Sepanjang tutorial peringkat ke-2 ini, anda akan didedahkan dengan proses-proses memasukkan, mengubah suai dan mengemas kini artikel di samping beberapa lagi fungsi-fungsi kegunaan yang berkaitan dengan kemasukan kandungan.

Dalam tutorial ini juga beberapa terma-terma yang biasa digunakan dalam Drupal mungkin akan diulang kembali dari tutorial Asas Drupal. Sebolehnya anda mahirkan dahulu dan biasakan dengan terma-terma seperti Node, Content Type dan beberapa lagi terma yang telah kami jelaskan dalam tutorial Terminologi dalam Drupal.

Ini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman dalam menggunakan Drupal. Jika tidak anda akan sesat dipertengahan jalan.

Skop-skop Pembelajaran

Dalam peringkat ini, anda akan didedahkan dengan proses penghantaran kandungan ke dalam sistem Drupal. Huraian mengenai tetapan, proses modifikasi dan pengendalian kandungan akan diterangkan.

Selain itu, kita akan mengendalikan sistem "Block", salah satu kelebihan Drupal untuk memberikan fungsi kepelbagaian dalam paparan. Pengurusan mengenai "Content type" akan ditunjukkan dengan jelas serta penggunaan "Taxonomy" untuk mengklasifikasikan kandungan mengikut kumpulan tertentu.

Penilaian: 
4
Average: 4 (3 votes)