Apa itu "Learning curve"?

"Learning curve" atau pun dalam bahasa Melayu adalah lengkung pembelajaran. Ia merupakan jujukan proses pembelajaran, pengenalan dan penggunaan sesuatu yang baru untuk pengguna atau pelajar baru. Dalam konteks pembangunan laman web terutamanya Sistem Pengurusan Kandungan (Drupal, Joomla, Wordpress), lengkung pembelajaran lebih merujuk kepada proses implimentasi atau tahap kebolehan pengguna baru atau lama untuk menggunakan sepenuhnya sistem tersebut.

Saya ada membaca beberapa artikel mengenai perbandingan lengkung antara CMS ini di dalam internet dan rata-rata mengatakan bahawa Joomla! mempunyai lengkung pembelajaran yang lebih mudah berbanding Drupal. Namun saya kurang bersetuju dengan fakta tersebut hampir ke semua artikel ini dibuat tanpa menetapkan faktor-faktor yang dimalarkan untuk kedua-duanya.

Ini kerana proses pembelajaran sesuatu perkara yang baru merupakan satu subjektif, yang tidak boleh diukur dan setiap orang mempunyai tahap penguasaan yang berlainan. Ada yang boleh menguasai sesuatu yang kompleks dalam masa yang singkat tetapi ada juga yang mengambil masa yang lama untuk sesuatu yang mudah dan senang.

Lengkung pembelajaran Drupal

Bagi pengguna baru yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan Drupal, gambar di bawah boleh dijadikan panduan untuk anda.

Graf lengkung pembelajaran tersebut dibuat dengan menetapkan faktor "Kemahiran" melawan "Masa". Bagi pengguna baru, setiap tahap penguasaan satu-satu aspek yang dinyatakan di dalam graf bergantung kepada tahap kemahiran anda dan keperluan masa yang diperlukan untuk menguasainya. Semakin tinggi tahap kemahiran yang ingin dibina, semakin banyak masa yang perlu anda peruntukkan.

Oleh itu, kebanyakan pengguna baru yang "KURANG BERSABAR" dan "KURANG MOTIVASI" dalam mengenali Drupal, anda mungkin sukar untuk melepasi tahap dari "Pengguna baru" kepada "Pengguna cekap". Sudah tentu setiap perkara yang baru menuntut masa dan kesabaran anda. Jika tidak anda akan kekal ditahap yang sama.

Lengkung pembelajaran ini hanyalah satu anggaran dan tidak semuanya tepat dan perlu mengikut peringkat satu persatu. Tutorial yang kami sediakan sepanjang proses pembelajaran juga tidak mengikut lengkung pembelajaran tersebut sebaliknya berdasarkan kepada tahap kesukaran untuk menguasai sesuatu aspek dan juga perkaitan antara satu sama lain.

Perbandingan lengkungan pembelajaran

Saya tidak mahu menyentuh aspek perbandingan ini di ruangan ini memandangkan ia merupakan ruangan pembelajaran Drupal. Harap maklum.

Penilaian: 
Average: 4.7 (3 votes)

Komen

blogger_boy's picture

huhuhu aku rasa jauh lagi aku nk jadi pengguna mahir tuh

------

[center]Bersekutu diantara sesama itu akan saling menguatkan. Jika kita melihat ada geng kita lemah, kita akan bantu untuk menguatkan mereka. Dan tatkala kita lemah, mungkin mereka juga akan menolong kita. Marilah kita membentuk satu kumpulan yang saling bantu-membantu dan menguatkan.[/center]

kmal_kedah's picture

cam mana nk join drupal nie.....cam best je

parasolx's picture
Admin

senang jer.. install dahulu server dalam komputer, kemudian follow step-by-step tutorial kat sini: http://www.kripkornstudios.com.my/asasdrupal/pengenalan-drupal1

baca sampai abes semua tutorial yang ada. sambil baca try buat sendiri kt localhost. walaupun tutorial belum lagi siap sepenuhnya, tp dah cukup dah untuk sesi pengenalan kepada drupal.

kalu stil llagi confius, boleh kunjungi bahagian forum dan hantarkan sebarang persoalan di ruangan Drupal. itu sahaja.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

hanzahar's picture

wah complex giler... huhu...

dah berbulan2 layan ni benda masih tk pandai2 )=

anyway nk share benda ni posted dari drupal nye founder

masya Allah

http://buytaert.net/sites/buytaert.net/files/images/blog/space.jpg

parasolx's picture
Admin

hehehe.. lengkung tuh sebenarnya tidak la terlalu complex.. tp itu sekadar analysis yang aku buat based pada newbie yang mmg xde langsung asas dalam pembangunan laman web.. walaupun HTML.. jadi lengkung tu agak besar..

sekiranya untuk pengguna yang sudah ada sedikit asas dalam hal-hal berkaitan laman web, lengkung tersebut akan menjadi semakin kecil dan mungkin boleh menjadi "flat". dia bergatung kepada tahap kemahiran dan jumlah masa yang diambil.. semakin tinggi kemahiran, faktor masa akan menjadi semakin kecil dan boleh menguasai Drupal dalam masa yang singkat.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training