phpBB atau juga dikenali sebagai "php Bulletin Board" merupakan satu perisian Content Management System (CMS) yang tergolong dalam kategori Bulletin Board. Ramai yang tidak mengenali Bulletin Board malah lebih senang dipanggil forum. Hakikatnya kedua-duanya adalah sama.



Forum berbeza berbanding dengan CMS yang lain seperti Drupal, Joomla, Wordpress dan Blogger yang mana forum menyediakan fungsi hubungan dua-hala iaitu pengguna/pengurus boleh memulakan sesuatu topik dan pengguna/pengutus boleh membalas atau memberi pandangan kepada topik tersebut.



Sebagai analogi mudah, forum adalah tempat untuk komuniti berbincang, meluahkan pandangan dan mendapatkan sebarang penyelesaian kepada sebarang topik yang dikemukan.



Pengenalan kepada phpBB



Dibahagian portal ini, saya akan menyediakan tutorial mengenai phpBB versi 3. Mengapa versi 3 sahaja, tidak dari awal lagi? Ini kerana versi yang terbaru sekarang adalah versi 3 juga dikenali sebagai phpBB3. phpBB3 mempunyai sistem sekuriti yang lebih selamat berbanding versi-versi terdahulu dan kebanyakan pengubahsuaian terhadap phpBB3 lebih banyak berbanding yang terdahulu.



Dalam ruangan ini, saya tidak akan membandingkan phpBB dengan mana-mana sistem buletin yang lain seperti vBulletin, Invision Power Board mahupun Simple Machine Forum (SMF) kerana saya HANYA akan memfokuskan kepada phpBB sahaja.



Untuk pengetahuan semua pengguna, portal kami ini dilengkapi dengan forum phpBB3 dan anda boleh melihat contoh/demo kekuatan forum ini sendiri.



Selain itu, apa yang penting adalah, phpBB ini boleh intergrasikan dengan pelbagai CMS yang lain dan juga menyokong pelbagai jenis database iaitu:





Intergrasi CMS

Sokongan Database

  • Drupal

  • Joomla 1.5

  • Wordpress

  • php-Nuke

  • mySQL

  • MS SQL

  • mySQL Lite

  • Postgress

  • SQL Lite

  • Oracle

  • Firebird


Perbandingan phpBB2 dan phpBB3



Seperti yang saya nyatakan di atas, tutorial ini lebih kepada phpBB3 berbanding versi terdahulu. Berikut saya senaraikan beberapa kelebihan phpBB3 berbanding phpBB2.



  • phpBB3 mempunyai fungsi dan sistem pengurusan yang lebih lengkap

  • phpBB3 tahap sekuriti dan sistem keselamatannya lebih baik terutama sekali pada bahagian penapisan teks dan sambungan kepada pangkalan data

  • phpBB3 mempunyai antara muka yang lebih menarik dan sedap mata memandang

  • phpBB3 "backend" (administration control panel) lebih tersusun dan sangat mudah untuk difahami oleh pengguna baru

  • phpBB3 menyokong pelbagai bahasa dan robot seperti Google bot dan lain-lain yang membolehkan forum anda tersenarai dalam Google direktori hanya dalam 2 hari sahaja.

  • phpBB3 menyokong lebih banyak jenis pangkalan data iaitu MySQL, MSSQL, Postgrel, Oracle, Firebird and SQLLite

  • phpBB3 menyediakan keupayaan untuk mengurus kepada pengguna, pengendali dan moderator lebih lengkap dan lebih banyak fungsi.

  • yang paling penting... SEMUANYA PERCUMA!


Sekiranya anda ingin mengetahui kelebihan versi 3 ini berbanding versi 2, anda boleh melawati pautan ini.

Penilaian: 
5
Average: 4.6 (7 votes)

Komen

to

terima kasih tidak terhingga usaha anda buat tutorial ni,
ilmu bila dikongsi akan lagi bertambah... ibarat HDD n EXT HDD

yeeyyyy.... great work guys...

mi

apa beza forum dalan drupal dgn forum phpBB ni??

parasolx's picture
Admin

banyak perbezaan... Drupal forumnya mempunyai fungsi yang terhad, manakala phpBB fungsi dia lebih banyak dan besar. jika perlukan forum yang simple, boleh teruskan kepada forum Drupal. tetapi sekiranya inginkan kelainan, boleh intergrasikan dengan phpBB.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training