasifikasikan beberapa artikel dan menghubungkan antara satu sama lain.
Hasil selepas di simpan adalah seperti ini:
Tag-tag tersebut akan disusun mengikut abjad bagi memudahkan proses pembacaan oleh pengguna. Dan sekiranya anda melihat kembali senarai terma-terma di dalam kamus "Tag", ianya telah dimasukkan secara automatis. Administer > Content management > Taxonomy > List terms untuk "Tag". Hasilnya adalah seperti ini: