Menu atau pautan memain peranan yang penting untuk menghubungkan satu-satu kandungan ke bahagian pautan utama Drupal. Secara lalainya, Drupal akan menyenaraikan kandungan pada laman utama berdasarkan kepada bilangan yang ditetapkan dan mengikut susunan tarikh serta disetkan untuk dipaparkan di bahagian laman utama.

Namun sekiranya kandungan pada laman anda telah bertambah dari semasa ke semasa, ianya akan terlindung dengan kandungan yang baru. Menu berfungsi untuk menyediakan satu pautan terus kepada kandungan yang dipilih.

Dalam Drupal 7, terdapat dua menu navigasi yang diwujudkan semasa pemasangan iaitu:

  • Main menu -- senarai menu-menu utama laman
  • Secondary menu -- senarai menu sokongan (tambahan)

Pautan kepada kandungan boleh dikonfigurasi semasa proses kemasukan kandungan baru. Menu tersebut boleh dimuatkan pada bahagian Main menu ataupun Secondary menu. Kebiasaannya, Main menu akan diintegrasikan secara terus di dalam satu-satu templat (melibatkan bentuk paparan, kedudukan dan CSS). Manakala Secondary menu dibiarkan wujud sebagai blok yang boleh dikonfigurasi kedudukannya pada bahagian Region tertentu.

Sebagai contoh, pada templat Bartik, Main menu telah dikodkan pada bahagian di antara tajuk laman dan kandungan. Manakala Secondary menu tidak diaktifkan pada mana-mana bahagian Region.

Mengaktifkan pautan menu pada kandungan-9281

Menetapkan pautan menu menerusi suntingan kandungan

Dalam tutorial sebelum ini, anda telah mengikuti panduan untuk menetapkan kedudukan menu semasa kandungan tersebut dicipta. Situasi sekarang hampir sama, cuma yang membezakannya adalah kita perlu menyunting semula kandungan yang masih belum ditetapkan pautan menu.

Mengaktifkan pautan menu pada kandungan-9282Menerusi Contextual link yang muncul pada kandungan tertentu, klik pautan "Edit". Anda kemudiannya akan di bawa ke bahagian paparan suntingan kandungan. Seterusnya, tuju ke bahagian paling bawah untuk melihat konfigurasi terhadap kandungan tersebut. Pilih tab "Menu settings" dan klik pada kekotak pilihan "Provide a menu link". Drupal seterusnya akan memaparkan konfigurasi tambahan.

Pada konfigurasi ini, anda boleh tetapan tajuk untuk menu. Fungsi ini amat berguna sekiranya tajuk artikel tersebut terlalu panjang (Drupal akan menggunakan tajuk artikel sebagai tajuk menu). Untuk pilihan drop-down, anda boleh tentukan kedudukan menu kandungan ini untuk berada dibawah menu yang mana.

Anda perlu memasang modul yang memaparkan "drop-down menu" sekiranya ingin membuat menu secara hierraki. Pemasangan Drupal yang asas tidak didatangkan dengan fungsi ini. Modul pilihan adalah seperti Nice menus (https://www.drupal.org/project/nice_menus)

Mengaktifkan pautan menu pada kandungan-9283

Setelah selesai, klik butang "Save" dan anda akan dapat melihat pautan terbaru dipaparkan pada bahagian Main menu dibahagian atas laman.

Penilaian: 
No votes yet