Sekarang kita beralih pula ke bahagian "Moderator Control Panel". Terlebih dahulu kita kenal apakah moderator ini. Moderator atau dengan bahasa senang kita panggil pembantu pentadbir forum. Tugas moderator ini adalah membantu menguruskan forum kita sekiranya komuniti yang dibina adalah amat besar.

Moderator ini hanya boleh dilantik oleh kumpulan admin atau "founder" sahaja. Bidang kuasa moderator termasuklah mengesahkan, memindahkan, membuang dan menukarkan jenis pos atau topik. Selain itu moderator berupaya untuk menyenarai hitam (ban) dan menyahkan kembali (unban) pengguna forum. Sekiranya anda adalah "founder" atau admin, anda secara automatisnya juga adalah moderator.

Pengguna yang dilantik menjadi moderator akan ditukarkan warna nama pengguna kepada warna hijau. Setiap moderator mempunyai ruangan khas untuk menguruskan perihal forum yang dinamakan "Moderator Control Panel" (MCP).

Untuk memasuki ruangan ini, cari pautan seperti dalam gambar dibawah. Pautan ini hanya akan muncul untuk pengguna yang berpangkat moderator/admin/"founder" sahaja.
Only local images are allowed.

Pautan ini biasanya berada di bahagian atas. Tetapi bergantung juga kepada jenis templat yang akan anda gunakan. Selepas diklik, anda akan terus dibawa ke bahagian MCP tanpa memerlukan pengesahan kali kedua seperti ACP. Ia tidak perlu kerana MCP tidak melibatkan sebarang bidang kuasa pengubahsuai forum secara total.

Ini merupakan paparan asli "Moderator Control Panel" untuk phpBB3. Jom kita kenalnya dengan lebih dekat.

Only local images are allowed.

Seperti biasa, MCP mempunyai bahagian-bahagian penting iaitu Tab Utama, Sub-tab dan juga bahagian berfungsi. Saya akan terangkan fungsi utama untuk setiap tab-tab utama.

 

Fungsi-fungsi Tab Utama

1. Main: Tab ini merupakan paparan pertama. Ia menyenaraikan semua perkara-perkara penting yang perlu diambil tindakan oleh moderator seperti senarai menunggu pos untuk disahkan dan laporan daripada pengguna-pengguna.

2. Moderation Queue: Ruangan ini lebih spesifik untuk seorang moderator. Pada sub-tab terdapat dua pilihan penting iaitu senarai menunggu untuk topik dan pos. Anda boleh sama ada untuk mengesahkan, membuang atau mengubah topik/pos yang dihantar oleh pengguna sebelum dipaparkan kepada umum.

3. Reported Posts: Bahagian ini akan menyenaraikan sebarang laporan daripada pihak pengguna mengenai kandungan pos-pos di dalam forum. Sekiranya terdapat sebarang pos yang mengandungi bahan-bahan yang dilarang dihantar ke dalam forum dan dilaporkan oleh pihak pengguna, ianya akan dipaparkan di sini untuk makluman pihak moderator.

4. User Notes: Tab ini membolehkan seorang moderator untuk memberikan komen atau maklum balas mengenai seseorang pengguna kepada moderator/admin yang lain. Komen/maklum balas ini hanya boleh dilihat oleh golongan moderator/admin sahaja.

5. Warnings: Ruangan ini menyenaraikan semua pengguna-pengguna yang telah diberikan amaran oleh pihak moderator/admin. Amaran ini diberikan kepada pengguna yang telah melanggar peraturan forum yang telah ditetapkan. Ia perlu dilakukan secara manual dan bukan secara automatis.

6. Moderator Logs: Ia memaparkan senarai aktiviti yang telah dilakukan oleh semua moderator sebagai rujukan untuk moderator-moderator dan admin. Tiada yang istimewa ruangan ini tetapi boleh dianggap penting.

7. Banning: Yup.. senarai hitam... Ruangan ini adalah kuasa yang paling besar bagi seorang moderator. Ia membolehkan anda menyenaraihitamkan pengguna tertentu daripada terus memasuki forum anda sama ada secara kekal atau dalam waktu-waktu tertentu. Jenis penyenaraian hitam boleh dilakukan sama ada melalui nama pengguna, IP atau Email.

 

Beberapa tutorial mengenai penggunaan MCP ini akan menyusul kemudian. Anda boleh mencubanya dengan sendiri supaya proses pembelajaran lebih cepat.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)