Menu pentadbiran Views boleh dicapai menerusi Administration Structure Views.

Semua Views yang telah dicipta akan disenaraikan di sini.

senarai views baharu

Pemasangan awal akan menyenaraikan beberapa Views tetapi dalam senarai tersebut dikaburkan (dimmed). Senarai Views tersebut sebenarnya hasil daripada konfigurasi yang didatangkan dengan pemasangan Drupal. Apabila modul Views dipasang, modul ini akan mengambil konfigurasi asal Drupal dan diterjemahkan ke bentuk konfigurasi Views. Contohnya seperti Archive, Backlinks, Frontpage dan lain-lain.

Views membenarkan kita untuk mengatasi (override) tetapan dna konfigurasi data asal yang dibekalkan oleh Drupal core. Anda sama ada boleh mengaktifkan Views tersebut dengan klik pada butang "Enable" atau menyah aktif semula bagi menggunakan konfigurasi asal dengan klik "Disable".

Selepas diaktifkan, Views memberikan keupayaan untuk mengubah suai paparan mengikut keperluan. Namun begitu, anda perlu memahirkan diri terlebih dahulu tatacara untuk menggunakan Views.

Di bahagian senarai ini juga terdapat tiga (3) tab menu yang boleh berfungsi iaitu:

  • Add new view - mencipta paparan Views yang baharu
  • Add view from template - mencipta paparan Views daripada skema atau templat yang dibekalkan daripada modul lain yang berintegrasi dengan Views
  • Import - mencipta paparan Views menerusi kaedah import konfigurasi sama ada daripada laman web, atau Drupal yang lain. Fungsi ini selalunya digunakan bagi mencipta Views daripada peringkat pembangunan kepada peringkat sebenar.

Views membenarkan kita mencipta Views baharu berdasarkan kepada ketiga-tiga situasi di atas.

Bagi mencipta Views baharu untuk pemasangan baru, kita klik pada pautan Add new view.

Views akan memaparkan satu halaman dengan borang penghantaran untuk mencipta Views.

menamakan views

Peringkat pertama adalah untuk memberi nama kepada Views dengan mengisi medan View name. Anda boleh gunakan sebarang nama, pendek atau panjang, terpulang kepada anda untuk menguruskannya. Tetapi disarankan untuk memberi nama yang padat, pendek dan mudah diingati.

Secara automatik, sistem akan memberikan nama mesin (machine name) berdasarkan kepada nama View yang masukkan sebelum ini. Nama mesin ini akan digunakan pada peringkat modifikasi templat dan pembinaan templat Drupal. Jadi, secara teknikalnya, penamaan Views yang panjang boleh diubahsuai untuk menghasilkan nama mesin yang lebih ringkas dengan klik pada pautan [Edit].

Medan Description membolehkan kita menerangkan dengan lebih lanjut tujuan dan kegunaan View yang dicipta. Ianya sangat berguna bagi anda yang mempunyai lebih daripada seorang pentadbir sistem. Huraian ini dapat membantu setiap ahli pentadbir untuk memahami dan mengetahui tujuan satu-satu View itu dicipta.

Memilih data set View

memilih data set untuk views

Langkah seterusnya adalah menetapkan jenis maklumat atau data set yang akan dipanggil oleh View. Pada medan pilihan Show, Views akan memaparkan jenis-jenis data entity (sila rujuk: Entity type, Bundles, Fields, Entity) yang wujud dalam Drupal. Perhatikan pada peringkat ini terdapat tujuh entity yang dikenali oleh Views bagi mengendalikan data. Senarai ini mungkin bertambah sekiranya terdapat pemasangan modul tambahan.

Anda perlu menetapkan jenis data entity yang akan dipanggil ke dalam View. Sebagai contoh, sekiranya data set yang diperlukan lebih kepada kandungan (node), maka pilihan Content perlu dibuat. Sekiranya data yang akan digunakan adalah tertumpu kepada komen, maka pilihan Comments perlu dibuat. Manakala seandainya data anda fokus kepada tag atau taksonomi maka pilihan yang tepat adalah Taxonomy terms.

Mengapa perlu membuat pilihan ini? Drupal menyimpan data, maklumat dan konfigurasi terus ke dalam pangkalan data. Setiap entity mempunyai jadual (table) yang tersendiri dalam pangkalan data. Sebagai contoh untuk kandungan, entity ini disimpan dalam node, pengguna disimpan dalam jadual user dan taksonomi disimpan dalam jadual taxonomy_term.

Dari segi teknikal, prestasi sistem akan merosot sekiranya terlalu banyak data set dari pangkalan data dipanggil tetapi tidak digunakan. Bagi mencapai tahap prestasi yang optimum, kita perlu menetapkan hanya jadual tertentu sahaja dipanggil dari pangkalan data dan bukan keseluruhan pangkalan data.

Setiap pilihan jadual data set di atas akan memaparkan pilihan tambahan yang berlainan. Pilihan ini adalah untuk melakukan tapisan (filtering) terhadap data yang bakal dari jadual data. Sebagai contoh, pilihan data kandungan (Content) boleh dikecilkan skop panggilan data untuk jenis kandungan (bundles: content type) tertentu yang telah ditag dengan kata kunci tertentu. Seterusnya data-data ini akan disusun secara menaik atau menurun (newest/oldest).

Mencipta halaman (page) baharu

Dalam Views, anda boleh mencipta bentuk paparan dan memilih bentuk/ke mana data ini akan dipaparkan. Katakan anda mahu data set yang dipanggil oleh Views ini perlu dipaparkan kepada satu halaman baru (atau new page), pastikan kotak pilihan Create a page di aktifkan.

cipta halaman page baru

Satu halaman secara logiknya perlu mempunyai tajuk. Views secara lalai akan mengambil nama View kita masukkan sebelum ini. Anda boleh namakan tajuk halaman berbeza daripada nama yang dicadangkan.

Seterusnya adalah menentukan pautan (URL) yang akan diakses. Di sini anda perlu hati-hati untuk memberi penamaan kepada URL. Sekiranya terdapat mana-mana URL atau pautan yang telah wujud sebelum ini digunakan, Views akan mengatasi pautan asal. Pastikan URL yang digunakan adalah unik.

Display format adalah bentuk paparan data set akan diterjemahkan oleh View sama ada dalam bentuk jadual, senarai atau tiada format. Kita akan membincangkan bahagian ini dengan lebih lanjut. Anda boleh tetapkan jumlah data yang akan dipaparkan menerusi medan Items to display.

Lain-lain konfigurasi boleh ditetapkan adalah seperti:

  • Use a pager - memaparkan navigasi halaman sekiranya data yang dipanggil adalah melebihi nilai yang ditetapkan pada Items to display.
  • Create a menu link - cipta menu navigasi (Menyelenggara Main menu) agar mudah diakses oleh pengguna.
  • Include an RSS feed - mencipta suapan berita bersama-sama halaman yang baru. Pilihan ini amat sesuai sekiranya halaman menyenarai berita, blog atau artikel terbaru.

Mencipta blok baharu

cipta blok baharu

Selain mencipta halaman baharu, Views juga membenarkan kita untuk mencipta blok kandungan (sila rujuk Mengendali blok-blok). Blok membolehkan kandungan sampingan dikepilkan kepada kandungan utama. Selain itu blok berupaya untuk ditempatkan pada ruang region (sila rujuk Konsep "Region", "Block" dan "Menu") tertentu templat. Dengan kaedah ini, anda mempunyai kuasa untuk mengawal susunan kandungan dengan lebih fleksibel.

Konfigurasi bagi mencipta blok adalah hampir sama dengan halaman, cuma bezanya anda tidak perlu untuk menetapkan pautan.

Views tidak menghalang untuk anda mencipta paparan halaman dan blok secara serentak, bergantung kepada keperluan anda.

button options operation

Setelah selesai, anda boleh klik butang Save & exit untuk menyimpan dan mencipta View yang baru. Atau, klik pada butang Continue & edit untuk mencipta View dan melakukan konfigurasi tambahan yang lebih mendalam. Butang Cancel akan memadamkan semua proses dan tetapan yang dibuat sebelum ini dan kembali ke laman utama Views.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)