Satu laman web yang sempurna, yang bakal menarik banyak trafik dan kunjungan adalah kandungan. Kandungan adalah raja dan ianya memain peranan yang tersangat penting. Drupal 7 diperkemaskan lagi dari versi Drupal 6 untuk memudahkan pengguna yang pertama kali menggunakan Drupal menghantar kandungan.

Dibantu dengan sistem yang sedia ada daripada "core", pengurusan kandungan telah dipermudahkan dalam D7. Selain itu, paparan "overlay" membolehkan perbezaan antara laman utama dan ruangan pentadbiran.

Bahagian tutorial ini akan merangkumi proses penghantaran kandungan dan komen, pengurusan kandungan, pengendalian medan tambahan (CCK) dan tindakan tambahan terhadap kandungan dan komen.

Pengurusan kandungan

Dalam konteks pengurusan kandungan, ia melibatkan semua elemen yang ditempatkan pada setiap halaman. Ini termasuklah kandungan "nodes" dan komen.

Sebelum satu-satu kandungan dihantar, penghasilan jenis kandungan atau borang kemasukan kandungan perlu dicipta terlebih dahulu. Dalam pemasangan asas, Drupal telah menyediakan 2 jenis kandungan untuk digunakan secara terus iaitu:

  • Article: digunakan untuk menghantar kandungan yang sensitif kepada masa seperti berita, blog dan pengumuman.
  • Basic page: digunakan untuk menulis kandungan yang statik contohnya "Tentang saya", profil dan sebagainya.

Borang penghantaran ini akan diterangkan lanjut dalam tutorial seterusnya.

Proses menghantar kandungan

Untuk memulakan proses penghantaran kandungan, terdapat beberapa pautan yang berfungsi yang akan membuka ruangan pentadbiran iaitu:

Pengurusan kandungan D7-9209

Penilaian: 
No votes yet