Ini adalah perkara terbaru yang diimplemenkan dalam D7; Contextual links. Modul ini telah diterapkan sepenuhnya semasa pemasangan. Jika anda menggunakan D6, ianya boleh didapati di laman web rasmi Drupal.org.

Contextual links membolehkan kita memaparkan konfigurasi untuk kandungan samada nodes atau blok secara terus dari paparan utama tanpa melalui proses memasuki ruangan pentadbiran blok dan kemudian mencari blok tersebut seperti dalam D6. Ianya sangat berguna untuk laman yang mempunyai puluhan blok yang aktif pada satu-satu paparan.

Secara asalnya, modul ini telah diaktifkan semasa pemasangan Drupal. Seandainya anda merasakan ia agak mengganggu, matikan modul ini di bahagian Administrator Modules.

Mengubahsuai tajuk sesuatu blok

Seperti dalam contoh sebelum ini, kita telah mengaktifkan satu blok yang baru iaitu Recent content yang memaparkan senarai kandungan terbaru dihantar. Perhatikan pada tajuk blok tersebut, ditulis dalam bahasa Inggeris. Drupal membenarkan kita untuk menetapkan tajuk setiap blok secara bebas dan menggantikan sebarang tajuk yang sedia ada.

Terlebih dahulu, kita perlu memasuki ruangan pentadbiran melalui Contextual links. Gerakkan tetikus ke mana-mana ruangan blok tersebut. Satu ikon seperti gear akan muncul dibahagian kanan atas blok. Klik pada ikon tersebut untuk memaparkan menu. Kemudian klik Configure block. Anda akan terus di bawah ke bahagian pentadbiran blok tersebut.

Masukkan nama tajuk yang ingin anda paparkan. Dalam contoh ini saya menamakan sebagai Kandungan terkini. Selain itu, jika anda merasakan blok ini tidak memerlukan tajuk, masukkan <none dan tajuk akan disembunyikan sepenuhnya. Setelah selesai klik butang Save block.

Tetapan pilihan untuk blok

Sesetengah blok yang dihasilkan oleh modul tambahan selalunya mempunyai fungsi tetapan pilihan. Ini bergantung kepada fungsi modul yang dipasang. Sebagai contoh, untuk blok Recent content, tetapan yang dihasilkan adalah berkaitan dengan jumlah bilangan kandungan yang akan dipaparkan pada senarai.

Kembali ke ruangan pentadbiran blok tersebut menerusi Contenxtual links. Perhatikan terdapat satu pilihan tetapan untuk menentukan bilangan senarai kandungan yang terkini dipaparkan. Secara lalainya, ia ditetapkan kepada 10. Tukarkan kepada 5. Kemudian klik butang Save block.

Penilaian: 
No votes yet