Dalam Drupal 7, kaedah memasang modul telah ditambah baik berbanding Drupal 6. Terdapat tiga kaedah yang boleh dilaksanakan bagi pemasangan modul tambahan. Modul boleh diperoleh daripada laman rasmi Drupal (https://www.drupal.org/project/project_module) atau anda boleh perolehinya daripada penyedia perkhidmatan yang menyediakan pembangunan modul secara khas.


Laman rasmi Drupal.org yang menyenaraikan semua modul tambahan. Semuanya adalah percuma.

Carian modul tertentu boleh dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan. Senarai carian boleh dikecilkan skop dengan memilih parameter yang disediakan. Atau anda boleh merujuk kepada senarai modul yang terbaru dan kebanyakannya dipasang pada kebanyakan laman Drupal.

Bagi setiap carian modul yang tersenarai, anda akan dapat melihat penerangan secara ringkas mengenai kegunaan dan keperluan modul tersebut. Di bawah penerangan tersebut akan wujud senarai versi yang boleh dimuat turun. Drupal.org akan menyenaraikan dua versi major sokongan untuk modul Drupal dalam satu masa, sama seperti sokongan terhadap versi Drupal.

senarai modul yang boleh dimuat turunklik kanan untuk menu tambahan pelayar

Anda boleh klik pada pautan untuk memuat turun atau klik kanan tetikus (atau Trackpad) untuk mengaktifkan menu perisian pelayar. Ambil pilihan untuk menyalin URL (atau shortcut) untuk pautan memuat turun modul. Kaedah ini akan diterangkan lanjut di bahagian bab seterusnya.

Kaedah memuat turun dan memuat naik

Anda boleh memuat turun dua format fail modul sama ada tar.gz atau zip. Kedua-dua fail ini adalah sama, yang berbeza hanyalah ratio dan kaedah mampatan untuk berlainan sistem operasi.

Seterusnya, fail yang dimuat turun ini perlu dimuat naik ke dalam pelayan di folder sites/all/modules (untuk "single installation Drupal") atau sites/all/examples.com/modules (untuk "multisite installation Drupal"). Terdapat dua cara untuk memuat naik fail modul ini ke dalam pelayan.

#1 Menerusi laman pentadbiran Drupal

Anda perlu log masuk sebagai pentadbir utama (akaun ID 1) terlebih dahulu. Navigasi ke menu Administration Modules.

pautan untuk memasang modul baru

Klik pada pautan "Install new module". Anda akan dibawa ke laman seterusnya.

pilihan untuk upload atau used link

Anda boleh memilih sama ada untuk memasang modul terus daripada pelayan Drupal.org ATAU memuat naik fail modul menerusi borang muat naik. Hanya satu ruangan sahaja dibenarkan dalam satu masa. Dalam kebanyakan pengehosan web, ianya membenarkan pemasangan modul dilakukan terus daripada pelayan Drupal.org (dengan menampal "paste" pautan yang telah disalin). Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pelayan yang tidak dihubungkan dengan rangkaian luaran, anda perlu memuat naik fail modul yang telah dimuat turun terlebih dahulu.

Setelah itu, klik butang Install.

option selepas pemasangan modul

Drupal akan ekstrak fail modul dan seterusnya akan menempatkan keseluruhan folder modul pada direktori secara automatik. Klik pada pautan Enable newly added modules untuk mengaktifkan modul atau klik pada Install another module untuk memuat turun modul yang lain.

#2 Menerusi perisian FTP

Sekiranya kedua-dua mekanisme di atas gagal dilaksanakan (mungkin disebabkan oleh konfigurasi pelayan), anda perlu memuat naik secara manual menerusi perisian FTP (File Transfer Protocol). Terdapat banyak perisian FTP yang anda boleh memuat turun secara percuma (disarankan FileZilla).

Log masuk ke dalam sistem pelayan anda menerusi ID yang dibekalkan (anda perlu dapatkan daripada pentadbir pelayan). Dapatkan direktori di mana Drupal anda dipasang. Navigasi ke folder sites/all/modules. Muat naik folder modul yang dibekalkan dalam fail mampatan yang telah dimuat turun sebelum ini ke dalam folder ini seperti dalam gambar di bawah.

folder direktori menerusi perisian FTP

Pastikan lokasi folder yang dimuat naik adalah seperti yang ditunjuk dalam gambar. Walaupun Drupal berupaya untuk menyemak dan mencari folder ini secara automatik (walaupun tersalah lokasi), anda mungkin akan mengalami masalah di masa hadapan untuk melakukan proses naik taraf (migrasi versi major Drupal).

Mengaktifkan modul baru

Setelah anda berjaya memuat naik modul tambahan yang diperlukan, kembali semua ke laman Drupal. Navigasi ke Administration Modules. Skrol halaman ini sehingga anda menemui modul yang ingin dipasang.

aktifkan modul

Tandakan pada kekotak Enabled untuk mengaktifkan modul. Manakala padamkan tandaan pada kekotak untuk menyah aktif modul tertentu.

Seandainya kotak pilihan ini tidak memberi sebarang respon (disabled), bermaksud terdapat kebergantungan modul tambahan yang perlu dipasang atau diaktifkan terlebih dahulu (seperti dalam gambar di atas, kebergantungan modul Username available AJAX check ini adalah modul User).

Setelah itu, klik butang Save configuration untuk menyimpan dan mengaktifkan (atau nyah aktif) modul yang telah dipilih.

konfigurasi yang tersedia bagi modul

Setiap modul kadang kala disertakan dengan konfigurasi dan kebenaran untuk diset bagi membolehkan ianya berfungsi. Seperti di atas, modul User (yang didatangkan dengan pemasangan Drupal core) mempunyai konfigurasi untuk ditetapkan Permission (akses capaian dan kebenaran) dan Configurasi (konfigurasi bagaimana modul ini harus berfungsi).

Bagi modul yang hanya menyediakan platform atau API kod untuk digunakan oleh modul lain, kedua-dua pautan ini tidak disertakan.

Penilaian: 
No votes yet