Dalam versi Drupal sebelum ini, kawalan bentuk paparan atau bentuk bagaimana setiap tag untuk taksonomi dipaparkan perlu dikendalikan secara pintasan kod di bahagian theme. Sememangnya tidak menjadi masalah bagi pengguna mahir Drupal tetapi tidak bagi yang baru menggunakannya.

Bagi mengatasi masalah ini, Drupal telah menambah satu fungsi tambahan selain menyerap masuk modul CCK iaitu "Managing display". Dalam tutorial sebelum ini, kita telah menggunakan fungsi asal CCK iaitu "Managing fields" yang bertugas untuk mengatur dan mengendalikan medan-medan pada setiap jenis kandungan.

"Managing display" pula bertindak untuk mengawal bentuk paparan data yang telah dihantar menerusi medan yang dihasilkan sebelum ini. Dalam Drupal 7, ke semua elemen atau entitinya diberikan dua fungsi ini iaitu kawal bentuk kemasukan dan kawal bentuk paparan.

Konfigurasi bentuk format paparan

Setiap medan mempunyai tetapan tersendiri berdasarkan kepada jenis kandungan (content type); sila rujuk artikel: Jenis kandungan (Content type). Bermakna walaupun medan (fields) yang sama digunakan pada dua jenis kandungan berbeza, masing-masing tidak mempunyai bentuk paparan yang sama.

Kembali ke menu Structure Content type. Pilih jenis kandungan untuk ubah bentuk paparan medan. Sebagai contoh saya ambil kes sebelum ini iaitu Basic page.

Kawalan bentuk paparan taksonomi-9726

Klik pada tab "Manage Display".

Sekarang semua medan yang boleh dikawal bentuk paparannya ditunjukan seperti di bawah:

Kawalan bentuk paparan taksonomi-9727

Terdapat dua perkara yang boleh kita kawal di sini iaitu label dan format paparan.

Dibahagian label, terdapat pilihan untuk memaparkannya sama ada berselang baris (iaitu label di atas, kandungan di bawah), label sebaris dengan kandungan atau dimansuhkan dari paparan.

Manakala di bahagian format paparan, pilihan yang wujud adalah berdasarkan kepada jenis medan tersebut. Untuk taksonomi terdapat beberapa pilihan iaitu:

  • Link -- setiap tag taksonomi adalah pautan dan menyenaraikan semua kandungan pada tag yang sama
  • Plain text -- tag dipaparkan sebagai teks biasa
  • RSS category -- kumpulan suapan RSS ditunjukkan berbanding tag yang dimasukkan
  • Hidden -- dimansuhkan dari paparan.

Sekiranya anda memilih pilihan "Plain text", maka format paparan yang akan digunakan bagi kandungan yang ditulis menggunakan Basic page, semuanya akan wujud sebagai teks biasa berbanding sebelum ini pautan.

Penilaian: 
No votes yet