Pengenalan kepada "Permission"

"Permission" atau membawa maksud kebenaran tertentu atau kebenaran khas merupakan tunjang utama kekuatan phpBB yang mana tidak terdapat pada lain-lain forum sama ada berbayar atau yang percuma.

Apa yang sangat berbeza dalam phpBB dan selalu menjadi kekeliruan dan boleh dikatakan agak kompleks sedikit mengenai kebenaran ini adalah kerana phpBB menyediakan kebenaran yang berlainan untuk setiap pengguna, kumpulan, forum dan moderator (ketua). Dibahagian tutorial ini anda perlu memberikan sedikit penekanan kerana jika anda mampu memahami dengan 120% pemahaman mengenai "Permission" ini, anda pastinya akan seronok dengan phpBB dan tidak mahu bertukar ke forum yang lain.

Saya akan cuba menerangkan mengenai ini sebaik mungkin dan sekiranya anda tidak faham pada mana-mana bahagian dalam konteks "Permission" ini, sila dan sila hantarkan komen atau utarakan persoalan anda di bahagian KOMUNITI.

Fungsi "Permission"

"Permission" ini memberikan fungsi kepada setiap pengguna (user), ketua (moderator), forum dan kumpulan (group) dengan berlainan fungsi-fungsi kebenarannya. Maknanya, sila fahami betul-betul, kebenaran pada pengguna tidak sama dengan kebenaran pada ketua atau forum atau kumpulan.

Jika dibahagian pengguna terdapat satu "permission" katakan "allow user to change username", maka ianya tidak terdapat pada bahagian "permission" yang lain.

"Permission" ini bertindak dalam bentuk hierraki iaitu mengikut kepentingan. Hierraki tersebut adalah seperti berikut:

Admins > Moderators > Forums > Groups > Users

Bermakna, jika seorang pengguna (users) masuk ke bahagian forum dalam komuniti tersebut, semua "permission" yang telah ditetapkan sebagai pengguna perlu mengikut "permission" yang ditetapkan dalam forum tersebut. Katakan sebagai pengguna, terdapat "permission" - "user can view all forums" dan jika pengguna tersebut cuba memasuki forum yang telah ditetapkan "permission" supaya "user can not view this forum", maka dengan sendirinya, "permission" untuk pengguna tersebut akan terbatal dan pengguna tersebut tidak dapat melihat forum tersebut.

Manakala jika seorang pengguna tersebut telah dinaikkan pangkat atau dilantik sebagai "Moderator", "permission" sebagai pengguna akan kekal dan akan ditambah dengan "permission" sebagai "Moderator". Jika "Moderator" telah diberikan kebenaran untuk melihat semua forum, secara automatiknya pengguna tadi yang sebelum ini tidak dapat melihat forum yang telah disembunyi sebelum ini boleh melihat forum tersebut.

Begitulah seterusnya fungsi "permission" ini diaplikasikan dalam keseluruhan sistem phpBB. Hebat bukan?

Only local images are allowed.

Jenis-jenis "Permission"

Jika tadi saya menerangkan mengenai fungsi rangka "Permission", sekarang kita akan mengenali pula jenis-jenis "permission" yang terdapat di dalam sistem phpBB. Sekiranya anda berada di bahagian ACP, teruskan klik tab utama "PERMISSONS".

Anda perhatikan dibahagian sub-tab, terdapat empat sub-tab yang penting tetapi yang akan kita gunakan hanya tiga sahaja iaitu:

  • Global permissions: bahagian tetapan fungsi "permission" untuk Admin, Moderator, Group dan User
  • Forum based permissions: bahagian tetapan "permission" untuk setiap forum yang dibuat oleh kita
  • Permission Roles: nilai tetapan asas untuk digunakan di dalam forum dan merupakan fungsi terpenting dalam "permission"

Di bahagian Global Permission, kita boleh menetapkan kebenaran untuk pengguna tertentu. Maknanya, jika anda mahukan pengguna A mempunyai kebenaran "Can change username" maka bahagian ini perlu dimasuki. Kebenaran ini tidak akan dimiliki oleh pengguna-pengguna lain kerana kita hanya memilih pengguna tertentu sahaja.

Di bahagian Forum based permissions pula kita boleh menetapkan fungsi-fungsi kebenaran untuk forum-forum tertentu. Kebenaran ini pula dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

  • Forum permission: tetapan kebenaran untuk tiap-tiap forum
  • Forum moderator: tetapan kebenaran untuk Moderator bagi tiap-tiap forum
  • User's forum permission: tetapan kebenaran untuk pengguna bagi tiap-tiap forum
  • Groups' forum permission: tetapan kebenaran untuk kumpulan bagi tiap-tiap forum

Di bahagian Permission roles pula merupakan senarai kebenaran atau undang-undang keseluruhan bagi setiap pangkat pengguna di dalam komuniti kita. Ia telah dikelasifikasikan kepada empat jenis dasar undang-undang iaitu:

  • Admin roles: senarai kebenaran yang dimiliki oleh pengguna berpangkat Admin
  • User roles: senarai kebenaran yang dimiliki oleh pengguna
  • Moderator roles: kuasa kebenaran yang dimiliki oleh pengguna berpangkat Moderator
  • Forum roles: senarai tetapan kebenaran yang dimiliki oleh forum

Seterusnya...

Itulah serba sedikit pengenalan kepada "Permission". Jika anda persoalan setakat ini, jangan malu untuk menghantar sebarang komen atau utarakan ke bahagian KOMUNITI. Seterusnya kita akan mempelajari tutorial untuk melakukan pengubahsuaian terhadap "Permission" yang sedia ada.

Penilaian: 
3
Average: 3 (1 vote)