Pengguna merupakan nadi penggerak sesuatu forum. Tanpa pengguna atau pengunjung, walau sehebat mana forum anda tetap tidak bermakna atau seolah-olah anda seperti syok sendiri di dalam forum tersebut.

Oleh itu, phpBB menyediakan beberapa fungsi yang lebih menumpukan kepada pengguna. Kebanyakan fungsi-fungsi dan tetapan boleh digunakan sepenuhnya oleh pengguna dalam menghidupkan sesuatu forum tersebut. Antara perkara penting yang dititikberatkan dalam perisian ini adalah:

  • Profil pengguna
  • Avatar
  • Tanda tangan
  • Mesej peribadi
  • Tetapan pilihan paparan forum
  • Pangkat (Rank)
  • Kumpulan
  • Lampiran

Boleh dikatakan hampir 70% fungsi yang terdapat dalam keseluruhan phpBB merujuk kepada pengguna manakala 30% lagi digunakan sepenuhnya oleh pihak pengendali. Lantaran itu, menjadi satu kemestian untuk anda sebagai pengendali mengetahui cara menggunakan ke semua fungsi untuk pengguna sebolehnya 50% supaya pengguna akan lebih tertarik dengan keadaan forum anda.

Dibahagian ACP, terdapat satu tab utama yang menempatkan kesemua fungsi-fungsi untuk pengguna iaitu "Users and Groups". Jadi ikuti tutorial seterusnya dalam melakukan pengubahsuai terhadap profil pengguna dan beberapa fungsi lain yang berkaitan.

Penilaian: 
2
Average: 2 (1 vote)