Views dianggap sebagai modul yang harus dipasang oleh mana-mana laman web atau aplikasi web yang dibangunkan dengan Drupal. Ia merupakan satu modul yang berupaya untuk mencipta "query" melalui paparan GUI. Sesetengah pembangun memanggil Views sebagai "query builder".

Apa itu "query"? Ia adalah proses permintaan atau permohonan kepada pangkalan data. Drupal dilengkapi dengan dokumentasi API yang sangat baik untuk membantu pembangun mencapai maklumat daripada pangkalan data yang tidak didatangkan dengan pemasangan Drupal. Sebagai contoh, kita mahu menyenaraikan semua kandungan jenis blog yang belum diterbitkan.

Secara teknikalnya, kita perlu menghasilkan satu modul baru dan memanggil data-data tersebut menerusi kod berikut:

$result = db_query("SELECT * FROM {node} n WHERE status <> 1");
$result = $query->execute();
foreach ($result as $record) {
  print $record->title;
}

Selepas maklumat dipanggil daripada pangkalan data, kita perlu jalankan beberapa kod tambahan bagi memaparkan kandungan mengikut format yang diperlukan. Sebagai contoh, kita mahu data dan maklumat ini dipaparkan dalam bentuk senarai.

$result = db_query("SELECT * FROM {node} n WHERE status <> 1");
$result = $query->execute();

$list = array( '#theme' => 'links', '#links' => array(), );

foreach ($result as $record) {
  $list['#links'][] = array('title' => $record->name, 'href' => 'blog/' . $record->name));
}

print drupal_render($list);

Anda perhatikan begitu banyak kod yang perlu ditulis untuk mendapatkan senarai kandungan daripada pangkalan data. Bagi pembangun laman mahir, tiada masalah untuk melakukan semua ini. Tetapi tidak untuk anda yang baru menggunakan Drupal. Semua aktiviti di atas dipermudahkan dengan hanya menggunakan modul Views.

Pemasangan modul Views

Pemasangan modul ini sama dengan modul yang lain, pertama kita perlu ke laman muat turun: https://www.drupal.org/project/views

Bagi pemasangan modul ini, ia bergantungan kepada modul Chaos Tools. Oleh itu anda perlu memasang kedua-dua modul ini. Modul Chaos Tools berfungsi untuk menyediakan bingkai modal untuk menyelenggara konfigurasi dalam Views.

Pemasangan modul boleh di rujuk kepada artikel Pemasangan modul.

Setelah modul dipasang (dimuat naik), pastikan anda mengaktifkan kedua-dua sub modul Views. Sub modul Views UI menyediakan antara muka bagi konfigurasi Views. Ianya boleh dinyah aktif sekiranya semua binaan Views selesai dilakukan. Ini memberi ruang kepada memori pelayan untuk memproses elemen yang lebih penting.

pemasangan modul views

Penilaian: 
No votes yet