Taksonomi merupakan tunjang utama dalam Drupal bagi melakukan klasifikasi dan kategori untuk kandungan yang dihantar. Dalam tutorial D7, tutorial lebih ke arah cara menggunakan berbanding konsep asal. Anda boleh rujuk tutorial D6 untuk artikel penuh mengenai taksonomi.

Dalam D7, taksonomi itu sendiri telah melalui satu perubahan yang sangat besar. Bukan sahaja CCK telah diintegrasi terus ke dalam Drupal malah Taxonomy Field juga diasimilasikan bersama. Jadi dalam D7, anda mempunyai kelebihan dari segi melakukan modifikasi yang lebih fleksibel terhadap maklumat taksonomi. D6 hanya menawarkan dua medan untuk setiap satu taksonomi iaitu nama dan penerangan tetapi dalam D7 tiada hal ditetapkan.

Untuk mengakses ruangan pentadbiran taksonomi, pergi ke Administer Structure Taxonomy. Anda akan disajikan dengan paparan seperti berikut:
Taksonomi dalam D7-9476

Semasa pemasangan, satu Vocabulary telah dihasilkan bagi membolehkan kita melakukan pengelasan kandungan melalui kaedah tag bebas. Oleh itu, kita cuba hasilkan satu vocabulary yang baru yang dinamakan sebagai "Kategori kiriman".

Menghasilkan vocabulary yang baru

Taksonomi dalam D7-9477

Klik pada pautan + Add vocabulary. Masukkan maklumat untuk medan nama dan penerangan. Setelah selesai klik butang "Save". Anda akan dibawa ke halaman senarai taksonomi.

Menambah medan tambahan kepada vocabulary

Taksonomi dalam D7-9478

Klik pada pautan "edit vocabulary" untuk membolehkan kita melihat tetapan yang ditawarkan oleh D7. Pastikan anda memilih tetapan untuk taksonomi yang baru kita hasilkan sebelum ini.

Taksonomi dalam D7-9479

Pada bahagian atas, terdapat empat tab yang memberikan fungsi tambahan kepada vocabulary. Untuk menambah medan yang baru, klik pada "Manage fields".

Taksonomi dalam D7-9480

Sebagai contoh, saya ingin menghasilkan satu medan untuk membolehkan vocabulary ini mempunyai ikon tersendiri. Masukkan label "Ikon" pada bahagian Add new field. Seterusnya tetapkan nama jadual yang akan menyimpan maklumat ini iaitu field_ikon. Pilih jenis data yang akan disimpan sebagai Image. Seterusnya klik butang Save.

Terdapat dua cara bentuk penyimpanan elemen gambar ini sama ada Public atau Private. Tetapan pada Public akan membenarkan sesiapa sahaja mengakses fail gambar tersebut secara terus. Manakala Private hanya membenarkan pengguna tertentu sahaja dapat melihatnya. Dalam kes ini, kita mahukan gambar ini dipaparkan tanpa sebarang kebenaran khas. Pilih Public dan klik butang Save field settings.

Drupal akan memaparkan beberapa lagi pilihan tetapan untuk medan ini. Sebagai permulaan, kita abaikan sahaja bahagian ini. Skrol sehingga ke bahagian bawah, dan klik butang Save field settings sekali lagi. Kemudian pada bahagian tab, pilih List untuk menambah term yang baru.

Menambah term baru ke dalam vocabulary

Taksonomi dalam D7-9481

Untuk menambah term yang baru, klik pada pautan + Add term. Anda akan dibawa ke bahagian medan pengisian. Di sini, masukkan maklumat berikut:

  • Name: Diari
  • Description: Memaparkan kandungan mengenai kehidupan seharian
  • URL Alias: diari-saya
  • Ikon: muat naik sebarang elemen gambar untuk dijadikan sebagai ikon.

Setelah selesai, klik butang butang Save. Drupal akan memaparkan sekali lagi borang kemasukan ini sekiranya masih terdapat term yang ingin kita daftarkan. Anda boleh lakukannya sendiri sekiranya perlu.

Bagi melihat hasil yang telah dilakukan tadi, kita boleh akses halaman yang akan memaparkan semua kandungan di bawah Diari nanti melalui URL http://example.com/diari-saya. Paparan yang anda akan dapat adalah seperti berikut.

Taksonomi dalam D7-9482

Penilaian: 
5
Average: 5 (1 vote)