Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel: Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 1) dan Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 2).

Pemasangan Server Apache

Klik fail apache_2.2.11-win32-x86-openssl-0.9.8i.msi yang telah dimuat turun untuk memulakan proses pemasangan dan klik Next pada paparan utama.
http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Baca persetujuan dan syarat perlesenan dan tandakan I accept the terms in the license agreement kemudian, klik Next.
http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Pada paparan Server Information, sila masukkan maklumat mengenai server anda. Kemudian, klik Next.
http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Pilih Typical untuk Setup Type dan kemudian klik Next sehingga paparan Ready to Install the Program. Klik Install. Setelah selesai, klik Finish.
http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Buka fail httpd.conf (C:\Program Files\Apache Software Foundation\Apache2.2\conf\httpd.conf)dengan menggunakan mana-mana text editor (notepad, etc.). Tambah baris berikut pada fail tersebut dan simpan perubahan yang dilakukan:

AddType application/x-httpd-php .php
LoadModule php5_module "c:\php\php5apache2_2.dll"
SetEnv PHPRC C:\windows

http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Nota: Baris ini merupakan arahan untuk membolehkan server Apache menjalankan fail-fail PHP. Pastikan anda menggantikan c:\php kepada nama folder yang mengandungi fail-fail PHP yang diekstrak sebelum ini. Anda juga perlu menggantikan C:\windows kepada C:\winnt jika anda menggunakan Windows NT atau Windows 2000. Anda perlu restart server Apache anda untuk membolehkan tetapan baru ini dijalankan.

Menguji pemasangan PHP dan Apache

Cipta satu fail PHP yang mengandungi skrip berikut kemudian simpankan sebagai test.php ke dalam folder htdocs (C:\Program Files\Apache Software Foundation\Apache2.2\htdocs):

<?php
phpinfo();
?>

Buka pelayar web anda dan pergi ke http://localhost/test.php

Jika semuanya berjaya dipasang dengan sempurna, anda akan melihat skrin paparan menunjukkan dokumen bagi PHP secara lanjut dipaparkan.
http:/kripkornstudios.com.my/ahli-berdaftar/parasolx

Artikel: 
Penilaian: 
No votes yet