Kepada pengguna phpBB3 yang ingin melancarkan forum anda dalam bahasa Melayu, di sini kami menyediakan pakej translasi dalam bahasa Melayu sepenuhnya bermula dari hadapan sehingga ke ruangan administrasi.

Kredit: Aviator (penterjemah sebenar)

 

Langkah-langkah
  1. Muat turun lampiran translasi bahasa Melayu.
  2. Kembangkan (extract) fail pelipat di dalam zip fail ini (ms).
  3. Pindahkan fail pelipat ke dalam direktori "language" di dalam phpBB3.
  4. Masuk ke bahagian Administrator Control Panel > System
  5. Klik pautan "Language packs".
  6. Klik "Install" untuk pilihan bahasa Melayu.

 

Nota
  1. Pastikan pakej translasi ini dipasang ketika pada awal-awal forum anda mula dibangunkan iaitu tiada lagi sebarang modifikasi dilakukan
  2. Ralat mungkin berlaku sekiranya forum anda sudah dipasang dengan beberapa modul MODX dari phpBB selepas pakej ini dipasang kerana sesetengah skrip atau baris aturcara MODX mungkin ada yang melibatkan penambahan dalam fail-fail bahasa sebelum ini
  3. Sekiranya berlaku, sila pasang semula MODX anda pastikan penambahan atau proses pindah fail-fail MODX untuk bahasa dipindahkan ke dalam folder "ms" dan bukan "en" atau "us-en"
Penilaian: 
5
Average: 5 (3 votes)
File attachments: