Berikut merupakan sepuluh (10) sebab mengapa anda perlu dan harus untuk memilih Drupal sebagai Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System, CMS) anda berbanding sistem-sistem lain yang dikategorikan sebagai sumber terbuka (Open Source):

Penguasaan URL sepenuhnya

Drupal memberikan anda penguasaaan URL yang lebih jitu dan sepenuhnya. Setiap item di dalam Drupal ("Nodes") boleh dilakukan kepelbagaian terhadap URLnya ("URL alias"). Anda boleh menetapkan supaya struktur URL dibina secara automatis untuk setiap jenis kandungan yang berlainan menggunakan modul Pathauto.

Manakala modul Global Redirect secara automatis akan membawa sebarang laman mempunyai ralat 301 ke laman yang hampir dan berkaitan di dalam keseluruhan laman. Berbanding sistem pengurusan yang lain, Drupal berupaya untuk menghasilkan alamat URL yang lebih sempurna mengikut kemahuan pengguna

Kepelbagaian jenis kandungan (Content type) dan paparan (Views)

Gabungan modul Content Construction Kit (CKK) dan modul Views membolehkan anda menghasilkan satu paparan buatan sendiri dengan memasukkan paparan tahap tinggi dan kompleks tanpa sebarang PENULISAN aturcara. Anda boleh hasilkan seberapa banyak laman buatan sendiri dan setiap satunya berlainan antara satu sama yang lain. Berbanding sistem pengurusan lain, penghasilan kepelbagaian setiap laman memerlukan penulisan aturcara, tetapi dengan Drupal bagi anda yang langsung tiada pengetahuan tentang aturcara juga boleh lakukannya.

Pengurusan revisi (Revision)

Drupal memberikan anda satu kelebihan iaitu Revisi. Setiap laman yang diubah suai dari yang asal akan disimpan sebagai rujukan dan boleh dikembalikan semula kandungan sebelum diubah suai sekiranya perlu. Jadi, tidak perlu risau sekiranya laman mempunyai ramai penulis dan ralat yang berlaku terhadap kandungan boleh dikembalikan seperti sedia kala

Taksonami (Taxonomy)

Kekuatan pengurusan Drupal terletak pada kebolehannya menguruskan kandungan ke dalam setiap kategori dan tag. Setiap taksonami ini dipecahkan kepada "Vocabulary" yang boleh digunakan untuk jenis-jenis kandungan tertentu. Setiap elemen tag boleh dilakukan secara bebas (free tagging) seperti Wordpress.

Keupayaan Taxonomy juga bukan sahaja digunakan sebagai tag, tetapi bertindak sebagai kategori-kategori untuk setiap kandungan. Selain itu, Taxonomy juga boleh dipaparkan secara hierraki bagi memudahkan proses kenal pasti untuk satu-satu tag/kategori.

Pengurusan pengguna

Drupal dicipta dan dibina untuk laman web komuniti, yang mana mempunyai kekuatan pada penentuan peranan dan kebenaran pengguna untuk menggunakan fungsi-fungsi tertentu. Anda boleh membina seberapa banyak peranan (roles) dan setiap satunya mempunyai akses yang berlainan dan tertentu di dalam laman web. Setiap modul yang menyediakan pilihan akses boleh dimatikan tanpa menjejaskan penetapan yang telah dilakukan, dan boleh dihidupkan bila-bila masa tanpa perlu untuk melakukan penetapan semula.

Tajuk dan meta tags

Modul Page Title memberikan anda penguasaan sepenuhnya dalam pembinaan tajuk untuk setiap laman. Manakala modul Meta Tags membolehkan anda menetapkan meta tags yang tersendiri untuk setiap laman. Sesetengah CMS yang lain memasukkan meta tags secara umum untuk semua laman, tetapi dengan Drupal, kebebasan untuk setiap laman adalah yang pertama.

PHP Template

Drupal menggunakan enjin PHP Template dalam pembinaan tema dan templat. Penghasilan tema/templat di dalam Drupal adalah lebih mudah sekiranya dibandingkan dengan Wordpress dan yang penting ANDA tidak memerlukan kemahiran PHP yang tinggi, cukup pada asas sahaja.

Dokumentasi cemerlang

Dokumentasi yang dianjurkan oleh pihak Drupal.org teramat cemerlang sehinggakan telah memenangi Best CMS Award 2 kali berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008. Antara lainnya dokumentasi yang dilakukan membolehkan setiap ralat dan peningkatan disemak semula walaupun versi yang lebih baru dikeluarkan.

Fleksibel (Flexibility)

Tidak dapat dinafikan bahawa Drupal merupakan CMS yang paling fleksibel dan oleh kerana kelebihan ini Drupal mudah untuk diintegrasikan dengan mana-mana perisian sama ada dari jenis CMS, paparan buletin (Bulletin board, Forum), Wiki, Visual Basic, ASP, Javascript, Ajax, jQuery, sistem email dan macam-macam lagi.

Tidak lupa juga, Drupal boleh menghubungkan terus kepada laman-laman web ternama seperti Facebook, MySpace, Twitter dan Digg.it

Sokongan komuniti yang besar

Drupal mempunyai komuniti sokongan yang besar dan sedia membantu anda sekiranya menghadapi sebarang kesulitan dalam menggunakannya. Drupal merupakan Open Source sepenuhnya dan tidak melibatkan sebarang pengurusan perniagaan seperti pembelian modul, templat dan pakej-pakej yang lain.

Kesemuanya adalah percuma dan hanya boleh didapati di laman rasmi Drupal.org sahaja.

Penilaian: 
Average: 3.5 (4 votes)