Dalam D7, konsep blok atau kandungan ringkas mudah alih masih lagi dikekalkan daripada versi D6. Penggunaan blok membolehkan satu halaman mempunyai beberapa informasi ringkas bersama dengan kandungan utama. Kelebihan lain, anda boleh meminda blok ini ke kedudukan yang berlainan, muncul pada halaman sepatutnya dan digunakan oleh pengguna tertentu.

Untuk mengakses ke bahagian pentadbiran blok, pergi ke Structure Blocks. Ini adalah halaman utama yang memaparkan ke semua blok yang wujud dalam sistem anda.

Mengendali blok-blok-9458

Dalam D7, tidak banyak perubahan sistem pentadbiran untuk blok berbanding D6. Cara mengendalikannya adalah sama seperti D6. Anda boleh menggunakan teknik yang sama untuk mengaktifkan blok tertentu di bahagian Region pada templat Drupal.

Demontrasi kedudukan Region

Satu fungsi terbaru yang diperkenalkan dalam D7 adalah kebolehan untuk memaparkan demonstrasi kedudukan region pada templat pilihan. Ini untuk memudahkan pengendali mengetahui kedudukan blok yang dihasilkan berbanding D6 anda terpaksa mencuba satu persatu region yang dinyatakan.

Klik pada pautan "Demonstrate block regions". Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah:

Mengendali blok-blok-9459

Ini adalah contoh demonstrasi untuk setiap region yang wujud bagi templat asal D7 iaitu Bartik. Di sini anda akan mendapat gambaran secara kasar kedudukan blok-blok yang akan muncul sekiranya diletakkan di region tertentu. Sebagai makluman, kedudukan dan kewujudan region ini bergantung kepada templat aktif yang digunakan.

Setiap satu templat mempunyai bilangan dan kedudukan region yang berlainan. Drupal menyediakan kemudahan untuk kita menambah dan menghasilkan sendiri region secara bebas dalam tutorial selanjutnya. Untuk kembali ke ruangan sebelum ini, klik pada butang "Exit block region demonstration".

Mengaktifkan blok ke region tertentu

Sekiranya anda perhatikan, terdapat beberapa blok yang telah diaktifkan semasa pemasangan D7. Antaranya adalah Search form, Navigation, User login dan Navigasi sokongan (yang diaktifkan dalam Menyelenggara Secondary menu (menu sokongan)).

Sekarang kita cuba untuk aktifkan satu blok yang menyenaraikan kandungan-kandungan yang terbaru di bahagian sebelah kanan halaman iaitu pada region Sidebar second. Adalah lebih baik anda mengkaji terlebih dahulu kedudukan region seperti yang ditunjukkan di atas sebelum meneruskan proses pengaktifan sebarang blok.

Skrol ke bahagian bawah halaman dan perhatikan pada bahagian "Disable". Di sini terletak semua blok-blok yang wujud tetapi tidak diaktifkan di bahagian paparan templat.

Mengendali blok-blok-9460

Untuk blok yang bernama "Recent content", klik pada pilihan drop-down untuk memaparkan ke semua region yang wujud. Saya memilih untuk meletakkannya di bahagian Sidebar second. Dengan segera, blok anda tersebut terus berada di bahagian region yang dipilih. Selain kaedah ini, anda juga boleh mengheret blok tersebut dengan klik-dan-seret pada tanda palang dan alihkan ke bahagian region yang diingini.

Mengendali blok-blok-9461

Latar belakang warna kuning menandakan bahawa konfigurasi yang kita lakukan ini masih belum disimpan ke dalam pangkalan data secara tetap. Untuk berbuat demikian dan setelah anda berpuas hati dengan tetapan tersebut, klik butang Save blocks dibahagian paling bawah.

Setelah itu, kembali ke laman utama dan lihat hasilnya seperti ini:

Mengendali blok-blok-9462

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)