Apa Itu Drupal

Pengenalan dan asas pemahaman Drupal-9449Selamat datang ke ruangan tutorial menggunakan Drupal. Kami menyediakan tutorial dan sebarang artikel yang berkaitan mengenai Drupal secara lengkap, percuma dan semestinya dalam bahasa Melayu. Dan kami adalah satu-satunya laman yang menyediakan perkhidmatan ini sepenuhnya di Malaysia.

Drupal merupakan sebuah CMS (Content Management System) yang membolehkan anda membina laman web tanpa mengetahui atau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa laman web.

CMS merupakan satu pakej sistem pembangunan laman web yang lengkap dan siap sedia untuk digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu mendalami dan mengetahui elemen-elemen dan kod aturcara asas dalam pembangunan laman web. Namun begitu, sekiranya asas pengetahuan digabungkan dalam proses pembelajaran ini, ia merupakan bonus kepada anda.

Drupal pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk membangunkan laman web, tapi skopnya telah diperluas yang tidak mampu dilakukan oleh sistem-sistem lain seperti:

  • sistem iventori -- digunakan dalam pengurusan stor, perpustakaan
  • sistem pemantauan aktiviti -- seperti kehadiran, aktiviti pekerja di sesebuah syarikat
  • pengurusan dokumen -- klassifikasi pelbagai dan ratusan dokumen penting dalam satu pusat
  • jualan -- sistem jualan atas talian dengan integrasi pelbagai sistem pembayaran
  • pengurusan berhierraki berkumpulan -- setiap satu fungsi ditetapkan kepada kumpulan tertentu untuk diuruskan
  • multi-laman -- keupayaan Drupal dengan satu pemasangan untuk multi-laman dan multi-sistem

Ia perlu melalui proses pemasangan sebelum dapat digunakan sepenuhnya.

Siapakah Drupal?

Drupal merupakan sistem pengurusan kandungan yang telah melalui satu zaman kematangan dan paling stabil sehingga kini. Versi terbaru yang bakal keluar adalah versi 7 yang diubah sepenuhnya antaramuka pengguna dan administrasi, lebih fleksibel dan lebih mudah untuk digunakan. Gambar di bawah menerangkan perjalanan hidup Drupal sehingga kini.

Pengguna Baru

Jika anda baru menggunakan Drupal atau masih baru dalam bidang pembangunan laman web, tutorial ini amatlah sesuai untuk anda ikuti. Setiap tutorial yang dimuatkan disusun mengikut tahap dan dari satu langkah ke satu langkah.

Anda perlu mengikuti tutorial ini satu per satu dan cuba kuatkan semangat untuk belajar. Cuba elakkan perasaan dapat menguasai Drupal dalam masa tang singkat sekiranya anda tidak mempunyai sebarang asas dalam aturcara sekurang-kurangnya HTML. Sekiranya keadaannya begitu, cuba kuasai dan fahami dahulu asas aturcara iaitu HTML dan CSS.

Paparan 57 saat video mengenai Drupal

Perjalanan Tutorial

Tutorial selanjutnya akan memberikan akan serba sedikit info mengenai Drupal dan bagaimana Drupal berfungsi. Ini bagi membolehkan anda memahami dengan lebih senang kesemua tutorial yang cuba kami sampaikan.

Tutorial di dalam Drupal dibahagikan kepada 5 tahap untuk memudahkan anda memahami dan menguasai penggunaan Drupal dan setiap tahap memerlukan tahap kefahaman yang lebih. Elakkan dari melompat dari satu tutorial ke tutorial yang berlainan kerana anda mungkin akan hilang arah dalam proses mengendalikan Drupal.

Penilaian: 
5
Average: 4.5 (2 votes)