Kesesuaian Drupal

Walaupun Drupal merupakan sebuah CMS yang fleksibel, tetapi Drupal bukanlah pilihan yang terbaik sekiranya anda mempunyai situasi seperti berikut:

  • Jika anda ingin membina sebuah blog peribadi, anda harus menilai CMS yang lain seperti Wordpress. Walaupun Drupal menawarkan pakej sistem blog, tetapi antaramuka admin bagi Wordpress jauh lebih mudah berbanding drupal.
  • Setiap versi baru bagi Drupal, sistemnya akan menjadi lebih mudah, namun, untuk mempelajari sistem Drupal agak memakan masa dan kecekalan.

Anda boleh menggunakan Drupal jika anda berada dalam situasi di bawah:

  • Anda ingin bermula sebagai sebuah blog, dan berkembang menjadi sebuah forum atau wiki
  • Anda memerlukan sebuah laman web yang boleh berinteraksi dengan teknologi baru atau laman web lain contohnya Facebook.
  • Anda membina sistem yang mempunyai Work Flow yang kompleks
  • Anda ingin membina jenis Node yang berbeza
  • Anda ingin kepantasan dalam memaparkan data tanpa mengetahui koding PHP dan Mysql.

Fakta dan dongeng mengenai Drupal

Fakta & Dongeng 1:

Dongeng: Jika anda seorang yang baru untuk bergiat dalam bidang pembangunan laman web, kebanyakan dan rata-rata pendapat yang diberikan daripada orang ramai mengenai Drupal tidak sesuai digunakan jika anda seorang pengguna baru.

Fakta: Untuk pengguna baru, apa jua jenis sistem CMS adalah perkara yang baru untuk anda. Anda perlu belajar bermula dari kosong; pemasangan localhost, muat turun, pasang sistem dan pelbagai lagi langkah-langkahnya. Jadi tidak tepat sekiranya dikatakan Drupal tidak sesuai untuk pengguna baru sebaliknya Drupal sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja.

Fakta & Dongeng 2:

Dongeng: Drupal hanya sesuai digunakan oleh pengguna yang mahir dalam bahasa pengaturcaraan laman web.

Fakta: Memang tidak dinafikan oleh kerana kefleksibalan Drupal memerlukan sedikit pengetahuan dalam aturcara terutamanya PHP. Tetapi kenyataan ini tidak tepat kerana kemahiran ini diperlukan sekiranya anda ingin membina dan mengembangkan laman web anda menjadi satu sistem yang terlalu atau terlampau kompleks. Apa jua CMS memerlukan anda memahami aturcara asas iaitu HTML dan CSS, begitu juga Drupal. Cuma aturcara PHP diperlukan sekiranya anda mahu lakukan sesuatu yang lain dari yang lain seperti Kripkorn Studios ini.

Fakta & Dongeng 3:

Dongeng: Drupal kurang menyerlah berbanding sistem pengurusan kandungan yang lain dan komuniti pembangun juga kurang.

Fakta: Sememangnya di Malaysia, Drupal kurang didedahkan tetapi jika kita pandang ke luar negara, rata-rata laman web yang dimiliki oleh golongan yang hebat seperti White House, artis-artis terkenal, kesemuanya menggunakan Drupal. Kekurangan komuniti pembangun antara faktor yang memanggil kami untuk terus berdiri sebagai pusat utama rujukan Drupal khas dalam bahasa Melayu.

Fakta & Dongeng 4:

Dongeng: Tidak banyak laman web yang menggunakan Drupal sebagai sistem utama

Fakta: Sebenarnya kenyataan ini tidak tepat kerana sesuatu laman web yang menggunakan Drupal, sukar untuk dipastikan pada pandangan pertama kerana setiap laman web akan kelihatan sangat berlainan berbanding yang lain. Ini kerana sifat fleksibelnya yang menjadikan lain dari yang lain. Satu kelebihan Drupal adalah anda mungkin tertipu ia adalah Joomla atau Wordpress kerana Drupal mampu untuk "meniru" sepenuhnya dari pandangan hadapan.

Penilaian: 
5
Average: 4.4 (8 votes)

Komen

be

nice info.. tq

------

[url=http://lubukblog.blogspot.com/][size=120]Lubuk Blog BM[/size][/url]

sy

oh... hmm jadi sesuai la cam saya ni yang buta dlm web builder???

parasolx's picture
Admin

Drupal sesuai untuk semua peringkat umur. Dan juga sesuai untuk digunakan membina apa jua jenis laman web. Cuma laman web yang lebih kompleks menuntut pembelajaran yang lebih. Tak perlu risau, mula bina laman yang paling ringkas, dan kembangkan dari sekecil2 laman web ke laman yang lebih canggih.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

St

Wow. Nice info. Nak try drupal laahh. haha

ph

forum utk drupal pki ape ye?
smf ke newbb ke phpbb ke..

parasolx's picture
Admin

Drupal sudah mempunyai forum dia tersendiri. dan forum tersebut hampir setanding dengan mana-mana CMS forum yang lain. tetapi sekiranya mahukan lebih tetapan dan cara pengendalian forum boleh integrasi dengan CMS forum.
banyak yang boleh seperti VBulletin, phpBB, SMF. bergantung kepada keperluan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

sy

i like~ =)