Apabila Drupal telah siap dipasang, sama ada di localhost atau di hos web kita perlu mula untuk menghantar kandungan baru untuk memberi nafas kepada sistem. Dalam peringkat sebelum ini, terdapat pautan yang membolehkan kita untuk akses ke bahagian penghantaran kandungan.

Menghantar kandungan baru-9211

Terdapat dua jenis kandungan (Jenis kandungan (Content type)) yang disediakan oleh Drupal secara asas iaitu "Article" dan "Basic page". Jenis kandungan ini boleh ditambah atau dibuang pada bahagian Structure Content type.

Sebelum ini, dalam D6, ianya dinamakan sebagai "Page" dan "Story". D7 merungkai kekeliruan penamaan dengan menukarkan kepada nama yang lebih mudah difahami.

Tetapan asas yang disediakan oleh D7 boleh digunakan untuk membina laman jenis blog secara terus atau laman peribadi menggunakan tetapan sedia ada.

Menghantar kandungan jenis "Basic page"

Untuk permulaan, kita akan gunakan jenis kandungan Basic page untuk menghantar kandungan berkenaan dengan profil diri.

  1. Klik pada pautan Basic page.
  2. Masukkan tajuk; "Tentang diri saya" pada medan Title.
  3. Tuliskan perihal berkaitan dengan diri anda di bahagian Body.
  4. Tentukan jenis input tapisan untuk kandungan tersebut dan dalam kes ini saya memilih Full HTML supaya semua kod HTML dapat digunakan sepenuhnya.
    Menghantar kandungan baru-9212
  5. Seterusnya, saya ingin hasilkan satu menu pautan agar kandungan yang bakal dihantar ini akan dapat diakses terus dimana-mana bahagian laman. Jadi saya aktifkan fungsi "Provide a menu link" dan tetapan dilakukan seperti berikut:
    Menghantar kandungan baru-9213
  6. Seterusnya untuk tetapan URL path settings, saya memasukkan bentuk atau URL yang akan dihasilkan oleh sistem. Sekiranya tiada tetapan dimasukkan, Drupal akan mengambil tajuk kandungan untuk dijadikan sebagai URL. Ini adalah salah satu kekuatan yang ditambah dalam D7 untuk membantu meningkatkan SEO laman secara automatis.
    Menghantar kandungan baru-9214
  7. Tetapan Comment settings saya biarkan pilihan Closed agar pelawat tidak dapat meninggalkan sebarang komen untuk kandungan ini
  8. Disebabkan saya mahu kandungan ini dipaparkan diruang laman utama, saya aktifkan pilihan Promoted to front page dibahagian Publishing options.
    Menghantar kandungan baru-9215
  9. Setelah semuanya selesai, klik pada butang Save.

Setelah selesai, anda akan dapat dipaparkan kandungan tersebut pada laman utama dan fungsi-fungsi yang kita tetapkan sebelum ini memberi kesan pada kandungan seperti berikut:

Menghantar kandungan baru-9218

Penilaian: 
5
Average: 5 (2 votes)

Komen

mayumi shindo's picture

Assalam...
Nak tanye... Kalu nk upload gambar cane ek...
Nak kene masukkan cck editor ke... Kalu nk masukkan cane...
Cara dia sama je ke dengan drupal 6...

Saya budak baru belajar, kalu salah tolong tunjukkan... :)
Terima Kasih...

parasolx's picture
Admin

Untuk Drupal 7 ini ade satu modul ynag terbaru dihasilkan untuk memudahkan proses memasukkan elemen selain teks seperti wordpress.

Module tersebut adalah Media: http://drupal.org/project/media

Jika hendak guna CCK pun boleh. D7 tak perlu lagi pasang modul tersebut sebab sememangnya telah disematkan ke dalam core D7.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

MiraKimura's picture

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak bertanya, apa rasionalnya D7 membezakan antara fail image dengan yang lain² untuk diupload?

parasolx's picture
Admin

Salam, saya tak berapa jelas dengan pertanyaan ini. Tapi saya cuba jawab la. Dalam D7, dia dah integratekan terus CCK ke dalam core. Jadi untuk membenarkan ability D7 menggunakan custom field pada semua elemen dalam Drupal, perlu diwujudkan satu konsep iaitu Entity.

Entity ini bertujuan untuk membezakan setiap field yang dicipta pada setiap elemen. sebagai contoh, entity untuk teks, content, image, video, dan sebagainya. Jadi sebab itu antara sebab kalu untuk image ade satu option khas untuk image (sebab digunakan bersama dengan module Image Style, Entity: Image) dan selain dari image, guna upload form standard (Entity: File)

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

MiraKimura's picture

Oh, sebab ada integrasi dengan modul lain, jadi dikhususkan untuk image sahaja. Kalau dalam D6, semuanya dalam satu form yang sama kan?

parasolx's picture
Admin

Tak jua. Sebab dalam Drupal 6 ade dua CCK iaitu Filefield dan CCK Filefield Image. Kl nak integrate dengan ImageAPI+ImageCache perlu guna Filefield Image. Sbb kl just guna Filefield sahaja tak boleh nak guna preset daripada ImageCache.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training