Pemasangan phpBB3 boleh dilakukan sama ada di "localhost" atau di "live server". Saya akan cuba untuk terangkan kedua-duanya secara lengkap.

Pemasangan di Localhost

1. Perlu ada "server". Saya cadangkan supaya anda gunakan WAMP. Jika ingin gunakan XAMPP juga boleh. Tetapi bagi saya WAMP lebih senang untuk difahami antaramukanya. Hidupkan "server" anda. Jika anda bermula dengan kosong, sila rujuk pada tutorial memasang "server" pada "localhost" terlebih dahulu.

2. Muat turun fail mampatan phpBB3 dari https://www.phpbb.com/. Pergi ke laman tersebut dan muat turun fail mampatan untuk versi phpBB3 yang terkini. Kembangkan (extract) fail yg telah dimuat turun tadi di "Desktop" komputer anda untuk memudahkan capaian.

3. Pergi ke fail pelipat "www" pada "server" anda dan pindahkan fail pelipat yang telah dikembangkan tadi ke sini. Dalam tutorial ini, saya namakan fail pelipat ini "phpBB3".

4. Buka pelayar web (web browser) anda dan taipkan lokasi pada ruangan alamat: "http://localhost". Klikkan nama folder yang mengandungi fail phpbb3 anda tadi. Dalam contoh ini, alamat tersebut adalah: http://localhost/phpbb3.

5. Sekiranya semuanya betul, paparan pertama yang anda akan dapat lihat adalah seperti ini:
Only local images are allowed.

6. Kemudian klik tab (pada bahagian atas) iaitu "Install" untuk memulakan proses pemasangan pada "localhost". Paparan berikut adakan ditayangkan.
Only local images are allowed.

7. Klik butang "Next" untuk memeriksa setiap keperluan yang diperlukan oleh phpBB sebelum proses seterusnya dapat dijalankan. Sekiranya ke semua keperluan tersebut dipenuhi, klik "Next" sekali lagi untuk kebahagian pemasangan pangkalan data. Sekiranya keperluan phpBB3 tidak dipenuhi, anda akan tersekat dibahagian ini.

Pastikan kesemua keperluan dipenuhi. Tidak semestinya semua yang dinyatakan perlu ada. Anda boleh "try-n-error" dengan klik "Next" pada langkah "Requirement". Sekiranya tidak ada masalah, paparan untuk pangkalan data akan ditayangkan.

Masukkan data untuk pangkalan data anda dengan betul. Pada pilihan ini, saya cadangkan supaya memilih "MySQL" sahaja kerana kebanyakkan pelayan lebih memilih MySQL berbanding jenis pangkalan data yang lain.

Tinggalkan kosong pada ruangan kedua dan ketiga (DSN dan server port). Masukkan:

  • Database name: nama pangkalan data anda
  • Database username: pengguna yang diberikan kuasa untuk mengendali pangkalan data tersebut
  • Database password: masukkan sekiranya mempunyai kata laluan untuk pangkalan data
  • Prefix tables: biarkan nilai ini pada tetapan asal

Perhatian! Pastikan anda hasilkan terlebih dahulu pangkalan data ini dengan menggunakan perisian seperti phpMyAdmin yang disediakan oleh perisian pelayan. Bagaimana untuk membuatnya? Rujuk pada tutorial membuat pangkalan data dengan phpMyAdmin.

Setelah semuanya selesai, klik butang "Next". Paparan ini akan dipaparkan sekiranya semuanya betul. Sekiranya terdapat ralat, cuba periksa kembali maklumat mengenai pangkalan data yang dimasukkan adakah betul dan ianya telah dibuat terlebih dahulu.
Only local images are allowed.

8. Proses seterusnya adalah melengkapkan maklumat mengenai "Administrator" iaitu anda sebagai pengendali. Masukkan maklumat tersebut yang berikut mengikut kemahuan anda sendiri. Kemudian tekan "Next".
Only local images are allowed.

9. Proses konfigurasi untuk fail tetapan selesai. Anda kemudian perlu klik butang "Next" untuk kebahagian "Advanced Settings".
Only local images are allowed.

Di bahagian ini, apa yang perlu anda "Server URL Settings". Yang lain abaikan. Untuk "Cookie Secure", sekiranya anda tidak menggunakan SSL atau "secure connection", pastikan ia dimatikan. Untuk "Force server URL setting" juga matikan jika anda tidak menghidupkan fungsi yang tadi. "Server protocol" pula biarkan ianya pada nilai asal.

Yang paling penting adalah "Domain Name". Jika di "localhost", biarkan nilainya sebegitu. Jika di "live server", pastikan anda memasukkan domain web anda dengan betul. Jika tidak, phpBB tidak akan dapat dijalankan.

"Server port" dibiarkan kekal pada nilai 80. Kemudian klik "Next" untuk memulakan pengisian "table" dan data-data ke dalam pangkalan data kita.

10. Proses ini akan memasukkan ke semua elemen penting ke dalam database supaya phpBB dapat dijalankan. Klik butang "Next" dan mesej berjaya akan dipaparkan sekiranya semua maklumat berjaya dimasukkan.
Only local images are allowed.

11. Setelah selesai, kita sudah memasuki ke bahagian terakhir proses pemasangan phpBB. Sekiranya berjaya, paparan berikut anda akan dapat. Sebelum anda klik Login, pastikan anda membuang fail pelipat "Install" dalam direktori phpBB tadi. Jika tidak ralat akan dipaparkan dan tiada forum ditunjukkan.
Only local images are allowed.

12. Setelah anda membuang fail pelipat "Install" tadi, teruskan dengan klik butang "Login" dan paparan pertama yang anda akan dapat adalah seperti berikut:
Only local images are allowed.

TAHNIAH!!! phpBB3 pertama anda sudah selesai dipasang.

 

Pemasangan di Live Server

Akan datang

 

Permasalahan Yang Biasa Dihadapi Semasa Pemasangan

Berikut adalah antara permasalahan yang biasa dihadapi oleh pengguna semasa memasang phpBB3 sama ada di "localhost" atau di "live server".

mbstring extension check
Required - mbstring is a PHP extension that provides multibyte string functions. Certain features of mbstring are not compatible with phpBB and must be disabled.

Function overloading:                                      No
mbstring.func_overload must be set to either 0 or 4.

Transparent character encoding:                            No
mbstring.encoding_translation must be set to 0.

HTTP input character conversion:                           No
mbstring.http_input must be set to pass.
 
HTTP output character conversion:                          No
mbstring.http_output must be set to pass.

Penyelesaian:

Anda kena pastikan bahawa ke semua fungsi tersebut adalah "YES" jikalau tidak pemasangan akan tersekat di bahagian ini. Untuk menyelesaikannya, ada 2 cara iaitu mengubah tetapan dalam file php.ini atau menggunakan .htaccess. Saya sarankan agar anda menggunakan .htaccess supaya perkara yang dilakukan di "localhost" apabila dimuat naik ke "live server", semua tetapan adalah sama.

Buka fail .htaccess anda dalam direktori phpBB kemudian tambahkan kod aturcara ini:

PHP_VALUE mbstring.func_overload 4
PHP_VALUE mbstring.encoding_translation off
PHP_VALUE mbstring.http_output pass
PHP_VALUE mbstring.http_input pass

 

Penilaian: 
3
Average: 2.5 (2 votes)

Komen

dapat's picture

askm.sy tak brape faham kat mane www dalam localhost.adakah selepas kita install wamp/xampp ?

explain sikit.

 

tq

parasolx's picture
Admin

"www" adalah folder di mana semua laman2 web perlu diletakkan dalam tuh. Jika terdapat folder, contohnya, "forum", maka alamat root untuk website dalam folder tersebut adalah seperti ini: "http://localhost/forum".

tp jika semua website kita diinstall direct dalam "www", maka bile taip "http://localhost/" terus server akan bukak laman web kita. nama www, tidak di paparkan pada laman web tetapi dia menyatakan bahawa semua files laman web perlu diletakkan dalam tuh. kalu kita guna webhost berbayar, biasanya ye dipanggil public_html. ia sama je dgn www.

folder ni kita boleh jumpa di bahagian server installation folder. andai kata kita install dalam drive C, maka folder wamp server adalah: C:\wamp. dalam folder installation tuh bleh jumpa www. lain-lain folder atau files adalah files server. di harap jgn usik.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

drupalnote's picture
Admin

untuk wamp http://www.kripkornstudios.com.my/video/cara-cara-memasang-server-wamp

untuk xampp, folder www adalah sama dengan folder htdocs.

skatanix_nie's picture

kenapa x blh install?

"Could not connect to the database, see error message below.
Access denied for user 'Admin'@'localhost' (using password: YES)

Jd mcm ni...tuan ruamah,tolong....

parasolx's picture
Admin

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training