Pengenalan

PhpMyAdmin merupakan satu perisian sumber terbuka seperti yang lain-lain iaitu Drupal, Joomla! dan phpBB tetapi fokusnya lebih ke arah untuk pengurusan pangkalan data. PhpMyAdmin digunakan untuk mencapai pangkalan data secara GUI melalui pelayar anda. Phpmyadmin boleh digunakan untuk mengubah, menambah, membuang dan membuat salinan pangkalan data anda.

Kelebihan menggunakan PhpMyAdmin berbanding perisian lain adalah ianya boleh diakses menerusi laman web tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu semua fail-fail pangkalan data. Kebanyakan pengguna mahir biasanya menggunakan Microsoft Access dalam proses pengurusan pangkalan data. Namun semenjak kehadiran PhpMyAdmin dalam dunia pembangunan laman web, hampir ke semua sudah beralih ke perisian ini dan Microsoft Access hanya digunakan untuk menguruskan pangkalan data dengan aturcara sokongan ASP.

 

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memasuki ruangan utama PhpMyAdmin.

Localhost

Anda boleh mencapai phpmyadmin dengan menaip:

http://localhost/phpmyadmin

Kebiasannya apabila anda menggunakan perisian seperti WAMP dan XAMPP, pautan di atas adalah sah. Sebaliknya jika anda memasang secara berasingan, kemungkinan pautannya berbeza dan anda perlu melihat dokumentasi dan manual yang disediakan oleh pihak pembangun.

 

Live Site

Anda boleh mencapai PhpMyAdmin dengan memasuki ruangan CPanel/DirectAdmin dan klik ikon/pautan "PhpMyAdmin"

Only local images are allowed.

Selepas itu anda akan dibawa ke paparan antara muka utama. Berikut adalah paparan antara muka PhpMyAdmin.

Only local images are allowed.

Pada sebelah kanan adalah senarai pangkalan data anda, manakala sebelah kiri ada maklumat tentang pangkalan data anda.

Jika anda mencapai phpmyadmin daripada localhost, anda akan mendapati pada bahagian Create New Database adalah berlainan dengan Live Site. Ini kerana pada Live Site, pengguna tidak dibenarkan mencipta pangkalan data yang baru menggunakan PhpMyAdmin, sebaliknya pengguna perlu menggunakan MySql Management.

Ini adalah kerana, sekiranya pengguna dibenarkan untuk menghasilkan pangkalan data yang baru terus menerus dari PhpMyAdmin kemungkinan besar pihak pengodam akan berupaya untuk membuang ke semua pangkalan data (database) yang terdapat di dalam server anda. Jadi ini merupakan antara langkah keselamatan yang diterapkan bagi mengelakkan ke semua laman web digondam secara total.

Seterusnya, kita akan mula mempelajari menggunakan PhpMyAdmin dengan menghasilkan pangkalan data yang baru.

Penilaian: 
Average: 4.5 (2 votes)