Drupal pada asasnya menyediakan struktur kerangka yang fleksibel yang membolehkan anda mengembangkannya menjadi satu struktur aliran laman yang lain dari yang lain. Ramai yang mempersoalkan mengenai kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan Drupal.

Adakah saya perlu memhami atau mengetahui aturcara asas seperti PHP dan MySQL? Ianya terlalu sukar untuk saya. Hakikatnya tidak. Drupal tidak menuntut pengguna untuk mengetahui aturcara tersebut sebaliknya ianya menyediakan pilihan laluan kepada anda.

Anda boleh memilih untuk menghasilkan laman berprofil asas atau kompleks bergantung kepada tahap kemahiran semasa. Semakin lama anda bermain dengan Drupal, kemahiran anda semakin meningkat dan hasil akan semakin bertambah.

Asas Drupal

Anda perlu belajar hal berkaitan dengan asas Drupal, termasuklah terma yang biasa digunakan dan mendalami sedikit perkara-perkara yang boleh dibangunkan dengannya. Di Kripkorn Studios, tutorial di bawah "Asas Drupal" merangkumi ke semua perkara ini.

Laluan Asas

Untuk permulaan, bangunkan laman dengan laluan asas yang dimuatkan dalam bahagian "Tahap 1". Bahagian ini akan membawa anda untuk melalui pengalaman memasang Drupal secara sendiri. Pengenalan kepada sistem administrasi Drupal yang dikawal dibahagian hadapan.

Seterusnya pada "Tahap 2", anda akan mula mempraktiskan kemahiran untuk memasukkan, mengendalikan dan mengemaskini entri atau kandungan yang menghidupkan laman tersebut. Bagi laman berjenis blog, tahap ini sudah mencukupi.

ATAU sekiranya anda belum lagi memikirkan pasal kandungan, teruskan ke Tahap 3 (selepas selesai asas Tahap 2). Di sini anda akan mula mengenali fungsi tambahan kepada "Drupal core" iaitu modul. Kendalikan beberapa modul wajib pasang dan biasakan dengan modul sedia ada (core modules) yang disediakan. Laman peribadi boleh dibina sehingga tahap ini.

Laluan Kompleks

Laluan ini barulah menuntut sedikit kemahiran dalam asas PHP. Kerana dalam Tahap 3 Tinggi penggunaan untuk modul akan lebih kompleks yang mana fungsi satu modul akan digabungkan dan digunakan pada modul yang lain.

Modifikasi templat Drupal sepenuhnya diterangkan pada Tahap 4 dan anda akan melihat hanya kod-kod HTML, CSS dan PHP. Ianya juga akan dihubungkan dengan bentuk paparan antaramuka Drupal.

Akhirnya Tahap 5 yang memuatkan panduan untuk membina satu sistem menggunakan Drupal. Ini termasuklah laman jaringan sosial, sistem pengurusan pejabat/sekolah, dan lain-lain melibatkan tetapan dan sambungan modul yang lebih banyak dan kompleks.

Jadi, Drupal tidak menuntut anda untuk perlu mengetahui asas kod aturcara PHP yang begitu baru bagi anda sebaliknya ianya bergantung kepada laluan pembinaan yang anda pilih. Tiada perkara yang boleh dicapai tanpa usaha. Pembelajaran tidak merugikan tetapi perlu disertakan dengan komitmen dan daya tahan yang tinggi.

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)