Penggunaan Drupal secara dengan sokongan modul tambahan memberi fungsi tambahan kepada laman sedia ada. Setiap modul mempunyai fungsi yang mampu memudahkan urusan pentadbiran laman secara automatik.

Antara modul-modul yang disarankan sebagai permulaan untuk pembangunan menerusi Drupal 7 adalah seperti berikut:

  1. Views
    Satu modul yang cukup berkuasa untuk mengendalikan maklumat daripada pangkalan data yang boleh dibina secara khas menerusi paparan GUI. Kawalan dan bentuk maklumat boleh diubah suai tanpa melibatkan sebarang perubahan pada kod asas Drupal. Sungguhpun begitu modul yang berkuasa ini adalah sangat kompleks untuk digunakan buat pertama kalinya.

    Melihatkan kepada kekuatan dan keupayaan modul ini, Drupal 8 telah mengintegrasi sepenuhnya fungsi Views ke dalam sistem "core".

  2. URL Alias (Pathauto)
    Modul ini menyediakan pemprosesan secara automatik untuk penjanaan URL bagi setiap halaman. Modul ini memberi kesan efektif terhadap pembangunan SEO sesuatu laman tanpa perlu melibatkan banyak langkah tambahan. Penjanaan URL dibina berdasarkan kepada tetapan pembangun berdasarkan kepada paten tertentu.
  3. Token
    Modul sokongan kepada modul-modul tambahan Drupal yang lain. Tiada fungsi konfigurasi yang disediakan sebaliknya modul ini menyediakan satu platform API yang membenarkan modul berkuasa seperti Views dan Pathauto untuk berfungsi.
  4. Administration Menu
    Sungguhpun Drupan 7 telah didatangkan dengan modul Toolbars, tetapi kebanyakan pembangun masih memilih modul sebagai gantian. Akses dan capaian terhadap pautan konfigurasi Drupal lebih mudah dan senang. Modul yang ringan cukup untuk meningkatkan produktiviti penyelenggaraan laman anda.
  5. CKEditor
    Salah satu perisian editor yang terbaik setakat ini khusus untuk Drupal dan umum kepada kebanyakan perisian sumber terbuka. Reka bentuknya yang mesra pengguna yang diadaptasi daripada perisian editor pada platform komputer seperti Microsoft Word, tidak memerlukan pembelajaran yang lama bagi pengguna baru.
  6. Google Analytics
    Sebagai pemilik laman, statistik laman amatlah penting untuk kita menilai dan melihat keberkesanan setiap kandungan yang dipersembahkan. Modul ini mengintegrasi perkhidmatan percuma daripada Google Analytics dengan Drupal. Ianya menyediakan kawalan yang lebih fleksibel termasuk pemilihan laman tertentu untuk direkod dan dimansuhkan.
  7. Views Slideshow
    Tiada seri satu-satu halaman tanpa sebarang pergerakan atau animasi sebagai penghias. Modul ini mengembangkan fungsi asas Views melalui penjanaan animasi secara slaid (dan tambahan animasi lain seperti "fade") dengan mudah. Sungguhpun begitu anda perlu tahu dan fasih dalam menggunakan Views terlebih dahulu.
  8. IMCE
    Pengurusan fail dan media menjadi lebih mudah dan teratur dengan modul ini. Keupayaannya untuk diintegrasi dengan modul CKEditor menjadikan proses penghasilan satu kandungan lebih mudah tanpa melibatkan sebarang kod. Kemasukan bahan-bahan media boleh dijalan secara selari tanpa perlu beralih kepada halaman yang berbeza.
  9. Redirect
    Modul ini adalah fungsi tambahan kepada Pathauto yang akan menyediakan satu "redirect" atau lencongan secara automatik apabila berlaku perubahan alamat URL sesuatu halaman. Alamat URL yang tidak dijumpai (sama ada pengguna atau robot pengindeks) akan memberi kesan buruk kepada SEO secara keseluruhan. Anda tidak perlu lagi risau terdapatnya "broken link" atau "Page not found" sekiranya perubahan URL dibuat secara tidak sengaja.
  10. XML Sitemap
    Modul ini berfungsi mengindeks semua senarai kandungan halaman dan dikepilkan dalam format XML untuk dihantar kepada enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo! mengikut selang masa "cron" dijalankan. Ianya mampu mengumpan enjin carian mengemas kini senarai pangkalan data mereka dengan lebih pantas untuk setiap kandungan.
Penilaian: 
No votes yet