Dalam tutorial sebelum ini kita telah menghasilkan satu taksonomi untuk dijadikan sebagai kumpulan atau pengelasan untuk setiap kandungan yang akan dihantar. Tetapi masih belum mengaktifkan fungsi ini untuk wujud pada mana-mana jenis kandungan. Dalam D7, proses pengaktifan ini berbeza berbanding pada D6 kerana taksonomi kini telah dirombak untuk menyokong Field API. Oleh itu, antaramuka taksonomi juga perlu diuruskan menerusi penambahan medan atau field pada setiap jenis kandungan yang diperlukan.

Sekarang, kita mahu aktifkan taksonomi yang baru dihasilkan sebelum ini pada jenis kandungan Article. Pergi ke Administration Structure Content type. Kemudian klik pautan edit Manage fields untuk Article.

Perhatikan bahawa terdapat beberapa medan yang telah dihasilkan oleh sistem Drupal sewaktu ianya mula dipasang. Drupal juga telah mengaktifkan satu taksonomi pada jenis kandungan Article ini iaitu Tags. Sekarang kita hanya perlu menambah medan baru sahaja.

Mengaktifkan 'taxonomy' pada 'content type'-9577

Dibahagian Add new field, masukkan nama untuk Label. Kemudian berikan nama mesin untuk medan ini. Seterusnya pada bahagian jenis data untuk disimpan, pilih Term reference. Untuk makluman, disebabkan taksonomi telah ditukar sepenuhnya struktur yang lama kepada yang baru, ianya dikelaskan dibawah jenis data rujukan. Dan akhirnya adalah untuk memilih jenis borang yang akan dikeluarkan oleh Drupal. Jika kita imbas kembali, taksonomi untuk kumpulan ini adalah tetap dan dikendalikan sepenuhnya oleh pentadbir. Oleh itu, Select list adalah yang paling sesuai dipilih. Seterusnya klik butang Save.

Mengaktifkan 'taxonomy' pada 'content type'-9593

Di bahagian ini, Drupal meminta untuk kita memilih vocabulary yang akan digunakan sebagai rujukan. Sehingga kini terdapat dua vocabulary yang boleh dipilih. Jika berlaku pertambahan vocabulary yang baru, ianya akan disenaraikan di sini. Kita sekarang memerlukan vocabulary Kategori kiriman untuk diaktifkan. Setelah selesai, klik butang Save field settings.

Mengelaskan kandungan yang telah dicipta

Dengan mengambil mana-mana artikel yang telah kita hasilkan sebelum ini, kembali ke ruangan suntingan. Di bahagian kemasukan borang kandungan cari medan yang dilabel sebagai kategori.

Mengaktifkan 'taxonomy' pada 'content type'-9580

Kemudian pilih istilah (term) yang didaftarkan di bawah vocabulary tersebut. Sekiranya berlaku penambahan istilah yang baru, ianya akan disenaraikan secara automatis. Dalam kes ini, kita hanya mempunyai satu istilah sahaja iaitu Diari. Klik butang Save.

Mengaktifkan 'taxonomy' pada 'content type'-9581

Perhatikan dibahagian bawah artikel muncul dua informasi iaitu Tags dan Kategori (yang baru kita tambah). Klik pada pautan Diari akan membawa kita ke halaman penyenaraian semua artikel di bawah istilah ini.

Mengaktifkan taksonomi yang sama pada kandungan lain

Langkah-langkahnya adalah sama seperti di atas cuma yang berbeza adalah kita tidak perlu lagi menghasilkan medan yang baru sebaliknya menggunakan medan yang telah kita hasilkan sebelum ini. Sebagai contoh, untuk jenis kandungan yang kedua iaitu Basic page, dibahagian Add existing field, pilih Term reference: field_kategori (Kategori). Kita boleh menamakan label yang berlainan atau dibiarkan kosong untuk menggunakan konfigurasi yang sama seperti di atas.

Mengaktifkan 'taxonomy' pada 'content type'-9582

Klik butang Save dan kemudian butang Save settings. Selesai. Seterusnya cuba hasilkan kandungan baru dengan menggunakan jenis kandungan Basic page dan anda boleh lihat ianya akan muncul juga di bawah senarai Diari.

Penilaian: 
No votes yet