Seperti banyak diterangkan dalam mana-mana artikel dan penulisan di internet, sistem pengurusan kandungan seperti Drupal tidak akan lengkap tanpa penggunaan modul tambahan. Modul ini dicipta untuk menambah fungsi, mengembang fungsi asas dan menambah baik fungsi teras secara berasingan.
Sungguhpun begitu, kajian mendalam perlulah dilakukan terlebih dahulu berhubung fungsi dan kegunaan modul yang ingin digunakan pada pelantar sistem Drupal. Penggunaan modul yang terlalu banyak akan menghasilkan satu rekaan sistem yang tersangat kompleks. Sistem pengoperasian yang kompleks mengundang banyak permasalahan seperti:
- penggunaan sumber yang besar
- kesukaran dari segi ralat dan penambahbaikan
- proses naik taraf (upgrade) dan migrasi (migrate) adalah sukar
- pengurusan data yang mungkin berterabur
- dokumentasi mungkin terlepas pandang
- sistem menjadi terlalu perlahan
Kajian terperinci seperti binaan sistem dan fungsi yang ingin disampaikan kepada pengguna (pelawat, pembaca atau pengguna sistem) harus diselesaikan menerusi sesi pecambahan minda atau "brain storming". Kadang kala akibat terlalu girang untuk menggunakan Drupal, kita memuatkan hampir puluhan modul yang sepatutnya tidak perlu.
Biarkan sistem seringkas yang boleh
Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pembinaan sebuah sistem (tidak mengira laman peribadi, blog atau sistem berasaskan web) haruslah dibiarkan seringkas yang boleh. Kita perlu beranggapan bahawa, semakin ringkas sesuatu sistem, semakin mudah penambahbaikkan dibuat.
Namun tidak bermakna Drupal tidak sesuai untuk sistem yang kompleks. Kajian terhadap keseluruhan situasi dan keadaan persekitaran sistem perlu diambil kira. Contohnya, anda melanggan pengehosan web yang murah pastinya tidak mampu untuk menanggung pemprosesan sistem yang besar seperti perniagaan dan pengumpulan data berpusat.
Seeloknya gunakan modul yang mampu menjana fungsi dan hasil yang berlainan tanpa melibatkan penambahan modul yang baru. Dalam Drupal, kebarangkalian atau "possibility" adalah cukup tinggi berbanding sistem lain yang sedia ada.
Bermaksudnya, Drupal mampu untuk membina pelbagai jenis sistem dengan kehadiran modul-modul yang membantu.
Rajin bertanya dan membaca
Anda tidak akan memperoleh ilmu yang baru sekiranya malas untuk bertanya. Setiap modul dicipta untuk memenuhi keperluan kebanyakan pengguna. Terma "kebanyakan" di sini merujuk kepada secara majoriti. Bukan semua modul tertinggi dimuat turun adalah perlu dipasang.
Ke semua bergantung kepada misi dan objektif sistem itu dibangunkan. Tanpa sebarang objektif yang kukuh, akan mengakibatkan kita membazir sumber sedia ada.
Dokumentasi yang disediakan di mana-mana halaman tutorial Drupal banyak berkongsikan kelebihan dan kegunaan setiap satu modul. Jika ini pun anda merasakan sukar untuk dilakukan, maka buat kerja rumah sedikit dengan membaca mana-mana tutorial yang wujud.
Elakkan mencuba pada laman umum
Bagi yang baru mengenali Drupal, keseronokan menggunakan modul mungkin menjadikan kita lupa tujuan asal. Keghairahan ini kadang kala memakan diri. Maka setiap modul yang "dirasakan" menarik akan patut dipasang akan berlaku.
Hakikatnya kita sering mengambil jalan mudah dengan melakukan kemas kini kebaikan tanpa perlu melihat kesan kepada aplikasi yang diletakkan