Secondary menu merupakan menu sokongan kepada sistem. Setiap menu yang dibina menerusi ruangan pentadbir menu (Aministration Structure Menu) akan mencetuskan satu arahan untuk pembinaan satu blok.

Blok merupakan kandungan sampingan yang melengkapi satu-satu paparan halaman. Kandungan ini mungkin terhasil daripada modul, menu dan penghasilan blok secara manual.

Dalam tutorial sebelum ini, anda melihat 3 menu sokongan yang dihasilkan semasa pemasangan Drupal. Kita boleh membina menu tambahan sendiri. Untuk tujuan tersebut pergi ke Administrator Structure Menu.

Dibahagian paling atas, klik pada pautan "+ Add menu". Satu paparan medan kemasukan ditunjukkan.

Medan kemasukan menu baru

Anda perlu melengkapkan sekurang-kurang medan "Title" sebelum menu ini disimpan dan didaftarkan ke dalam sistem. Anda boleh gunakan contoh di atas. Ini akan menghasilkan satu menu dengan nama "Navigasi sokongan". Setelah selesai, klik butang "Save".

Seterusnya adalah proses kemasukkan pautan. Di bahagian ini, kita boleh masukkan pautan sama ada secara dalaman atau luaran. Kaedahnya sama seperti yang ditunjukkan dalam tutorial Menyelenggara Main menu. Sebagai contoh, saya masukkan satu pautan baru yang mengarah ke laman rasmi Drupal.org.

Mengaktifkan Secondary menu dibahagian konfigurasi blok

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, setiap satu menu sokongan yang dibina akan membentuk satu blok dibahagian pentadbiran blok. Drupal tidak mengaktifkan secara automatis sebaliknya perlu dilakukan secara manual.

Pergi ke Administration Structure Block. Dibahagian ini akan menyenaraikan semua blok-blok yang boleh digunakan dan ditempatkan pada templat halaman. Skrol laman sehingga ke bahagian bawah dan cari blok dengan nama "Navigasi sokonga".

Terdapat dua cara untuk menempatkan blok ini pada Region-region tertentu sama ada:

  • Manual -- klik pada pilihan menu drop-down dan pilih region yang diingini, contohnya: Sidebar first.
  • Ajax -- letakkan petunjuk tetikus pada tanda simpang "+", klik dan heret ke bahagian region yang diingini.

Setelah selesai, klik butang "Save blocks" dan kembali ke laman utama untuk melihat blok menu yang dihasilkan sebelum ini telah diaktifkan dibahagian sebelah kiri laman.

Mengaktifkan menu sokongan pada jenis kandungan

Berbeza dengan D6, dalam Drupal 7 anda perlu mengaktifkan penggunaan menu sokongan pada jenis kandungan tertentu sebelum ianya boleh digunakan semasa Menghantar kandungan baru. Pergi ke ruangan pentadbir jenis kandungan: Administration Structure Content type.

Di sini kita boleh membuat pilihan untuk mengaktifkan penggunaan menu tersebut untuk jenis kandungan tertentu. jadi kita boleh membuat pengelasan lanjut untuk setiap jenis kandungan mempunyai satu menu (jika perlu). Dalam contoh ini, saya memilih untuk mengaktifkan menu pada jenis kandungan "Basic page" sahaja.

Klik pautan "edit". Klik pada tab pilihan "Menu settings" untuk memaparkan ke semua senarai menu yang wujud dalam sistem. Anda boleh mengaktifkan beberapa menu secara serentak. Dalam kes ini saya aktifkan kedua-duanya iaitu Main menu (yang telah diaktifkan) dan Navigasi sokongan.

Dibahagian "Default parent item", saya membuat pilihan untuk menjadikan Navigasi sokongan sebagai menu pilihan pertama semasa proses kemasukan kandungan.

Setelah selesai, klik butang "Save content type" dan anda boleh lakukan proses cubaan dengan menghantar kandungan baru menggunakan jenis kandungan Basic page dan lihat pada konfigurasi Menu settings.

Penilaian: 
No votes yet