Dalam tutorial ini, terdapat dua pembahagian iaitu satu di "localhost" dan satu lagi di "live server". Ini kerana di bahagian server pengguna tidak boleh untuk menghasilkan pangkalan data yang baru terus dari PhpMyAdmin sebaliknya perlu menggunakan khidmat atau servis dari sistem kawalan pelayan sama ada CPanel atau DirectAdmin.

Hasilkan pangkalan baru di localhost

Di bahagian laman utama, anda akan dapat melihat satu ruangan kosong untuk memasukkan nama untuk pangkalan data yang baru. Kemudian terdapat satu pilihan untuk memilih jenis pangkalan data atau bahasa penterjemahaan yang akan digunakan. Sekiranya anda tidak pasti, biarkan ruangan pilihan ini ditentukan dengan menggunakan nilai asal sahaja.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Seterusnya klik butang "Create". Begitu sahaja senang untuk menghasilkan pangkalan data yang baru. Setelah itu, jika anda perhatikan di sebalah kiri, ruangan untuk senarai pangkalan data dipaparkan pangkalan data yang kita hasilkan tadi sudah dimasukkan.

http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx

Hasilkan pangkalan data baru di pelayan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, di server pengguna tidak boleh menggunakan cara yang sama seperti di localhost. Pengguna termasuk menggunakan MySQL Management untuk membuat pangkalan data yang baru. Dalam contoh ini ditunjukkan dua contoh penggunaan ruangan administrasi server yang popular iaitu DirectAdmin dan CPanel

DirectAdmin

  1. Pertama sekali, anda perlu klik pautan "MySQL Management":
    http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx
  2. Seterusnya klik pada pautan "Create New Database" untuk menghasilkan pangkalan data yang baru:
    http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx
  3. Kemudian masukkan nama pangkalan data, pengguna pangkalan data dan kata laluan untuk pangkalan data tersebut. Seterusnya klik butang "Create":
    http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx
  4. Setelah itu anda akan dipaparkan kembali maklumat yang telah dimasukkan sebelum ini untuk simpanan. Sekiranya pangkalan data ini digunakan untuk memasang perisian CMS seperti Drupal, Joomla atau Wordpress atau seangkatan dengannya, anda perlu memasukkan satu per satu maklumat yang diberikan ini dengan tepat. Jika tidak ralat seperti tidak dapat untuk berhubung dengan pangkalan data akan dipaparkan:
    http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx
  5. Setelah itu, anda akan kembali ke bahagian utama di mana senarai-senarai pangkalan data yang telah terbina. Perhatikan bahawa pangkalan data yang telah kita hasilkan tadi telah disenaraikan. Anda boleh menggunakan pangkalan data ini dengan memasuki PhpMyAdmin. Tapi sebelum itu kita perlu menetapkan kebenaran untuk menggunakan pangkalan data ini. Klik sahaja pangkalan data tersebut:
    http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx
  6. Di bahagian ini, anda boleh untuk mengubah kata laluan yang telah ditetapkan sebelum ini atau mengubah tahap kebenaran untuk menggunakan pangkalan data ini. Klik pada "Modify privilleges":
    http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx
  7. Kemudian berikan tetapan seperti di bawah ini supaya ke semua fungsi dan akses untuk pangkalan data ini boleh digunakan nanti:
    http:/kripkornstudios.com.my/user/parasolx
Penilaian: 
3
Average: 3 (2 votes)

Komen

skatanix_nie's picture

Jd mcm ni bila nak install lepas buat new database:

Only local images are allowed.

so mcm mana nak buat bg boleh install?
Minta pertolongan semua kwn2..

parasolx's picture
Admin

mungkin masalah tersebut disebabkan oleh kata laluan yang salah. sekiranya proses pemasangan server sebelum ini menggunakan "default" value, maka username database adalah "root" manakala password dibiarkan kosong sahaja.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training