Dalam tutorial sebelum ini, kita telah melalui proses untuk menghantar kandungan baru ke dalam sistem Drupal. Sebagai satu sistem pengurusan kandungan, D7 menyediakan pengurusan kandungan secara berpusat. Anda boleh memasuki ruangan berpusat ini dengan klik pada pautan "Find content" pada Toolbars atau Administration Content.

Mengurus kandungan yang telah dihantar-9274

Selain daripada kandungan, bahagian ini menyenaraikan ke semua komen-komen yang telah dihantar untuk dikawal secara berpusat. Anda boleh memilih untuk memaparkan kandungan atau komen menerusi fungsi tab yang ada pada bahagian atas kandungan.

Mengurus kandungan yang telah dihantar-9275

Menjalankan operasi secara pukal

Setiap satu kandungan akan disenaraikan pada ruangan ini dengan satu fungsi untuk menapis ke semua kandungan berdasarkan kepada faktor jenis kandungan dan status kandungan. Selain itu, anda boleh menjalankan operasi terhadap senarai kandungan ini secara pukal. Buat pilihan dengan klik pada kekotak pilihan disebelah kiri untuk setiap kandungan yang diingini dan pilih operasi pada bahagian atas. Seterusnya klik butang "Update". Tunggu sehingga operasi ini selesai dijalankan.

Mengurus kandungan yang telah dihantar-9276

Menjalankan operasi setiap satu kandungan

Operasi untuk setiap kandungan/komen boleh dijalankan dengan klik pada pautan "edit" atau "delete". Drupal akan membawa anda kembali ke ruangan suntingan sekiranya pautan "edit" diklik. Manakala pengesahan daripada sistem akan ditunjukkan untuk operasi "delete".

Mengurus kandungan yang telah dihantar-9277

Satu kelebihan menggunakan Drupal 7 adalah ianya telah dilengkapi dengan modul Contextual. Dalam D6, anda boleh memasang modul ini menerusi pemasangan modul https://www.drupal.org/project/contextual. Modul ini akan memaparkan pautan berfungsi pada setiap kandungan dengan kesan "onmouseover" apabila petunjuk tetikus diletakkan sama ada pada bahagian nodes atau block. Paparan grafik tambahan garisan putus-putus akan ditunjukkan pada elemen tersebut. Klik pada gambar berbentuk "gear" dan pilihan tindakan akan dipaparkan seperti dibawah ini.

Mengurus kandungan yang telah dihantar-9278Mengurus kandungan yang telah dihantar-9279

Modul ini akan memberi kesan kepada semua entri atau kandungan yang dihasilkan daripada modul Views (https://www.drupal.org/project/views). Anda boleh terus ke bahagian konfigurasi Views dengan klik pada pilihan dipaparkan. Kelebihan dalam D7 memudahkan pengguna untuk menguruskan, mengendalikan, menyunting dan membuang kandungan yang dipaparkan secara terus dari laman.

Sekiranya anda tidak biasa atau merasakan modul ini menganggu paparan semasa, anda boleh nyahaktifkan fungsi ini di bahagian Administration Modules dan buang pilihan untuk "Contextual links".

Mengurus kandungan yang telah dihantar-9280

Atau, sekiranya anda mempunyai pengguna yang berbilang peranan (Roles), bahagian Permissions boleh menetapkan siapa dan peranan mana yang boleh menggunakan fungsi ini.

Tag #: 
Penilaian: 
No votes yet