Drupal menyediakan satu bahagian untuk pengguna mengurus dan menyelenggara ke semua menu-menu yang diwujudkan semasa pemasangan. Dalam tutorial sebelum ini, kita didedahkan dengan dua menu iaitu Main menu dan Secondary menu. Selain daripada ruangan pengurusan kandungan, pengurusan menu amat penting untuk memastikan kelancaran navigasi ke seluruhan laman anda.

Di samping menu membentuk struktur laman, ianya juga berfungsi untuk memberi bentuk dan hierraki kepada SEO satu-satu laman. Untuk memasuki ruangan pengurusan menu, pergi ke Administrator Structure Menus.

Anda dapat melihat beberapa pakej menu yang wujud dalam sistem laman iaitu:

  • Main menu -- menu navigasi utama laman
  • Secondary menu:
    • Management -- senarai menu yang digunakan oleh modul Toolbars
    • Navigation -- menu pengurusan yang dipaparkan kepada pemilik laman sahaja
    • User menu -- menu yang mengandungi pautan berfungsi untuk kegunaan pengguna berdaftar (tidak termasuk Admin)

Pengurusan Main menu

Kita telah mewujudkan beberapa menu dalam Main menu dengan memautkan kepada beberapa kandungan. Selain dari fungsi memautkan menu kepada kandungan, Drupal membenarkan kita untuk melakukan pautan luaran atau pautan yang wujud dalam sistem laman anda seperti taksonomi atau laman Views.

Sebagai contoh, katakan kita ingin mewujudkan satu menu baru di bahagian Main menu yang ditujukan ke laman http://example.com. Pertama klik pada pautan "list links" untuk menu Main menu.

Menyelenggara Main menu-9284

Anda akan dapat melihat pautan-pautan yang ada dalam Main menu. Untuk menambah menu yang baru secara manual, klik pada pautan "+ Add link". Satu konfigurasi borang dipaparkan. Anda perlu mengisi dua medan iaitu Menu link title dan Path. Pilihan yang lain adalah tidak wajib diisi dan boleh diabaikan.

Dalam kes ini, saya memasukkan maklumat seperti berikut:

Selepas itu, klik buang "Save". Drupal dilengkapi dengan sistem verifikasi pautan, yang mana hanya pautan yang sah sahaja akan disimpan dalam sistem. Sekiranya pautan didapati tidak sah, satu ralat akan dipaparkan supaya anda memastikannya semula. Kemudian, anda akan dibawa semula ke laman senarai menu-menu. Dan hasilnya adalah seperti di bawah:

Menyusun kedudukan menu

Seperti dalam D6, Drupal 7 masih mengekalkan fungsi penyusunan menu menerusi kehebatan Ajax. Gerakkan petunjuk tetikus ke bahagian tanda "+" untuk pautan tertentu. Klik dan heret menu tersebut pada kedudukan yang baru. Setelah mencapai kedudukan yang diingini, lepaskan tetikus.

Drupal akan menukarkan latar belakang kepada warna kuning untuk menu tersebut sebagai tanda konfigurasi tersebut masih belum disimpan sepenuhnya. Klik butang "Save configuration" dan kedudukan menu yang baru telah dilakukan.

Menyunting dan membuang menu

Sekiranya anda merasakan terdapat menu yang perlu disunting semula seperti nama menu atau pautan, anda boleh klik pada pautan "edit" untuk memaparkan semula ruangan pentadbir.

Atau, klik pautan "delete" jika anda ingin membuang menu tersebut sepenuhnya.

Tag #: 
Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)