Konsep Drupal

Drupal bukan saja CMS, tetapi ia juga Content Management Framework. Sifat fleksible dan mudah diubah suai membolehkan Drupal digunakan untuk membangunkan apa saja jenis laman web mengikut keperluan anda.

Drupal dibina berdasarkan 5 lapisan iaitu:

Konsep dan struktur binaan Drupal-8007

  • Pada bahagian core atau dasar, drupal dibina dengan menggunakan Node dan Data.
  • Lapisan Kedua Drupal akan memproses module-module yang diaktifkan
  • Lapisan Ketiga Drupal akan membina Menu dan Block berdasarkan keaktifan
  • Lapisan Keempat Drupal akan meneliti Permission atau Had capaian perngguna
  • Lapisan Kelima Drupal akan menyusun block,node,menu berdasarkan tema.

Lapisan-lapisan ini membolehkan anda mengawal sepenuhnya paparan Drupal pada pelayar web, lapisan ini dibina dengan menggunakan fungsi hook() yang akan kita pelajari pada Tahap 5.

Kekuatan Struktur Drupal

Konsep yang digunakan oleh Drupal ini guna membolehkan ianya diintergrasikan dengan pelbagai jenis perisian CMS yang lain seperti phpBB, Gallery2 dan macam-macam lagi. Selain itu, penyelarasan modul-modul juga menjadi leih senang dan konflik lebih berisiko rendah untuk berlaku. Bermakna, Drupal menyokong pelbagai jenis modul dipasang pada sesuatu laman tanpa sebarang masalah.

Konsep Drupal ini juga memperkenal MVC (Model-View-Controller) yang menyokong sepenuhnya teknologi Web 2.0 dan merupakan satu-satunya CMS yang mempunyai teknologi ini. Namun, disebabkan kekuatan Drupal terletak kepada fleksibelnya, penghasilan satu-satu modul agak memakan masa dan perlu disemak terlebih dahulu oleh pembangun Drupal.org bagi membolehkan ianya selamat digunakan.

Konsep dan struktur binaan Drupal-8006

Gambaran di atas menunjukan perhubungan dan implikasi konsep MVC dalam sistem pengurusan Drupal. Penggunaan konsep ini membolehkan setiap elemen dalam Drupal dikawal dengan lebih spesifik. Apabila ianya berkaitan dengan isu keselamatan, setiap modul yang menyumbang kepada sistem Drupal secara keseluruhannya dapat diperbaik tanpa perlu merombak keseluruhan sistem.

Apabila melibatkan proses paparan, modifikasi pada bahagian templat boleh dilakukan tanpa perlu mengubah suai modul-modul yang lain. Dan apabila melibatkan proses menyebaran atau perkongsian data, hanya maklumat tertentu sahaja boleh dikongsi tanpa perlu mengeluarkan semua maklumat dalam sistem.

Sehubungan itu, bilangan modul-modul yang boleh diguna pakai mungkin jauh lebih rendah berbanding sistem-sistem yang lain dan tidak terdapat mana-mana website yang menyediakan modul untuk Drupal selain Drupal.org.

Penilaian: 
3
Average: 3 (3 votes)

Komen

esanstudio's picture

..ana baur datang komuniti nih kata

this is the BEST ONE!!!!

thanks..grafik tuh tuh mudah faham...

parasolx's picture
Admin

walaupun aku xberapa paham apa yang dicakp tuh, tapi ayat the BEST ONE tuh aku paham.. thanks for that compliment.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

sno0p's picture

huhu...thanz for info...sebelum ni x tau pun pasal lapisan2 pada drupal nie..ehee..
thanz..